Etika Berpakaian Menurut Islam
Dengan Nama Allāh, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani;
Segala Pujian dan Kesyukuran hanya kepada Allāh; Selawat dan Salam keatas Muhammad Rasūllullāh.
Segala Pujian dan Kesyukuran hanya kepada Allāh; Selawat dan Salam keatas Muhammad Rasūllullāh.
Pakaian adalah salah satu diantara tiga keperluan asas dan terpenting yang perlu dimiliki dan dipenuhi oleh setiap manusia dalam menjalani kehidupan seharian. Selain sebagai keperluan asasi, pakaian juga boleh menjadi ekoran keperibadian seseorang, sebagai simbol atau tanda dan lain-lain perlembagaan.
Kriteria berpakaian itu tidak memadai hanya berdasarkan ukuran adat, kerana adat boleh berubah. Justeru itu, pakaian juga boleh berubah.
Oleh kerana itulah ukuran agama adalah yang paling tepat bagi menentukan etika atau kriteria berpakaian iaitu menutup awrat yang menepati kehendak hukum syarak.
Apabila berbicara mengenai pakaian, kita tidak dapat lari dari memperkatakan tentang awrat kerana dalam Islam pakaian dan awrat adalah sangat berkait rapat antara satu sama lain.
Dari segi bahasa, awrat itu berasal dari perkataan Arab yang bererti aib atau sesuatu yang memalukan.
Menurut istilah syarak pula, awrat adalah bahagian tubuh manusia yang wajib ditutup dan dilindungi daripada pandangan orang lain.
Menutup awrat adalah wajib keatas setiap Muslim, tidak kira lelaki atau perempuan. Kewajipan ini berdasarkan kepada dalil-dalil daripada Al-Quran dan Hadis.
Diantaranya firman Allāh Subhanahu wa Ta’ala:
“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allāh, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”
[An-Nur 24:31]
Melalui dalil ini, jelaslah bahawa Islam amat mengambil berat terhadap masalah awrat sehingga diterangkan dengan penjelasan yang begitu terperinci sebagaimana disebutkan didalam Ayat 31 Surah An-Nur tadi, dan lebih daripada itu, kita juga digalakkan untuk menutup awrat dalam keadaan kita berseorangan ,meskipun ditempat yang sunyi dan tertutup.
Hukum wajib menutup awrat tidak boleh dipertikaikan lagi dan tidak boleh dimansuhkan dengan hujjah akal, walau sehebat mana logiknya hujjah itu. Ini kerana hukum itu telah ditetapkan dengan nas yang jelas yang tidak boleh diijtihadkan.
Nas yang terang dan jelas mengatasi akal rasional, kerana nas itu adalah wahyu yang nyata maksudnya, tidak memerlukan akal rasional untuk menerangkannya, apa lagi untuk membatalkan konsepnya yang jelas itu.
Walau bagaimana pun pintarnya seseorang itu dan cerdiknya seorang pejuang hak wanita, namun mereka tidak akan dapat menentang dan menukar ketetapan Allāh yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Malah sikap sebahagian mereka yang memperkecilkan-kecilkan dan mempersenda-sendakan hukum Allāh jelas memperlihatkan kejahilan dan kecetekan akal fikiran mereka dalam menganggapi hikmat disebalik larangan-larangan Allāh yang pada mereka amat mengongkong kebebasan dan pergerakkan.
Sungguh pun begitu, akal rasional boleh meneliti hikmah disebalik kewajipan itu bagi menambah keyakinan terhadap kebenaran hukum yang telah ditetapkan oleh nas.
Rasūlullāh (SallAllāhu 'alaihi wassallam) bersabda:
"Sebaik-baik perempuan-perempuan kamu yang penyayang, subur, selesa, dan saling bersetuju - jika mereka takut pada Allāh. Perempuan-perempuan kamu yang paling jahat adalah orang-orang yang mendedahkan dan memaparkan diri (awrat) mereka, dan orang-orang yang berhentak kaki (untuk menunjuk-nunjuk), dan mereka adalah orang-orang munafik. Mereka yang masuk syurga adalah seperti burung gagak berparuh merah (ia-itu jarang terdapat)."
[Al-Baihaqi]
Mengenai akibat bagi orang-orang perempuan yang mendedahkan diri mereka, Rasūlullāh (Sallāllahu 'alaihi wassallam) bersabda:
"Dan di antara manusia neraka, terdapat dua jenis yang aku tidak pernah melihat, yang pertama adalah orang-orang yang memegang cambuk seperti ekor lembu yang mereka mencambuk orang. Yang kedua adalah wanita yang akan telanjang walaupun yang berpakaian (iaitu sama ada berpakaian remeh-temeh atau memakai pakaian jarang), yang derhaka dan yang menggoda orang lain. Rambut mereka adalah tinggi seperti bonggol unta yang. Wanita-wanita ini tidak akan masuk syurga, dan mereka tidak akan bau wangiannya, walaupun wangi boleh berbau dari itu dan jarak (sangat jauh). "
[Muslim]
Wanita-wanita tidak menutup awrat ini tidak akan masuk syurga, dan mereka tidak akan bau wangiannya, walaupun wangi boleh berbau dari itu dan jarak (sangat jauh).
Diantara hikmah kewajipan menutup awrat itu adalah untuk melindungi diri daripada jenayah seks. Sebagaimana yang kita ketahui, jenayah seks adalah diantara jenayah yang sangat berleluasa dan kerap berlaku pada dekad ini. Jenayah-jenayah seperti rogol, sumbang mahram dan khalwat memang sudah tidak asing lagi pada pendengaran kita. Punca yang banyak menyumbang kearah berlakunya perkara ini ialah pendedahan awrat. Kenyataan ini boleh dibuktikan daripada berbagai-bagai sudut kajian dan penipuan.
WAllāhu‘alam
[Via Jais (Khutbah Juma’at, 8 Jun 2007)]
No comments:
Post a Comment