Showing posts with label Khasiat buah-buah. Show all posts
Showing posts with label Khasiat buah-buah. Show all posts

Sunday, February 20, 2011

Khasiat Kulit Manggis

Khasiat Kulit Manggis (Queen of Fruits)

Ibn Salleh

Dengan  Nama Allāh, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani;
Segala kepujian dan kesyukuran dituju kepada Allāh, Pentadbir sekalian ‘alam. Selawat dan Salam keatas Muhammad Rasullullah.




Manggis atau Mangoesteen memiliki nama Latin Garcinia Mangostana juga terkenal sebagai "The Queen of Fruits". 

Manggis memiliki batang berkayu keras. Cabangnya teratur, berkulit cokelat, dan bergetah. Manggis adalah pohon cemara kecil dan lambat tumbuh dan pembesarannya. Tinggi pohon mencapai 20-82 meter. Panjang daun adalah sampai dengan 10 inci. Lebar bunga adalah 1 ½ hingga 2 inci...Manggis berasal dari Asia Tenggara dan memerlukan sepanjang tahun cuaca yang hangat serta lembab (iklim khatulistiwa).

Kulit manggis dihiris dan jemur hingga kering untuk dijadikan serbuk. Masuk kedalam kapsul dan di ambil setiap hari. Atau di jadikan jus. Di AS harga jus kulit manggis adalah amat mahal. Mengikut sebuah artikel di majalah kesihatan ekstrak kulit manggis dijual USD240 di AS. Disini  dibuang sahaja?

 Ada beberapa Khasiat Kulit Manggis (Skin of Queen of Fruits):

1. Anti-fatigue (energy booster/memberi tenaga)
2. Powerful anti-inflammatory (prevents inflammation)
3. Analgesic (prevents pain/mencegah sakit urat saraf)
4. Anti-ulcer (stomach, mouth and bowel ulcers)
5. Anti-depressant (low to moderate/mencegah kemurungan)
6. Anxyolytic (anti-anxiety effect/mencegah kegelisahan/panik/cemas)
7. Anti-Alzheimerian (helps prevent dementia)
8. Anti-tumor and cancer prevention (multiple categories cited)- shown to be capable of killing cancer cells/Mencegah kanser.
9. Immunomodulator (multiple categories cited) - helps the immune system
10. Anti-aging (Anti penuaan)
11. Anti-oxidant (Buang toxic dalam badan)
12. Anti-viral (membunuh kuman)
13. Anti-biotic (modulates bacterial infections)
14. Anti-fungal (prevents fungal infections/menggelakkan kulat)
15. Anti-seborrheaic (prevents skin disorders/mencantikkan kulit)
16. Anti-lipidemic (blood fat lowering, LDL/membuang kolesterol jahat?)
17. Anti-atherosclerotic (prevents hardening of arteries)
18. Cardioprotective (protects the heart/untuk jantung)
19. Hypotensive (blood pressure lowering/rendahkan tekanan darah)
20. Hypoglycemic (anti-diabetic effect, helps lower blood sugar/kurangkan gula dalam darah)
21. Anti-obesity (helps with weight loss/kuruskan badan)
22. Anti-arthritic (prevention of arthritis/cegah sakit tulang)
23. Anti-osteoporosis (helps prevent the loss of bone mass)
24. Anti-periodontic (prevents gum disease/cegah gusi berdarah)
25. Anti-allergenic (prevents allergic reaction)
26. Anti-calculitic (prevents kidney stones/cegah batu karang)
27. Anti-pyretic (fever lowering/rendahkan suhu badan)
28. Anti- Parkinson
29. Anti- diarrhea (melega cirit birit)
30. Anti-neuralgic (reduces nerve pain/sakit urat saraf)
31. Anti-vertigo (prevents dizziness)
32. Anti-glaucomic (prevents glaucoma/sakit mata)
33. Anti-cataract (prevents cataracts)
34. Pansystemic - has a synergistic effect on the whole body/Mengimbangi seluruh badan.

Petua 0rang Tua-tua Khasiat Daun Dan Kulit Manggis

Ramai yang tidak mengetahui bahawa manggis juga merupakan bahan yang digunakan dalam perubatan tradisional sejak turun-temurun. Selama ini kita hanya fokus kepada isinya yang putih bak kapas untuk menikmati kelazatan buah tersebut.

Adalah saperti yang diketahui ramai, manggis apabila dimakan memberi impak penyejukan (cooling effect). Maka adalah disarankan untuk memakan buah manggis selepas memakan raja buah iaitu durian.

Di senaraikan beberapa contoh pelbagai kegunaan manggis untuk tujuan pengubatan secara tradisional: 

1. Berak berdarah
·         Ambil kulit manggis dibasuh dan dikeringkan (iaitu dijemur sampai kering (garing).
·         Rebus bersama lima cawan air hingga tinggal satu cawan pekat air rebusan itu. Amalkan meminumnya
selalu. InsyaAllah penyakit anda akan sembuh.

2. Ulser mulut dan bengkak usus
·         Bagi mengatasi ulser dalam mulut, air rebusan daun dan kulit pokok boleh diminum.
·         Di samping itu juga ia boleh disapu pada luka.
·         Bahagian kulit pula jika dikeringkan dan dikisar boleh mengatasi masalah cirit birit.
·         Air rebusan kulit manggis boleh merawat penyakit bengkak usus.

3. Luka dan gigitan serangga
·         Kulit manggis yang telah kering ditumbuk halus
·         dan dibancuh dengan sedikit minyak
·         Ditekap dipada luka atau bengkak gigitan serangga.

4. Buasir 
·         Keringkan kulit buah delima dan kulit manggis, dibuat serbuk untuk amalan minuman.

5. Memutihkan Gigi
·         Kulit manggis dibakar dan ditumbuk hingga halus dan gunakan ia seperti ubat gigi.

6. Cirit-birit
·         Kulitnya diasah pada pasu dan pati airnya diminum.

7. Lancar Haid
·         Air rebusan akar manggis digunakan untuk melancarkan haid. 

8. Gout
·         Kulit manggis amat berkhasiat untuk membuang asid urik di dalam badan. Pengidap gout boleh mengamalkan kulit manggis ini.

Caranya Ambil buah manggis
·      Kupas
·      Isi dia enak di makan
·      Kalau sebelum ini kulit kita buang je tapi la ni jangan, ambil kulit dia, hiris macam asam  keping dan jemur sampai kering
·       Bila nak guna, ambil air panas, 2 atau 3 hirisan kulit manggis direndam.Minum apabila menjadi suam.
·      Warna air akan bertukar sedikit ungu. Rasa air sedikit kelat tetapi enak. Boleh juga dibuat jus bersama isinya dan dicampur buah delima.Selamat mencuba. Insha’Allah! 

9. Kencing Manis: 
Daun manggis boleh buat ubat untuk orang2 yang kena penyakit kencing manis. Petuanya:
·         Ambil 2 atau 3 helai daun manggis.
·         Basuh bersih2 daun manggis.
·         Rebus daun manggis tadi sampai air menjadi kehijaun macam teh hijau(rasa macam air teh).
·         Amalkan Minum 2 atau 3 kali seminggu air daun manggis.
·         Pergi jumpa doktor periksa darah anda pasti anda menerima keputusan yang baik tentang kencing manis anda.

Diatas merupakan sedikit kegunaan manggis dalam perubatan tradisional. Perubatan tradisional ini bukan sahaja mencakupi alam perubatan di Nusantara sahaja, bahkan di negara Gajah Putih, sehingga di sekitar negara tropika. Ianya telah diguna di Carribean, Amerika Selatan, Australia dan Afika untuk perubatan. 

Nilai perubatannya yang telah diketahui menakjubkan serta tidak sangsi lagi bahawa buah kurniaan Allah ini sangat memberi manfa’at untuk kesejahteraan dan kesihatan kepada manusia. 

Wallāhu’ alam.

Thursday, November 25, 2010

Khasiat Kunyit

Khasiat Kunyit 

(Curcuma longa)

Dengan  Nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani;
Segala Pujian dan  Kesyukuran hanya kepada Allah,  Salam dan Selawat keatas 
Muhammad RasulNya.

Kunyit (Turmeric) nama saintifik Curcuma longa linn adalah merupakan sejenis tumbuhan herba rhizomatous yang mana tergolong dalam famili halia. Kunyit merupakan jenis  herba yang mengandungi komposisi kimia berkeaktifan fisiologi iaitu minyak asas dan mengandungi kurkumin. Kurkumin bertindak memberi warna kuning pada kunyit. 

Di Nusantara, Selatan Asia dan Timur Tengah kunyit selalu digunkan sebagai rempah di dalam makanan dan juga sebagai ubat dalam menjaga kesihatan dan juga barangan kosmetik. Kunyit dijadikan sebagai krim untuk menghilangkan jerawat, sebagai lulur untuk mencantikan kulit serta krim antiseptik.Kunyit juga boleh dimakan sebagai ulam-ulaman. 

Khasiat kunyit 

1.      Masyarakat Melayu guna kunyit sebagai jamu bagi ibu yang selepas bersalin, digunakan untuk mengecutkan rahim dan mencuci darah. Kunyit di ambil sebagai ulam atau minum air rebusan ibu kunyit.

2.       Kunyit juga terkenal untuk memanaskan badan serta melancarkan peredaran haid bulanan dan juga membantu meningkatkan pengeluaran sel darah merah dan elok digunakan dalam keadaan anemia atau kekurangan darah merah. 

3.       Kunyit juga dipercayai dapat membantu proses penghadaman dan mengurangkan 'gas' atau angin dalam perut. Di Jepun kunyit ditambah di dalam teh untuk mengeluarkan angin dari dalam badan. 

4.       Bagi masyarakat Cina pula percaya isi kunyit boleh melancarkan peredaran darah, menghilangkan kesan lebam dan darah beku. 

5.       Di India dalam perubatan ayuverda, kunyit digunakan sebagai antiseptik serta anti bakteria, pada luka, kesan terbakar dan juga kesan lebam.

6.        Di Thailand kunyit digunakan untuk merawat luka akibat patukan ular.

7.        Kunyit mempunyai antioksiden yang tinggi, antaranya ialah vitamin C dan E, dan juga karotenoid (carotenoids). Ia juga mengandungi antioksidan yang berkesan seperti curcumin dan kompaun curcuminoids. Curcumin ialah antioksiden yang mujarab, ia membantu mengurangkan paras kolesterol dengan menstimulasikan pengeluaran ‘bile’ menghalang menyempitkan arteri penyebab utama serangan jantung.

8.        Kunyit juga membantu menghalang platelete, iaitu sel-struktur kecil dalam darah, daripada melekat antara satu sama lain menyebabkan darah berketul (blood clots).

9.        Kunyit yang disapukan dengan minyak jika disapu akan membantu menghaluskan kulit.

10.     Kunyit yang dicampurkan air boleh digunakan untuk merawat gatal-gatal, kudis, sakit-sakit lutut, dan ruam.

Petua pengambilan kunyit.

1. Gunakan kunyit hidup dalam masakan harian

2. Ambil kunyit hidup sebesar ibu jari; kupaskan kulitnya dan dicuci hingga bersih. kemudian diparutkan dan diperah hingga mengeluarkan airnya. Campurkan air perahan kunyit itu dengan 1 sudu madu dan suku sudu teh lada hitam. Minumlah ramuan ini dua kali sehari iaitu pagi dan petang. InsyaAllah ia dapat mengurangkan tekanan darah tinggi.

Mencegah kulit daripada cepat berkedut: Parut sedikit kunyit dan perah airnya. Amalkan meminumnya.  Parut dua ketul isi kunyit dan seketul lempoyang. Masukan setengah cawan air hingga sebati. Tapis dan campurkan dengan satu sudu besar air limau nipis dan madu. Minum selama tiga hari berturut-turut. Selain menyihatkan bahagian dalam tubuh, ia juga mencantikkan kulit. 

Memanaskan Badan: Tumbuk beberapa ketul kunyit hingga hancur. Campurkan dengan sedikit air dan tapiskan. Minum airnya tiga kali seminggu. 

Daun Kunyit: Sekiranya diserang pening atau sakit kepala, ramas beberapa helai daun kunyit bersama sedikit air. Selepas itu sapulah di kepala hingga rata.

Sebagai Tanaman disekeliling rumah 

Kunyit amat sesuai ditanam di rumah. Di Malaysia kunyit banyak diimport dari luar negara. Pengeluar terbesar kunyit di dunia adalah China, India dan Indonesia. Sebagai peringatan jangan guna kunyit serbuk, kerana kemungkinan telah dicampur dengan pewarna kuning Tetrazine yang boleh menyebabkan alahan. Gunakan kunyit hidup.

Tuesday, November 9, 2010

Khasiat Buah Mengkudu


Mengkudu (Morinda Citrifolia)

Dengan  Nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala Pujian dan  Kesyukuran hanya kepada Allah Subhanahu wa ta’ala, dan Salam dan Selawat kepada Nabi  Muhammad.

Mengkudu (Morinda Citrifolia) yang berasal dari Asia Tenggara, Australia dan Kepulauan Pasifik telah digunakan secara meluas dalam tujuan perawatan pelbagai jenis penyakit.  

Mengkudu  tumbuh di hutan dan di halaman-halaman sampai ketinggian 1000 m dari permukaan laut. Tinggi pohonnya bisa mencapai 3 – 8 m. Daunnya tebal dan Iebar, berbentuk lonjong, mengkilat dan letaknya berhadapan. Bunganya kecil berwarna putih berbentuk piala. Buahnya berwarna hijau kekuning-kuningan, bertutul-tutul dan banyak bijinya tetapi setengah bagian lainnya ada juga yang tidak berbiji. Kalau sudah tua menjadi kekuningan dan berbau.

Mengkudu mengandung zat-zat: metil asetilester dari kapron danasam-kapril, morindadiol dan soranyidiol. Kandungan metil asetil ester berguna untuk mematikan kuman. Senyawa moridon-nya berkhasiat sebagai obat pencahar manakala senyawa soranyidiol berguna untuk melancarkan keluarnyaair seni. Mengkudu juga berkhasiat sebagai obat cacing.

Ada yang menggunakan mengkudu hasil dari tanaman secara organik bagi memastikan nilai perubatan yang maksimum kepada para pengamal produk tersebut. Kajian telah mendapati produk organik mengkudu  telah terbukti untuk mengubati permasalahan berikut:

1. Menurunkan tekanan darah tinggi.
2. Membantu dan merangsang hormon melatonin dan serotonin.
3. Membekalkan tenaga kepada tubuh badan.
4. Bertindak sebagai anti peradangan dan mengurangkan kesakitan kepada Pengidap Arthritis.
5. Anti Histimik.
6. Melindungi usus dari serangan bakteria perosak dan membantu pencernaan.
7. Memelihara sistem jantung.
8. Menghentikan pertumbuhan sel kanser dan pra kanser.
9. Memperbaiki sistem imunisasi dan merangsang penghasilan sel T (Meningkatkan Daya Tahan Tubuh).
10. Anti penuaan.
11. Mencegah kencing manis tahap 1 dan 2.
12. Mencegah ketegangan (stress) dan Stroke.
13. Memelihara fungsi ginjal.

Friday, November 5, 2010

Khasiat Lidah Buaya


Lidah buaya (AloeVera)

Dengan  Nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala Pujian dan  Kesyukuran hanya kepada Allah Subhanahu wa ta’ala, dan Salam dan Selawat kepada Nabi  Muhammad.

Aloe Vera daripada famili Liliaceae ataupun lebih dikenali sebagai lidah buaya atau lidah jin mengandungi banyak khasiat. Kebiasaannya, ia terdapat di kawasan tanah yang berpasir dan bercuaca panas serta kering.

Pada masa kini, lidah buaya dijadikan sebagai tanaman untuk perhiasan yang ditanam di dalam pasu atau di halaman rumah. Selain cantik untuk perhiasan, ia juga mempunyai pelbagai kegunaan terutamanya dari segi perubatan.

Apabila diramas, daun lidah buaya akan mengeluarkan jeli yang mana dapat digunakan sebagai bahan kosmetik untuk mengurangkan kedutan terutamanya pada kulit muka dan tangan. Ia juga dapat dijadikan sebagai bahan pelembab dan pelembut untuk kulit dan rambut serta dapat digunakan untuk menyubur dan menghitamkan rambut.

Malah, tidak hairanlah “tanaman ajaib” ini telah digunakan sejak zaman Firaun di Mesir lagi untuk merawat kecantikan ratu-ratu Mesir. Dan kini, terdapat pelbagai produk Aloe vera untuk kecantikan di pasaran. 

Di samping itu, jeli lidah buaya yang sejuk dan segar itu dapat digunakan untuk mengubati luka-luka kecil, terbakar, bengkak dan edema. Ia juga digunakan untuk mengubati penyakit sembelit, gatal-gatal pada kulit, pembengkakan salur darah pada anus dan pemikiran yang tidak dapat dikawal.

Walaupun rasanya pahit, lidah buaya sebenarnya berguna untuk mengubati penyakit leukimia (lebihan sel darah putih dalam badan) dan barah paru-paru iaitu dengan memakan bahagian dalamnya yang berjeli. Bagi kanak-kanak, ia boleh digunakan untuk mengubati penyakit-penyakit yang disebabkan oleh jangkitan yang mengakibatkan batuk kokol dan gatal-gatal pada saluran pernafasan.

Ia juga boleh disapu pada badan untuk mengurangkan panas dan bahang. Selain itu, daun lidah buaya juga dapat digunakan 

Monday, March 8, 2010

Khasiat Papaya.

Buah papaya atau betik amat mudah ditemui di negara-negara tropika ini ternyata mengandungi banyak khasiat.

Nama saintifik papaya adalah Carica Fistula Leguminosae.

Papaya mengandungi provitamin A dan vitamin C yang amat besar, dua kali ganda dari kandungan buah limau. Walaupun sumber vitamin C boleh diperoleh dari pelbagai jenis buah dan sayuran, tetapi sebiji buah papaya dalam ukuran sederhana (+/- 280 gram) mengandungi 188 mg vitamin C dan 500 kj kalori. Ini adalah jumlah yang amat besar.

Papaya juga mengandungi pektin, asid butanoikdan proteolistik enzim papain. Ia dapat merawat asthma.

Dalam kajian pakar pemakanan dari University of California, San Francisco terhadap lebih dari 13 ribu orang, para pengkaji menemukan bahawa mereka yang kadar vitamin C nya rendah, ternyata risiko menderita penyakit kandung hempedu adalah tinggi.

Penyakit kandung hempedu lebih banyak menyerang perempuan berbanding lelaki, jadi memakan buah ini amat baik diamalkan.

Papaya juga dapat membantu memecah serat makanan dalam sistem pencernaan, melancar saluran pencernaan makanan.

Papaya dapat mengubati penyakit dan gangguan kesihatan lain seperti: menyembuhkan luka, menghilangkan infeksi dan menghilangkan allergy.

Air rebusan daun papaya berupaya menghasilkan perubahan bentuk badan - langsing dan dapat mengeluarkan cacing dalam perut.

Manakala air rebusan akarnya pula boleh digunakan untuk penghadaman dan sebagai tonik.

Susu pokok papaya pula dapat mengubati pelbagai jenis penyakit kulit.

Manakala biji papaya pula digunakan untuk merawat penyakit buasir dan penyakit puru.

Bagi keluarga yang memiliki halaman yang agak luas adalah lebih baik menanam sendiri tumbuhan ini. Sambil berbakti kepada tanah kita dapat mengekalkan kesihatan diri dan keluarga.

Saturday, March 6, 2010

Pelbagai Khasiat Tembikai



Pelbagai Khasiat Tembikai


Tembikai dikenali sebagai Citrullus vulgaris. Tembikai yang kaya dengan vitamin A dan C, asid folik, magnesium, zink dan pelbagai jenis galian yang lain adalah bermutu tinggi dalam perubatan.

Tembikai amat mujarab untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit antaranya sakit kepala, penyakit paru-paru dan masalah kulit.

Jus tembikai juga memberi tenaga dan kekuatan dikalangan orang-orang tua serta memulihkan sistem tubuh yang lemah bagi mereka yang baru sahaja sembuh daripada penyakit atau menjalani pembedahan.

Penyakit Jus tembikai boleh membantu menyembuhkan penyakit artritis, gout serta keracunan uremik berlaku akibat kehadiran asid urik yang berlebihan.

Jus tembikai boleh menghapuskan kesan-kesan toksik dalam tubuh. Kehadiran asid yang berlebihan dalam darah dapat diatasi dengan mengamalkan pengambilan jus tembikai kerana ia dapat bertindak membantu melancarkan pengaliran darah.

Thursday, March 4, 2010

Khasiat Buah Belimbing

Khasiat Buah Belimbing
Dengan  Nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani;
Segala Pujian dan  Kesyukuran hanya kepada Allah Subhanahu wa ta’ala;
Selawat dan Salam keatas junjungan Nabi  Muhammad (Sallallāhu 'alaihi wa sallam)

Belimbing merawat kencing manis;tekanan darah tinggi; gingivitis atau radang gusi.

Tumbuhan yang dikatakan kemungkinan berasal dari Sri Lanka atau kepulauan Asia Tenggara terutamanya Malaysia dan Indonesia.

Terdapat dalam dua jenis yang nyata iaitu belimbing manis dan belimbing sayur (belimbing buluh). Yang akan kita perkatakan dalam artikel ini ialah belimbing manis atau belimbing besi (Averrhoa carambola).

Buah belimbing besi merupakan sumber vitamin C yang baik, juga zat besi dan zat kapur.

Dalam bahasa Inggeris buah ini disebut sebaga starfruit lantaran bentuknya yang serupa bintang apabila dihiris melintang. Rasanya yang manis dan menyegarkan dengan aroma khas yang mebangunkan selera. Belimbing besi mempunyai nilai ekonomi yang tinggi. Sewaktu muda buahnya berwarna hijau muda dan berubah menjadi kekuningan stelah tua. Jenis belimbing besi yang diungguli ciri-cirinya adalah bentuknya besar, warnanya menarik, seratnya halus, sangat bersari dan rasanya manis segar.

Kebiasaannya , buah belimbing besi dimakan segar. Sebahagiannya diproses dan dijadikan pelbagai jenis produk seperti minuman segar serta kordial, jem , gula-gula buah, sos buah, buah kering, campuran hirisan buah di dalam sirap atau jus , halwa dan sebagainya. Buah belimbing muda boleh dijadikan jeruk.

Di samping sebagai sumber nutrisi yang baik, buah belimbing besi muda juga digunakan untuk pencegahan bahkan terapi pelbagai macam penyakit, antara lain bermanfaat dalam: menurunkan tekanan darah tinggi, anti oksida, anti kanser, melancarkan pencernaan, menurunkan kolestrol dan membersihkan usus.

 
Pada dinding sel belimbing terdapat pektin yang merupakan bahan pembentuk gel di dalam usus.Terbentuknya gel tersebut mempunyai pengaruh menurunkan kolestrol. Dalam hal ini pektin mengikat kolestrol dan asid hempedu dalam usus serta mendorong pengeluarannya.

Air perahan buah belimbing dapat mencegah tekanan darah tinggi agar selalu berada dalam keadaan yang normal. Penderita tekanan darah tinggi boleh meminum air parutan buah belimbing setiap duahari sekali. Caranya buah belimbing yang cukup besar dan sudah setengah matang diparut halus, kemudian diperah airnya sebanyak satu gelas.Minumlah setiap pagi hari selama satu bulan.

Dikatakan tekanan darah tinggi akan menjadi normal apabila seseorang itu rajin meminum air belimbing. Tapi jangan sekali-kali mencampurkan air perahan belimbing dengan gula pasir atau sirap kerana ia akan menimbulkan kesan yang sebaliknya.

Di India buah belimbing yang masak digunakan untuk menghentikan pendarahan. Sementara buahnya yang telah kering digunakan untuk mengurangkan demam panas. Buah yang telah diawet pula digunakan oleh masyarakat India untuk meredakan cirit-birit dan mabuk kerana pengambilan alkohol berlebihan. Minyak yang diekstrak dari buah dijadikan ubat mengubati penyakit mata .

Di Negara Brazil pula, pesakit yang mempunyai masalah buah pinggang dan pundi kencing sering dinasihatkan agar mengambil buah belimbing. Masyarakat negara itu juga percaya bahawa buah tersebut elok untuk penderita ekzema.

Chinese materia medical ada menyatakan bahawa rebusan buah dan daun belimbing elok diminum untuk mengatasi masalah muntah-muntah.Daunnya diramas dan diletakkan di atas dahi untuk menghilangkan sakit kepala. Sementara pucuk dan daun yang dihancurkan diletakkan di atas cacar dan ringworm.