Friday, March 10, 2006

Muslimat Minta Marina Henti Tuduhan Melulu.


Individu atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) diingatkan supaya tidak menuduh secara melulu apabila bercakap mengenai hak-hak wanita Islam sebagaimana digariskan oleh al-Quran dan Sunah.

Ketua Penerangan Muslimat PAS, Dr Mariah Mahmood, berkata bagi sesiapa atau mana-mana pihak yang mahu memperjuangkan hak wanita perkara itu mesti berada dalam ruang lingkup syariat Islam.

“Jangan samakan hak wanita bukan Islam dengan wanita Islam. Tentunya hala tuju dan hak mereka tidak sama dengan wanita Islam dan mereka tidak akan faham akan agama kita,” katanya kepada Harakahdaily bagi mengulas kenyataan Marina Tun Mahathir yang disiarkan agensi berita antarabangsa, mendakwa wanita Islam Malaysia mempunyai nasib lebih buruk daripada wanita kulit hitam pada era aparteid Afrika Selatan. [Harakah Daily]

No comments: