Alhamdulillah, sekarang ini kita telah pun berada pada minggu terakhir dibulan Ramadhan.Maka inilah saat dan ketikanya bagi kita merebut peluang untuk mempertingkatkan lagi amal ibadat demi untuk Allah . Persoalannya sekarang adakah kita telah bermuhasabah diri sejauh mana kejayaan kita dalam menghayati dan menjalani ibadat puasa pada tahun ini. Kerana kita tidak tahu samada kita akan dipertemukan dengan ramadhan yang akan datang atau pun tidak.
Dengan berakhirnya Ramadhan ini, kita akan meraikan kedatangan bulan Syawal.Sudah tentu kita selaku umat islam merasa gembira dengan kedatangannya,dalam masa yang sama,kita merasa sedih untuk meninggalkan Ramadhan yang penuh rahmat dan keberkatan ini.
Pada masa ini tidak dapat dinafikan bahawa sebahagian besar dikalangan kita telah pun membuat pelbagai persiapan untuk membuat kedatangan Eidilfitri yang mulia, antaranya dengan menyediakan pelbagai keperluan rumah seperti pakaian,makanan dan lain-lain.Semua ini adalah semata-mata untuk meraikan Eidilfitri dalam suasana gembira.
Dalam masa yang sama, perlu diingat dalam kesibukkan kita membuat persiapan bagi menyambut aidilfitri,janganlah kita lali dan alpa tentang kewajipan yang perlu dilaksanakan iaitu membayar Zakat Fitrah selewat-lewatnya sebelum Solat Eidilfitri. Kewajipan itu adalah merupakan pelengkap ibadat puasa kita dan juga sebagai penutup kecacatan-kecacatan yang berlaku dalam kita mengerjakan ibadat puasa.
Dalam kita sibuk membuat persiapan Eidilfitri ini,perlulah diamalkan sifat kesederhanaan dan tidak bermegah-megah sehingga membawa kepada sifat riyak dan pembaziran. Allah SWT telah memberi peringatan kepada kita bahawa orang-orang yang membazir itu adalah saudara syaitan.
Firman Allah SWT: Dan berikanlah kepada kerabatmu dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing, dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau-lampau. Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara syaitan,sedangkan syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada tuhannya."[Al-Isra' ayat 26-27]
Sebenarnya,kita menyambut Eidilfitri adalah bertujuan untuk meraikan kejayaan bagi mereka yang telah berjaya menjalani ibadat puasa dengan penuh keimanan dan ketakwaan. Dalam hal ini,Islam menggariskan panduan tentang bagaimana cara meraikan Eidilfitri agar semua perkara yang dilakukan itu tetap menjadi ibadat.
Hakikatnya menyambut hari raya ialah untuk meraikan kejayaan dan kemenangan kita dimedan perjuangan melawan hawa nafsu, membaharui azam, mengukuhkan silaturrahim antara sesama muslim dengan mensyukuri nikmat dan petunjuk Allah SWT. Dalam kita menyambut malam raya pertama,kita disunatkan menghidupkannya dengan memuji kebesaran Allah SWT, melaungkan kalimah-kalimah takbir.
Disamping itu, kita terus menerus menghidupkannya dengan memperbanyakkan doa, zikir dan sebagainya.
Sabda Rasulullah SAW: "Sesiapa yang menghidupkan malam hari raya fitrah dan adha dengan ikhlas kerana Allah SWT tidak akan mati hatinya sebagaimana hari dimatikan hati-hati". [Riwayat Ibnu Majah]
Oleh itu, janganlah kita meraikan malam Eidilfitri ini dengan sebaliknya seperti hiburan yang melalaikan,merempit,membakar meracun dan sebagainya. Perlulah diingatkan bahawa ada beberapa amalan sunat yang perlu dilakukan pada pagi hari raya seperti Mandi Sunat Eidilfitri dan bukannya mandi semata-mata hanya untuk membersihkan diri. Disamping itu,kita disunatkan memakai bau-bauan yang harum,membersihkan diri dan sebagainya. Kita juga disunatkan menjamah sedikit makanan sebelum kemasjid bagi menunaikan Solat Eidilfitri,sebagaimana sabda Rasulullah SAW :
"Dari Anas ia berkata: Rasulullah SAW tidak keluar pada waktu pagi hari raya fitrah sehingga ia makan terlebih dahulu beberapa biji kurma. Seterusnya anas menceritakan bahawa baginda memakan kurma itu dalam bilangan ganjil". [Al-Bukhari]
Manakala perkara paling penting dan utama daripada perkara-perkara sunat yang lain dalam kita menyambut aidilfitri ialah menunaikan Solat Sunat Eidilfitri.Sebagaimana hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Dari Al-Barra' ia berkata : Aku mendengar Nabi SAW berkhutbah, sesungguhnya yang awal-awal sekali kita mulakan pada hari ini (hari raya )ialah sembahyang".[Riwayat Al-Bukhari]
Telah menjadi kelaziman yang diamalkan oleh masyarakat kita, bagi memeriahkan suasana hari raya adalah dengan ziarah menziarahi,kunjung mengunjungi kaum keluarga,sanak saudara,jiran tetangga dan sahabat handai semata-mata memohon kemaafan demi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim.
Bagi mereka yang berhasrat untuk pulang kekampung dan berhasrat merancang perjalanan yang jauh,berhati-hati dan bersopan-santun dijalan raya. Sesungguhnya perbuatan tersebut juga merupakan satu ibadat.
Perlu diingatkan,dalam suasan menyambut Eidilfitri, batas-batas pergaulan hendaklah dipelihara dan jangan dicemari dengan perkara-perkara maksiat dan perbuatan yang bertentangan dengan hukum syarak seperti pergaulan bebas, bersalaman dengan bukan muhrim,memakai pakaian yang mendedahkan aurat,menjolok mata dan sebagainya.
Dalam suasana kegembiraan dan kemeriahan kita menyambut hari raya yang bakal menjelang tiba, kita juga tidak boleh melupakan kepada mereka yang kurang bernasib baik, yang hidup susah dan menderita disebabkan kemiskinan dan musibah menimpa mereka.
Kita sebagai manusia yang mempunyai hati dan perasaan, sudah tentu merasa tersentuh akan segala keperitan dan kesengsaraan yang dihadapan dan ditangguh oleh merela yang ditimpa musibah itu. Dalam keadaan dimana mereka memerlukan bantuan untuk pemulihan kehidupan mereka, terutama sekali anak-anak yatim.
Inilah masanya yang sesuai jika kita ingin memberi bantuan dan pertolongan kepada mereka yang kurang bernasib baik dengan menghulurkan sedikit bantuan.Walaupun sedikit yang kita hulurkan itu, tetapi ia membawa pengertian yang cukup besar dan amat bermakna bagi mereka yang mengalami penderitaan,apatahlagi jika sumbangan itu disertai dengan niat ikhlas kerana Allah SWT.
Dikesempatan penghujung Ramadhan ini, marilah kita sama-sama berusaha menggunakan peluang yang ada untuk lebih mempertingkatkan lagi ibadat kepada Allah SWT.
Akhirnya,marilah kita sama-sama meraikan hari kemenangan Eidilfitri yang akan menjelang tiba ini dengan mentaati apa yang telah digariskan oleh agama Islam. Mudah-mudahan segala amal ibadat yang kita kerjakan selama ini diterima oleh Allah SWT dan mudah-mudahan kita semua beroleh keberkatan,rahmat dan keampunan dari Allah SWT.
Firman Allah SWT: "Dan segeralah kamu kepada mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapatkan keampunan dari tuhan kamu dan mendapat syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi,yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa. Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah,dan orang-orang yang menahan kemarahannya,dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang.Dan ingatlah,Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik".[Ali-‘Imran ayat 133-134]
Khutbah Juma’at Selangor 5 Oktober 2007

®Jais
No comments:
Post a Comment