Khasiat Kulit Manggis (Queen of Fruits)
Ibn Salleh
Dengan Nama Allāh, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani;
Segala kepujian dan kesyukuran dituju kepada Allāh, Pentadbir sekalian ‘alam. Selawat dan Salam keatas Muhammad Rasullullah.
Segala kepujian dan kesyukuran dituju kepada Allāh, Pentadbir sekalian ‘alam. Selawat dan Salam keatas Muhammad Rasullullah.
Manggis atau Mangoesteen memiliki nama Latin Garcinia Mangostana juga terkenal sebagai "The Queen of Fruits".
Manggis memiliki batang berkayu keras. Cabangnya teratur, berkulit cokelat, dan bergetah. Manggis adalah pohon cemara kecil dan lambat tumbuh dan pembesarannya. Tinggi pohon mencapai 20-82 meter. Panjang daun adalah sampai dengan 10 inci. Lebar bunga adalah 1 ½ hingga 2 inci...Manggis berasal dari Asia Tenggara dan memerlukan sepanjang tahun cuaca yang hangat serta lembab (iklim khatulistiwa).
Kulit manggis dihiris dan jemur hingga kering untuk dijadikan serbuk. Masuk kedalam kapsul dan di ambil setiap hari. Atau di jadikan jus. Di AS harga jus kulit manggis adalah amat mahal. Mengikut sebuah artikel di majalah kesihatan ekstrak kulit manggis dijual USD240 di AS. Disini dibuang sahaja?
Ada beberapa Khasiat Kulit Manggis (Skin of Queen of Fruits):
1. Anti-fatigue (energy booster/memberi tenaga)
2. Powerful anti-inflammatory (prevents inflammation)
3. Analgesic (prevents pain/mencegah sakit urat saraf)
4. Anti-ulcer (stomach, mouth and bowel ulcers)
5. Anti-depressant (low to moderate/mencegah kemurungan)
6. Anxyolytic (anti-anxiety effect/mencegah kegelisahan/panik/cemas)
7. Anti-Alzheimerian (helps prevent dementia)
8. Anti-tumor and cancer prevention (multiple categories cited)- shown to be capable of killing cancer cells/Mencegah kanser.
9. Immunomodulator (multiple categories cited) - helps the immune system
10. Anti-aging (Anti penuaan)
11. Anti-oxidant (Buang toxic dalam badan)
12. Anti-viral (membunuh kuman)
13. Anti-biotic (modulates bacterial infections)
14. Anti-fungal (prevents fungal infections/menggelakkan kulat)
15. Anti-seborrheaic (prevents skin disorders/mencantikkan kulit)
16. Anti-lipidemic (blood fat lowering, LDL/membuang kolesterol jahat?)
17. Anti-atherosclerotic (prevents hardening of arteries)
18. Cardioprotective (protects the heart/untuk jantung)
19. Hypotensive (blood pressure lowering/rendahkan tekanan darah)
20. Hypoglycemic (anti-diabetic effect, helps lower blood sugar/kurangkan gula dalam darah)
21. Anti-obesity (helps with weight loss/kuruskan badan)
22. Anti-arthritic (prevention of arthritis/cegah sakit tulang)
23. Anti-osteoporosis (helps prevent the loss of bone mass)
24. Anti-periodontic (prevents gum disease/cegah gusi berdarah)
25. Anti-allergenic (prevents allergic reaction)
26. Anti-calculitic (prevents kidney stones/cegah batu karang)
27. Anti-pyretic (fever lowering/rendahkan suhu badan)
28. Anti- Parkinson
29. Anti- diarrhea (melega cirit birit)
30. Anti-neuralgic (reduces nerve pain/sakit urat saraf)
31. Anti-vertigo (prevents dizziness)
32. Anti-glaucomic (prevents glaucoma/sakit mata)
33. Anti-cataract (prevents cataracts)
34. Pansystemic - has a synergistic effect on the whole body/Mengimbangi seluruh badan.
Petua 0rang Tua-tua Khasiat Daun Dan Kulit Manggis
Ramai yang tidak mengetahui bahawa manggis juga merupakan bahan yang digunakan dalam perubatan tradisional sejak turun-temurun. Selama ini kita hanya fokus kepada isinya yang putih bak kapas untuk menikmati kelazatan buah tersebut.
Adalah saperti yang diketahui ramai, manggis apabila dimakan memberi impak penyejukan (cooling effect). Maka adalah disarankan untuk memakan buah manggis selepas memakan raja buah iaitu durian.
Di senaraikan beberapa contoh pelbagai kegunaan manggis untuk tujuan pengubatan secara tradisional:
1. Berak berdarah
· Ambil kulit manggis dibasuh dan dikeringkan (iaitu dijemur sampai kering (garing).
· Rebus bersama lima cawan air hingga tinggal satu cawan pekat air rebusan itu. Amalkan meminumnya
selalu. InsyaAllah penyakit anda akan sembuh.
selalu. InsyaAllah penyakit anda akan sembuh.
2. Ulser mulut dan bengkak usus
· Bagi mengatasi ulser dalam mulut, air rebusan daun dan kulit pokok boleh diminum.
· Di samping itu juga ia boleh disapu pada luka.
· Bahagian kulit pula jika dikeringkan dan dikisar boleh mengatasi masalah cirit birit.
· Air rebusan kulit manggis boleh merawat penyakit bengkak usus.
3. Luka dan gigitan serangga
· Kulit manggis yang telah kering ditumbuk halus
· dan dibancuh dengan sedikit minyak
· Ditekap dipada luka atau bengkak gigitan serangga.
4. Buasir
· Keringkan kulit buah delima dan kulit manggis, dibuat serbuk untuk amalan minuman.
5. Memutihkan Gigi
· Kulit manggis dibakar dan ditumbuk hingga halus dan gunakan ia seperti ubat gigi.
6. Cirit-birit
· Kulitnya diasah pada pasu dan pati airnya diminum.
7. Lancar Haid
· Air rebusan akar manggis digunakan untuk melancarkan haid.
8. Gout
· Kulit manggis amat berkhasiat untuk membuang asid urik di dalam badan. Pengidap gout boleh mengamalkan kulit manggis ini.
Caranya Ambil buah manggis
· Kupas
· Isi dia enak di makan
· Kalau sebelum ini kulit kita buang je tapi la ni jangan, ambil kulit dia, hiris macam asam keping dan jemur sampai kering
· Bila nak guna, ambil air panas, 2 atau 3 hirisan kulit manggis direndam.Minum apabila menjadi suam.
· Warna air akan bertukar sedikit ungu. Rasa air sedikit kelat tetapi enak. Boleh juga dibuat jus bersama isinya dan dicampur buah delima.Selamat mencuba. Insha’Allah!
9. Kencing Manis:
Daun manggis boleh buat ubat untuk orang2 yang kena penyakit kencing manis. Petuanya:
· Ambil 2 atau 3 helai daun manggis.
· Basuh bersih2 daun manggis.
· Rebus daun manggis tadi sampai air menjadi kehijaun macam teh hijau(rasa macam air teh).
· Amalkan Minum 2 atau 3 kali seminggu air daun manggis.
· Pergi jumpa doktor periksa darah anda pasti anda menerima keputusan yang baik tentang kencing manis anda.
Diatas merupakan sedikit kegunaan manggis dalam perubatan tradisional. Perubatan tradisional ini bukan sahaja mencakupi alam perubatan di Nusantara sahaja, bahkan di negara Gajah Putih, sehingga di sekitar negara tropika. Ianya telah diguna di Carribean, Amerika Selatan, Australia dan Afika untuk perubatan.
Nilai perubatannya yang telah diketahui menakjubkan serta tidak sangsi lagi bahawa buah kurniaan Allah ini sangat memberi manfa’at untuk kesejahteraan dan kesihatan kepada manusia.
Wallāhu’ alam.
2 comments:
Any clinical studies to prove cure to above ailments?
Kulit Manggis is known internationally for nutritious alzheimer treatment.
Post a Comment