Monday, March 20, 2006

Sajak untuk Pak Lah.

Oleh Mohamed Fudzail

O Pak Lah
kami tak marah
kerana kami faham
kerajaan tidak kejam
dulu kini dan selamanya
minyak tetap naik harga
dan masih saja termurah
berbanding tukaran matawang asing

O Pak Lah
sumpah kami tak marah
kami akan buat tahlil kesyukuran
meraikan 30 sen kenaikan
sambil mengubah gaya hidup
yang belum terlingkup
selagi petronas sekadar milik
ameno dan adik beradik

O Pak lah
memang kami tak marah
walau semuanya akan naik
selain gaji yang statik
tetap kami bersama-sama rebah
dengan kepimpinan bedebah
demi sebuah lagi projek gemilang
barisan nasional cemerlang

O Pak Lah
jangan pula marah-marah
kalau kami berdemonstrasi
hantar water cannon, fru dan sb
kerana periuk nasi kami
semakin dipenuhi janji-janji
yang hangit setiap hari
di canang mesra rakyat dan hadhari!


Dubai 14 Mac 2006
[Via Harakah Daily]

No comments: