Ibn Abdullah
NABI Muhammad SAW menyambut Eidilfitri dengan penuh kesyukuran lantaran nikmat dikurniakan Allah. Walaupun diriwayatkan Baginda bersedih dengan pemergian Ramadhan, Eidilfitri tetap disambut penuh suasana ceria dan gembira.
Eidilfitri anugerah Allah SWT kepada umat Islam yang bersungguh menunaikan ibadat puasa sepanjang Ramadhan dengan penuh keikhlasan. Ia juga tanda kemenangan menahan segala desakan nafsu mazmumah selama sebulan berpuasa.
Rasulullah SAW pada pagi Eidilfitri memakai pakaian yang terbaik dan cantik, malah Baginda sendiri menyaran dan menggalakkan sahabatnya supaya berpakaian cantik.
Ini seperti disebut cucu Baginda Saidina Hasan:Nabi SAW memerintahkan kami pada pagi Aidilfitri memakai pakaian paling baik yang kami miliki dan berwangi-wangian dengan wangian paling baik yang kami miliki.
Imam Ibn Qayyim ada menyebut pada Eidilfitri, Nabi SAW memakai pakaiannya yang paling cantik. Baginda mempunyai pakaian khas yang biasanya dipakai pada dua hari raya (Eidilfitri dan Eidiladha) dan pada Jumaat.
Termasuk dalam sunnah Baginda SAW ialah menjamah sedikit makanan sebelum keluar untuk solat sunat Eidilfitri. Makanan pilihan Baginda ialah tamar.
Seorang sahabat iaitu Anas bin Malik pernah menyebut: "Adalah Nabi SAW tidak akan keluar untuk solat Eidilfitri sehingga Baginda terlebih dulu memakan tamar dengan bilangan ganjil, tiga, lima atau tujuh biji."
Makan pada pagi Eidilfitri adalah satu pernyataan daripada Baginda SAW bahawa haram berpuasa pada hari itu. Mesej daripada bersegera makan dan bersolat sunat untuk mengelakkan pemikiran orang Islam daripada memikirkan mengenai puasa atau halangan makan yang biasanya dilakukan pada Ramadhan.
EAidilfitri ialah satu perayaan kegembiraan dan dilarang berpuasa pada hari itu. Sesiapa yang berpuasa dianggap sebagai menolak pelawaan dan pemberian Allah kepada hamba-Nya. Orang Islam itu dianggap tetamu Allah SWT pada hari yang penuh kemuliaan itu.
Ulama Islam bersepakat dalam menyatakan haramnya berpuasa pada hari pertama Eidilfitri sama ada puasa wajib (nazar atau untuk menunaikan kafarah), apatah lagi untuk berpuasa sunat.
Larangan berpuasa pada Eidilfitri disebut secara jelas Rasulullah SAW melalui riwayat daripada Abu Said al-Khudri yang menyatakan Baginda menegah daripada berpuasa pada dua hari raya iaitu Eidilfitri dan Eidiladha.
Pada pagi Eidilfitri, sebelum mengerjakan solat sunat hari raya, umat Islam diwajibkan mengeluarkan zakat fitrah. Kelewatan membayar zakat akan menyebabkan ia tidak dikira sebagai zakat dan hanya dianggap sedekah.
Ibn Abbas ada menyebut: "Zakat fitrah itu untuk menyucikan orang yang berpuasa daripada lagha (perkara yang tidak berfaedah), perkara keji dan sebagai pemberian makanan kepada orang miskin. Sesiapa yang menunaikannya sebelum solat (Eidilfitri) itu zakat yang diterima di sisi Allah SWT dan sesiapa yang menunaikannya selepas solat, maka ia dianggap sebagai satu sedekah."
Solat sunat Eidilfitri adalah sunat muakkad yang dituntut Allah dan Baginda SAW, supaya dilaksanakan umat Islam. Ia disyariatkan pada tahun pertama Hijrah. Ia digalakkan kepada pelbagai peringkat umur dan lapisan umat Islam sama ada lelaki, perempuan dan kanak-kanak.
Rasulullah SAW sendiri keluar rumah untuk bersolat hari raya bersama-sama isteri dan anak Baginda. Disunatkan juga keluar rumah ke tempat sembahyang melalui jalan lain dan pulang ke rumah dengan jalan lain.
Ini dinyatakan oleh seorang sahabat bernama Jabir bahawa begitulah keadaan Baginda SAW setiap kali pergi dan balik menunaikan solat hari raya.
Seperkara yang penting untuk dikaitkan dengan Eidilfitri ialah amalan bertakbir. Galakan bertakbir ada disebut dalam al-Quran menerusi firman-Nya bermaksud: "Hendaklah kamu mencukupkan bilangan puasa dan bertakbirlah (mengagungkan dan membesarkan) atas petunjuknya yang diberikan kepadamu semoga kamu bersyukur." (Surah al-Baqarah, ayat 185)
Laungan takbir bermula pada malam Eidilfitri selepas jelas terlihat anak bulan Syawal dan berakhir apabila hendak ditunaikan solat sunat Eidilfitri. Takbir dianggap penting sebagai satu syiar agama bagi menzahirkan perasaan gembira dan syukur kepada Allah SWT di atas kemenangan melawan hawa nafsu sepanjang Ramadhan.
Ia juga dianggap sebagai lambang penyatuan umat Islam seluruh dunia walau di pelosok mana mereka berada. Laungan takbir yang diungkapkan adalah sama, semuanya membesar dan mengagungkan Allah SWT. Inilah lambang kekuatan yang dijelmakan melalui falsafah dan roh takbir hari raya.
®BH

No comments:
Post a Comment