Friday, October 12, 2007

Ulama Sepakat Haram Berpuasa Pada 1 Syawal

Ibn Abdullah

NABI Muhammad SAW menyambut Eidilfitri dengan penuh kesyukuran lantaran nikmat dikurniakan Allah. Walaupun diriwayatkan Baginda bersedih dengan pemergian Ramadhan, Eidilfitri tetap disambut penuh suasana ceria dan gembira.

Eidilfitri anugerah Allah SWT kepada umat Islam yang bersungguh menunaikan ibadat puasa sepanjang Ramadhan dengan penuh keikhlasan. Ia juga tanda kemenangan menahan segala desakan nafsu mazmumah selama sebulan berpuasa.

Rasulullah SAW pada pagi Eidilfitri memakai pakaian yang terbaik dan cantik, malah Baginda sendiri menyaran dan menggalakkan sahabatnya supaya berpakaian cantik.

Ini seperti disebut cucu Baginda Saidina Hasan:Nabi SAW memerintahkan kami pada pagi Aidilfitri memakai pakaian paling baik yang kami miliki dan berwangi-wangian dengan wangian paling baik yang kami miliki.

Imam Ibn Qayyim ada menyebut pada Eidilfitri, Nabi SAW memakai pakaiannya yang paling cantik. Baginda mempunyai pakaian khas yang biasanya dipakai pada dua hari raya (Eidilfitri dan Eidiladha) dan pada Jumaat.

Termasuk dalam sunnah Baginda SAW ialah menjamah sedikit makanan sebelum keluar untuk solat sunat Eidilfitri. Makanan pilihan Baginda ialah tamar.

Seorang sahabat iaitu Anas bin Malik pernah menyebut: "Adalah Nabi SAW tidak akan keluar untuk solat Eidilfitri sehingga Baginda terlebih dulu memakan tamar dengan bilangan ganjil, tiga, lima atau tujuh biji."
Makan pada pagi Eidilfitri adalah satu pernyataan daripada Baginda SAW bahawa haram berpuasa pada hari itu. Mesej daripada bersegera makan dan bersolat sunat untuk mengelakkan pemikiran orang Islam daripada memikirkan mengenai puasa atau halangan makan yang biasanya dilakukan pada Ramadhan.

EAidilfitri ialah satu perayaan kegembiraan dan dilarang berpuasa pada hari itu. Sesiapa yang berpuasa dianggap sebagai menolak pelawaan dan pemberian Allah kepada hamba-Nya. Orang Islam itu dianggap tetamu Allah SWT pada hari yang penuh kemuliaan itu.

Ulama Islam bersepakat dalam menyatakan haramnya berpuasa pada hari pertama Eidilfitri sama ada puasa wajib (nazar atau untuk menunaikan kafarah), apatah lagi untuk berpuasa sunat.

Larangan berpuasa pada Eidilfitri disebut secara jelas Rasulullah SAW melalui riwayat daripada Abu Said al-Khudri yang menyatakan Baginda menegah daripada berpuasa pada dua hari raya iaitu Eidilfitri dan Eidiladha.
Pada pagi Eidilfitri, sebelum mengerjakan solat sunat hari raya, umat Islam diwajibkan mengeluarkan zakat fitrah. Kelewatan membayar zakat akan menyebabkan ia tidak dikira sebagai zakat dan hanya dianggap sedekah.

Ibn Abbas ada menyebut: "Zakat fitrah itu untuk menyucikan orang yang berpuasa daripada lagha (perkara yang tidak berfaedah), perkara keji dan sebagai pemberian makanan kepada orang miskin. Sesiapa yang menunaikannya sebelum solat (Eidilfitri) itu zakat yang diterima di sisi Allah SWT dan sesiapa yang menunaikannya selepas solat, maka ia dianggap sebagai satu sedekah."

Solat sunat Eidilfitri adalah sunat muakkad yang dituntut Allah dan Baginda SAW, supaya dilaksanakan umat Islam. Ia disyariatkan pada tahun pertama Hijrah. Ia digalakkan kepada pelbagai peringkat umur dan lapisan umat Islam sama ada lelaki, perempuan dan kanak-kanak.
Rasulullah SAW sendiri keluar rumah untuk bersolat hari raya bersama-sama isteri dan anak Baginda. Disunatkan juga keluar rumah ke tempat sembahyang melalui jalan lain dan pulang ke rumah dengan jalan lain.

Ini dinyatakan oleh seorang sahabat bernama Jabir bahawa begitulah keadaan Baginda SAW setiap kali pergi dan balik menunaikan solat hari raya.

Seperkara yang penting untuk dikaitkan dengan Eidilfitri ialah amalan bertakbir. Galakan bertakbir ada disebut dalam al-Quran menerusi firman-Nya bermaksud: "Hendaklah kamu mencukupkan bilangan puasa dan bertakbirlah (mengagungkan dan membesarkan) atas petunjuknya yang diberikan kepadamu semoga kamu bersyukur." (Surah al-Baqarah, ayat 185)
Laungan takbir bermula pada malam Eidilfitri selepas jelas terlihat anak bulan Syawal dan berakhir apabila hendak ditunaikan solat sunat Eidilfitri. Takbir dianggap penting sebagai satu syiar agama bagi menzahirkan perasaan gembira dan syukur kepada Allah SWT di atas kemenangan melawan hawa nafsu sepanjang Ramadhan.

Ia juga dianggap sebagai lambang penyatuan umat Islam seluruh dunia walau di pelosok mana mereka berada. Laungan takbir yang diungkapkan adalah sama, semuanya membesar dan mengagungkan Allah SWT. Inilah lambang kekuatan yang dijelmakan melalui falsafah dan roh takbir hari raya.

®BH

Remembering Allah on Eid Occasion

Adil Salahi

The Prophet SAW was keen to relate the joyous occasion of the Eid that ends fasting in Ramadhan to the idea of obeying God in every situation. It is well known that the Eid prayer is offered a short while after sunrise. The Prophet SAW urged all Muslims to attend the Eid prayer, even though it is not obligatory. In fact he particularly urged women to attend, so as to emphasize the need for them to participate in this occasion of celebration for the whole community. He even told women who could not pray, because they were in the period, to attend so as to take part in the blessings of the occasion and to share in the other aspects of worship, such as glorifying God.

Several reports confirm that the Prophet SAW always ate something before he went out to prayer.

Anas ibn Malik reports: “God’s Messenger SAW did not go out on the day which ended the fast until he had eaten a few dates, keeping them to an odd number.” [Related by Ahmad, Al-Bukhari and others.]

This was in marked difference from his practice on the day of sacrifice. He did not eat then until he had slaughtered his sacrifice and was able to eat something of its meat. It is well known that this sacrifice can be offered only after the Eid prayer is over.

The reason for eating early on the day of the first feast is that fasting on that day is forbidden because it is the day that follows the month of fasting and signals its end.

The Prophet SAW wanted to demonstrate to his companions that the proper attitude of a Muslim is to act on God’s orders without delay. Since the Prophet SAW ate dates on that occasion, it is a Sunnah, or recommended practice, to follow his example. Some scholars, however, suggest that anything sweet, such as honey, also allows one to follow the Prophet’s example, assuming that the Prophet SAW chose dates because it was the sweet thing available to him at that time.

Whether one eats something sweet or salty, he follows the Sunnah if he eats before going out to prayer. If he chooses dates because the Prophet SAW is known to have eaten dates on this occasion, he earns a reward according to his intention, which is to follow the Prophet’s example.

The Prophet SAW kept the dates he ate to an odd number: three or five or seven, etc. so that it remained a reference to God’s oneness. In fact, he did this in all matters. He kept reminding his community of the great Islamic principle of God’s oneness in everything he did.

After the prayer, the Prophet SAW addressed the congregation. He encouraged them to maintain the path of obedience to God in all aspects of life. The congregation was too large for everyone to hear what the Prophet SAW said, particularly women who prayed at a distance from the men’s congregation. The Prophet SAW, therefore, went to address them separately.

Jabir ibn Abdullah reports: “I attended prayers with the Prophet SAW on an Eid day. He started with prayer before giving the sermon, and without the normal call to prayer of either adzan or Iqamah. When the prayer was over, he stood up leaning on Bilal. He praised God and glorified Him. He then counseled the congregation, reminding them of God and their duty to obey Him. Afterward, he went to the women taking Bilal with him. He ordered them to maintain their sense of the fear of God and admonished them. He also praised God and glorified Him, urging women to always obey Him. He then said to them: ‘Give generously in charity, for most of you will be the fuel of the Fire.’ A woman who was not an Arab and whose cheeks had turned slightly black asked: ‘Why is that, Messenger of God?’ He said: ‘Because you complain too much and are ungrateful to your folk.’ They began to take off their jewelry, necklaces, earrings and rings, and threw all that in Bilal’s robe giving it all as charity.” [Related by Ahmad, Al-Bukhari, Muslim and others.]

This Hadith shows us that the Prophet SAW made a special effort to address women on the day of the Eid. According to scholars, the Imam or the ruler should also make a special effort to address them. The Prophet SAW pointed out to women two common characteristics that could make them face a very unhappy ending on the Day of Judgment. These are frequent complaints and ingratitude. These are certainly not limited to women. When men have the same faults they land themselves in a similarly perilous situation. However, a woman can easily make the life of her family miserable by frequent complaining. If she is of the nagging type, always asking her husband for what he cannot afford, everyone in the family, including young children, will suffer. Should the complaints be unjustified, they may become sinful.

The other characteristic that the Prophet SAW points out is ingratitude. This often goes hand in hand with the first one. A person who is always complaining hardly knows how to be grateful. Complaining becomes natural to him that he always sees something wrong in every situation. It is easy for him to overlook what is good and positive. As a result he is often ungrateful for a good turn. When these two characteristics are brought into family life, they tend to make life a misery. Hence, the Prophet SAW warns against them on this happy occasion so as to indicate the way to continued happiness within the family.

The Prophet SAW also showed the way to overcome the effect of the two characteristics that can land people in hell. It remains the best way to earn much reward in order to counterbalance the effects of slips, mistakes and sins. That way is the voluntary charity.

®Arab News

Thursday, October 11, 2007

Fadilat Ibadat Pada Malam Aidilfitri

Ibn Abdullah

Eidilfitri Al-Mubarak adalah hari kebesaran penuh kemuliaan dalam Islam dihadiahkan kepada umat Nabi Muhammad SAW atas kejayaan melaksanakan Ibadat Puasa Ramadhan. Sesuai dengan kedudukan hari mulia, Eidilfitri hendaklah disambut orang Islam mengikut tuntutan syariat.

Sungguh jauh berbeza antara Eidilfitri disambut sebagai ibadat dengan yang berupa adat. Setiap ibadat adalah mengikut apa disyariatkan, sedangkan adat mengikut kebiasaan diamalkan sejak turun-temurun dalam masyarakat.

Islam menganjurkan apa yang perlu dilakukan ketika Eidilfitri seperti dijelaskan dalam Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW.

Sambutan Eidilfitri Al-Mubarak bermula sebaik berakhirnya ibadat puasa Ramadhan apabila kelihatan anak bulan Syawal.

Perkara utama perlu dizahirkan sebagai tanda bermula sambutan Eidilfitri ialah melaungkan gema takbir.

Firman Allah bermaksud: "Dan sempurnakanlah ibadat puasa kamu mengikut bilangan hari dalam Ramadhan (29 atau 30 hari), serta bertakbirlah (membesarkan Allah) atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur." (Surah al-Baqarah, ayat 185)

Amalan bertakbir daripada satu rumah ke satu rumah seperti diamalkan di sesetengah tempat memang baik. Selain mengucapkan kalimah kebesaran, dapat juga merapatkan silaturahim sesama penduduk.

Amalan itu hendaklah dilakukan dengan tertib dan ikhlas. Jangan hanya bertandang ke rumah tertentu dengan tujuan tertentu saja. Ada yang menyertai kumpulan takbir sekadar suka-suka dan berpeluang mengintai anak gadis.

Malam Eidilfitri adalah malam ibadat yang menyediakan kelebihan tersendiri. Berpandukan maksud hadis menjelaskan sesiapa beribadat pada dua malam hari raya iaitu Eidilfitri dan Eidiladha, maka hatinya tidak akan mati pada saat hati orang lain mati.

Banyak orang yang menyertainya Sembahyang Sunat Tasbih, Tawbat dan Hajat yang diadakan di masjid. Amalan itu memang baik sekali untuk menghidupkan Malam Eidilfitri. Malang sekali banyak yang turut serta tanpa memahaminya.

Dikatakan ibadat itu hanya tertentu pada malam Eidilfitri. Individu yang tidak turut serta dipandang serong kerana dianggap tidak melakukan sesuatu yang ‘wajib’ pada malam raya.

Pada pagi Eidilfitri disunatkan mandi seperti dilakukan Rasulullah SAW. Kemudian, disunatkan menghiasi diri dengan pakaian terbaik yang dimiliki, serta mengenakan wangian. Maksud pakaian terbaik bukan semestinya baru dibeli atau dijahit.

Bagaimanapun, di kalangan masyarakat kita berpegang kepada maksud baju baru. Sebab itu, semua orang mesti berpakaian baru dengan alasan itu tuntutan agama. Malah, mereka bukan membuat sepasang baju baru untuk dipakai pada hari raya, tetapi sampai empat atau lima pasang.

Sebelum turun ke rumah menuju masjid atau tempat lapang untuk menunaikan Sembahyang Sunat Eidilfitri, disunatkan juga menjamah sedikit makanan.

Anas RA telah berkata: "Nabi Muhammad SAW makan beberapa biji tamar sebelum keluar pada pagi Eidilfitri dan Baginda memakannya dalam bilangan ganjil." Makan itu adalah tanda tidak berpuasa dan bersyukur dengan nikmat dianugerahkan Allah SWT. [Bukhari dan Ahmad]

Rasulullah SAW ketika menuju ke masjid menggunakan jalan lain dan ketika pulangnya pula melalui jalan lain. Melalui jalan berbeza adalah bertujuan supaya dapat bertemu dengan ramai jiran yang tinggal di sepanjang jalan itu. Ketika bertemu disunatkan mengucapkan salam dan tahniah.

Sembahyang sunat Eidilfitri hendaklah dilambatkan sedikit, sedangkan solat hari raya korban perlu disegerakan. Melewatkan Solat Eidilfitri bertujuan memberi masa bagi sesiapa belum mengeluarkan Zakat Fitrah. Zakat fitrah wajib dikeluarkan sebelum menunaikan Solat Eidilfitri.

Sebenarnya, sambutan hari raya hanya pada 1 Syawal. Pada 2 Syawal dan hari seterusnya sudah dibenarkan berpuasa ganti dan sunat. Bagaimanapun tidak dilarang untuk terus melakukan sambutan Eidilfitri selagi amalan itu tidak bertentangan syariat.

®BH

Zakat Fitrah Berkesan Basmi Kemiskinan

Abdul Rahman Haqqi

DI SAMPING kesibukan umat Islam berpuasa dengan amalan mencari habuan malam Lailatulqadar pada penghujung Ramadhan ini, satu lagi kewajipan yang hanya berlaku pada bulan mulia ini ialah zakat fitrah.

Yang kaya memikirkan kepada siapa yang akan diberikan zakat fitrahnya manakala yang miskin memikirkan bagaimana mereka boleh menerima zakat fitrah itu untuk keperluan meraikan Eidilfitri minggu depan. Kedua-dua golongan ini mengharapkan agar ibadah puasa mereka pada tahun ini diterima Allah Azza wa Jalla.

Prof. Yusuf al-Qaradawi dalam tesis PhD beliau pada 60-an bertajuk Fiqh Al-Zakat yang kemudian menjadi buku rujukan zakat semasa dan dicetak lebih daripada 30 kali, mengatakan bahawa syariat Islam sebenarnya mempunyai objektif akhlak dan pendidikan yang jelas di sebalik kewajipan membayar zakat fitrah, baik terhadap orang kaya atau orang miskin.

Objektif itu untuk melatih orang Islam menyumbang sama ada dalam keadaan senang atau susah. Dalam Al-Quran sendiri Allah menyifatkan orang bertakwa itu ialah orang yang 'menafkahkan (hartanya) baik pada waktu lapang mahupun sempit'. (Surah Ali-‘Imran: 134) Dengan latihan berkenaan, orang Islam walau bagaimana miskin sekali pun akan bersikap suka menyumbang dan sentiasa merasai kemanisan memberi sumbangan dan mengutamakan kebajikan orang lain. (Rujuk II/930)

Penduduk Muslim di dunia dianggarkan berjumlah 1.3 bilion. Secara kasarnya, jika nisbah orang yang wajib mengeluarkan zakat fitrah di kalangan mereka 90 peratus, maka jumlah mereka ialah 1.17 bilion. Perlu dicatat di sini bahawa zakat fitrah adalah zakat badan atau diri bukan zakat harta, oleh itu jumlah yang wajib zakat adalah ramai kerana hampir semua umat Islam wajib mengeluarkan zakat fitrah. Syarat wajib zakat fitrah adalah memiliki lebihan keperluan untuk Eidilfitri.

Secara kasarnya, jika purata kadar zakat fitrah umat Islam adalah RM5 maka wang zakat fitrah yang dikumpulkan sepanjang Ramadan ini adalah sebanyak RM5,850,000,000.00, iaitu hampir RM6 bilion.

Jumlah wang ringgit yang signifikan daripada umat yang selalu dikatakan oleh Barat sebagai bangsa yang miskin dan mundur padahal ia hanya dikumpulkan dalam masa satu bulan.

Kemudian kutipan wang zakat fitrah itu mesti diagihkan dalam sehari pada Eidilfitri di mana setiap orang yang berhak menerima zakat fitrah daripada baki jumlah seluruh umat Islam yakni 130 juta orang akan menerima RM45.

Dalam sebuah hadis maksudnya: "Rasulullah SAW memfardukan zakat fitrah iaitu segantang tamar atau segantang gandum ke atas hamba dan orang merdeka, lelaki dan perempuan, kecil dan besar daripada kalangan umat Islam. Baginda memerintahkan supaya ia ditunaikan sebelum orang ramai keluar pergi menunaikan sembahyang." (Hadis riwayat al-Bukhari)

Dalam riwayat lain maksudnya: "Rasulullah SAW memfardukan zakat fitrah sebagai penyucian terhadap orang berpuasa daripada perkara buruk dan tidak berfaedah dan sebagai bantuan kepada fakir miskin." (Hadis riwayat Ibn Majah)

Bukankah umat Islam umat yang kaya? Bukankah umat Islam umat yang berada? Bukankah umat Islam umat yang sejahtera? Bagaimanapun apa yang berlaku, mengapa umat Islam masih dikatakan umat yang miskin? Mengapa umat Islam masih dikatakan umat yang papa? Mengapa umat Islam masih dikatakan umat yang daif?

Padahal contoh kira mengira di atas adalah hanya untuk satu jenis kewajipan zakat iaitu zakat fitrah yang wajib dikeluarkan pada Ramadhan. Bagaimana dengan seluruh harta umat Islam yang wajib dizakat seperti haiwan, tumbuh-tumbuhan, emas dan perak, perniagaan dan lain-lain? Sudah tentu agak sukar mengiranya kecuali jika pengelolaan zakat diinstitusikan menjadi suatu badan pengelola zakat profesional yang disesuaikan dengan keperluan semasa. Itulah yang dicadangkan Malaysia dalam Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan ia sepatutnya dijadikan agenda utama umat Islam pada hari ini demi mencipta kesejahteraan di kalangan umat Islam dunia.

Pada zaman kekhilafahan Islam berabad-abad lamanya pengelolaan memungut dan mengagih zakat berada di bawah jabatan yang dikenal sebagai al-Jibayah, petugasnya disebut al-Jabi. Dalam Bab 11 kitab al-Ahkam al-Sultaniyyah, al-Mawardi (w. 405H) menjelaskan secara terperinci tugas dan tanggungjawab jabatan ini serta prosedur pelaksanaannya.

Beliau mengatakan bahawa apabila pengurus zakat dilantik maka pelantikannya boleh dilakukan dalam tiga cara iaitu untuk menerima zakat dan membahagikannya; untuk menerima zakat dan dilarang untuk membahagikannya; dan pelantikan tidak terikat dengan pengertian dia tidak diarah untuk membahagikannya dan tidak dilarang daripadanya.

Syarat yang harus ada dalam pelantikan pengurus zakat ialah seorang yang merdeka, Islam, adil, dan mengetahui hukum hakam zakat.

Zakat adalah wajib ke atas harta yang disimpan yang layak dimaju dan dikembangkan. Sama ada dengan sendirinya atau melalui usaha. Ia adalah penyucian kepada pemiliknya serta bantuan kepada mereka yang berhak menerimanya.

Harta zakat ini terbahagi kepada dua jenis iaitu harta zahir dan harta batin. Yang pertama disebut adalah harta yang tidak dapat disembunyikan seperti tanaman, buah-buahan dan ternakan manakala yang kedua disebut adalah harta yang boleh disembunyikan seperti emas, perak dan barang perniagaan.

Dalam hubungan ini pengurus zakat tidak berhak memungut zakat harta batin sebaliknya yang empunya harta itu berhak ke atas hartanya kecuali jika yang empunya harta itu mahu mengeluarkannya dengan secara sukarela, maka pengurus zakat menerimanya daripada mereka dan pembahagiannya adalah menjadi pertolongan kepada mereka.

Bidang tugas pengurus zakat adalah terhadap harta zahir iaitu dengan mengarah pemiliknya mengeluarkan zakat kepadanya. (Terj. hal. 192-193)

Kemiskinan adalah suatu masalah asas yang dihadapi oleh setiap masyarakat. Oleh sebab itulah, zakat diwajibkan supaya pihak negara dapat mengutip dan membahagi serta mengagihkannya. Dengan itu dapatlah dibantu mereka yang fakir dan miskin serta orang lain dengan tujuan meninggikan taraf hidup di kalangan seluruh anggota masyarakat. Ini bertujuan agar setiap anggota masyarakat itu tidak menderita disebabkan kepapaan dan kemelaratan.

Dr Al-Jammal berkata, dengan menjalankan pungutan zakat, maka negara itu berusaha menegakkan keadilan sosial dan mendekatkan jurang perbezaan di antara golongan yang berada dengan yang tidak berada. Zakat juga dipandang sebagai suatu jalan dalam membina dan menegakkan sebuah masyarakat berdasarkan kasih sayang, rasa setia kawan, dan tolong-menolong. Ini disebabkan zakat itu dapat menghilangkan rasa benci, dendam dan dengki yang memenuhi hati orang yang tidak berpunya. Dengan demikian, akan terbentuk sebuah masyarakat yang bahagia dengan keadaan anggotanya saling bantu membantu, bersaudara dan saling kukuh mengukuh serta hormat-menghormati dan kasih mengasihi. (Ensiklopedia Ekonomi Islam, I/252)

Adalah wajar diperhatikan bahawa kedudukan zakat sebagai rukun keempat Islam memberi pengertian yang mendalam sekali, terutama kepada masyarakat Islam yang mahu kembali semula maju bersama Islam. Ia menggambarkan bahawa pembahagian rezeki secara adil adalah agenda utama pembinaan Islam dalam masyarakat.

Sebagai salah satu daripada rukun Islam yang lima, zakat mempunyai latar belakang yang kuat dalam pembinaan Islam sebagai satu keseluruhan. Berdasarkan latar belakang ini, zakat boleh disifatkan secara mudah sebagai tonggak kewangan dan sosial dalam Islam. Bersama akidah dan sembahyang, ia boleh memberi gambaran yang jelas terhadap kerangka Islam yang sebenarnya walaupun belum begitu sempurna.

Bagaimanapun, sebagai asas kepada Islam ia tidak boleh terlepas daripada sifat sebagai ibadat. Dalam konteks ini, zakat adalah sebahagian daripada ibadat utama Islam, selain sembahyang, puasa, haji, jihad dan sebagainya.

Disebabkan itulah zakat tidak hanya diperkatakan oleh fuqaha dalam satu bab saja, tetapi dalam banyak bab. Ia disebut dalam bab ibadat, bab kehartaan, sosial, kebajikan, pemerintahan dan sebagainya. Ia juga membabitkan lebih daripada 40 ayat al-Quran dan lebih daripada 170 hadis dan mendapat ulasan yang meluas daripada pentafsir al-Quran dan pengulas hadis. (Lihat Mahmood Zuhdi, Pengurusan Zakat, 17)

Jika kita perhatikan ayat Al-Quran kita akan dapati bahawa berbanding dengan masalah menentukan sumber zakat, dalam masalah pengagihan zakat, Al-Quran bersikap lebih memperincikan arahan. (Baca ayat 60 surah al-Taubah). Kemungkinan berlaku penyelewengan dan penggunaan hawa nafsu dalam mengagihkan zakat lebih besar daripada kemungkinan yang sama dalam menentukan sumber dan memungut zakat daripadanya.

Dalam kebanyakan ayat Al-Quran yang menyebutkan zakat ia selalu bersama dengan mendirikan sembahyang. Ia membuktikan kepada kita betapa kedua-duanya berkaitan yang tidak boleh berjauhan bahkan dipisah-pisahkan.

Jika umat Islam di seluruh dunia banyak memberikan perhatian lebih kepada sembahyang dengan mendirikan banyak baitullah yakni masjid di merata tempat, mengapa kita juga tidak memberikan perhatian lebih kepada zakat dengan mendirikan rumah zakat yakni Baituzzakah di mana-mana agar ia mudah dicapai oleh pemberi dan penerima zakat?

Jika Al-Quran dalam menyebut kewajipan mendirikan sembahyang selalu diikuti dengan pengeluaran zakat, mengapa kita tidak ikutkan juga pembangunan Baituzzakah di setiap masjid? Masjid didirikan sebagai tempat sembahyang demi mencapai kesejahteraan akhirat, maka Baituzzakah didirikan demi mencapai kesejahteraan umat di dunia yang fana ini. Bukankah demikian? Ramadhan Karim.

®BH

Wednesday, October 10, 2007

Eidilfitri Pemangkin Perubahan Diri

Zainul Rijal Abu Bakar
Umat Islam seluruh dunia akan merayakan hari kemenangan iaitu Eidilfitri selepas sebulan berlapar dahaga serta mengekang hawa nafsu dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak. Umat Islam merayakan kejayaan ini dengan gilang gemilang sambil mengharapkan keredaan Allah SWT.

Hari kemenangan ini adalah suatu ibadat dan ia tidak seharusnya diraikan semata-mata daripada lensa adat Melayu Islam saja. Perayaan ini mesti dilaksanakan berasaskan apa yang disyariatkan agama sama ada daripada aspek penyediaan perayaan, mahupun semasa merayakannya.

Sering kali umat Islam tersasar daripada landasan sebenar ketika merayakan hari kemenangan itu.

Eidilfitri mengajak umat Islam kembali kepada fitrah manusia selepas sebulan menjalani latihan. Fitrah yang manakah akan kita ikuti?

Adakah kembali sebagaimana sebelum Ramadhan di mana manusia begitu rakus, tamak haloba dan tidak mengawal hawa nafsu atau fitrah semula jadi yang luhur, suci bersih hasil didikan sebulan Ramadhan.

Sering juga berlaku dalam kegelojohan menyambut Eidilfitri, kita bagaikan alpa bahawa bulan keberkatan ini akan meninggalkan kita. Adakah pada tahun depan kita masih berkesempatan menemui Ramadhan atau Ramadhan tahun ini adalah yang terakhir buat kita.

Amatlah rugi bagi mereka yang memilih untuk kembali kepada keadaan negatif seperti sebelum Ramadhan. Tiada nilai atau kesan latihan Ramadhan selama sebulan sedangkan Allah dan Rasul-Nya sudah menjanjikan kebaikan bagi mereka yang menghidupkan Ramadhan.

Beruntung pula mereka yang kembali kepada fitrah asal kejadian selepas munculnya Syawal. Mereka inilah orang yang benar-benar mendapat kejayaan kerana mereka seolah-olah dilahirkan semula dan bersih daripada dosa.

Mereka menjaga puasa, tidak hanya berlapar dahaga sepanjang Ramadhan malah, menjaga tatasusila dan falsafah puasa itu sendiri. Setiap anggota yang dikurniakan Allah SWT dijaga dan dihindari daripada melakukan maksiat.

Pada saat menyambut Eidilfitri, mereka tidak boros berbelanja mengikut nafsu, tetapi menyediakan sekadar diperlukan. Mereka tidak berlumba-lumba menukar serba serbi peralatan baru walaupun Islam tidak menghalang kita memakai pakaian dan kelengkapan baru. Piawaian dikenakan ialah tidak ada pemborosan dan pembaziran dilakukan ketika menyambut Eidilfitri.

Kita juga mestilah membezakan Eidilfitri antara adat dan ibadat kerana Eidilfitri adalah suatu ibadat. Oleh itu, kita tidak harus alpa daripada melakukan ibadat seperti bersembahyang hari raya serta mengeluarkan zakat.

Ibadat di sini tidak harus ditafsirkan dalam erti kata yang lebih luas. Ibadat pada Eidilfitri termasuk menjaga silaturahim dengan bermaaf-maafan, kunjung-mengunjungi serta mengingati orang yang sudah meninggalkan kita.

Dalam meraikan Eidilfitri, segala bentuk maksiat hendaklah dihindari kerana ia boleh mencemar nilai suatu ibadat. Ibadat tidak boleh dicampuradukkan dengan maksiat. Golongan melakukan maksiat ketika Eidilfitri adalah golongan yang hanya menganggap Eidilfitri itu suatu adat saja.

Amatlah malang bagi golongan yang terkinja-kinja dan program-program yang meraikan kemenangan pada Eidilfitri sedangkan Allah SWT murka dengan apa yang dilakukan mereka. Marilah kita mengambil kesempatan kali ini untuk kembali kepada Al-Quran dan Al-Sunnah dalam merayakan Eidilfitri. Jangan lupa kewajipan ketika menyambut hari kebesaran ini dan sambutlah ia dengan penuh kesederhanaan selaras tuntutan hukum syarak.

Ketika meraikan hari kebesaran ini, jangan tinggalkan ibu bapa yang sudah berjasa kepada kita. Kembali ke kampung adalah satu tanda penghormatan dan kasih sayang anak kepada kedua orang tua.

Dalam perjalanan ke kampung halaman masing-masing, jangan pula kita ghairah sehingga membelakangkan keselamatan diri dan keluarga terutama ketika berada di atas jalan raya. Mempertahan dan melindungi nyawa sama ada nyawa sendiri atau nyawa orang lain adalah salah satu daripada matlamat syariah atau Al-Maqasid Al-Syariah yang dituntut ke atas seluruh umat Islam.

Mematuhi peraturan lalu lintas seperti ditetapkan kerajaan sebenarnya adalah suatu ibadat selagi mana ia disulami dengan niat ikhlas dan suci. Apalah gunanya kita merayakan hari kemenangan dalam keadaan sedih akibat kehilangan orang yang tersayang.

Sekali lagi ruangan ini menyarankan supaya setiap tindakan hendaklah dilakukan berlandaskan hukum syarak. Perayaan Eidilfitri mempunyai kesan besar kepada umat Islam secara keseluruhan jika falsafah dan ertinya difahami umat Islam.

Marilah kita merayakan Eidilfitri dengan penuh keinsafan dan kesucian, menyemarakkan semangat cinta kepada agama dan membesarkan Allah SWT serta menghindar daripada menyekutukan Allah SWT. Tinggalkan segala maksiat yang sering kita lakukan semasa Eidilfitri lalu dan berusaha menjadikan Eidilfitri ini yang terbaik dan diberkati Allah SWT.

Mudah-mudahan tatkala kita pulang ke rumah masing-masing kelak, kita menjadi pemangkin kepada perubahan dalam diri kita, keluarga, masyarakat dan negara. Dengan adanya perubahan ini, umat Islam akan lebih disegani, menjadi teladan kepada semua orang Islam atau bukan Islam. Dengan cara ini umat Islam akan menjadi umat maju di samping mengabadikan agama di dalam hidup mereka.

Zainul Rijal Abu Bakar ialah Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM).
® BH

Memahami Semangat Fitrah Eidilfitri

Ibn Abdullah

Ramadhan dan Syawal datang silih berganti. Kehadiran dua bulan berkat ini sememangnya dinantikan umat Islam sedunia. Ramadhan Al-Mubarak adalah bulan ujian dan Syawal membawa bersamanya perayaan Eidilfitri A-Mubarak meraikan kegemilangan umat Islam berjaya menempuh ujian Ramadhan yang di fardhukan keatas orang-orang Islam.

Sesuai dengan namanya, Eidilfitri adalah perayaan bagi meraikan tuntutan fitrah anugerah Allah SWT kepada seluruh umat manusia.

Fitrah dalam makan dan minum, berkasih-sayang, menghubungkan silaturahim, mencintai keharmonian melalui tradisi bermaaf-maafan, berhias-hiasan dan kasih mengasihi sesama manusia tanpa mengenal darjat, taraf dan bangsa.

Eidilfitri adalah suatu hari di mana fitrah diraikan dan disyukuri selaras dengan landasan Islam.

Islam tidak menjadikan keperluan kepada beragama sebagai suatu yang misteri di benak manusia, permusuhan dan dendam sebagai akhlak dan undang-undang kehidupan, kemiskinan serta kemelaratan sebagai disiplin agama, mahupun kasta dan status sosial sebagai suatu sistem kemasyarakatan.

Islam sesungguhnya adalah agama yang memelihara tuntutan fitrah manusia sehingga diwujudkan suatu hari istimewa untuk meraikannya. Meraikan fitrah tidak akan meninggikan kredibiliti iman seseorang sebaliknya, meninggalkan fitrah dianggap suatu pengkhianatan besar terhadap agama.

Namun, berapa ramaikah daripada kita yang menyedari hakikat ini sedangkan inilah semangat fitrah yang seharusnya diketahui, dirai dan dihayati umat Islam semua lebih-lebih lagi di Eidilfitri yang mulia.

Allah SWT menegaskan bahawa fitrah adalah ketetapan Allah SWT yang ditentukan kepada umat manusia sejak awal penciptaannya. Imam Al-Ghazali, Ismail Raji Al-Faruqi dan Sayyed Naquib Al-Attas adalah kalangan sarjana Islam yang membincangkan secara terperinci berkaitan fitrah dalam karya ilmiah mereka.

Secara umumnya, mereka menyimpulkan bahawa fitrah sebagai suatu potensi dalam diri manusia yang cenderung kepada nilai positif sejagat meliputi kecenderungan kepada kehidupan beragama dan nilai dipegang agama.

Al-Quran menjelaskan fitrah itu sebagai agama Hanif, agama yang lurus, agama pertama ditakdirkan untuk dianuti seluruh manusia. Tidak hairanlah mengapa manusia mempunyai potensi yang asli terhadap nilai positif sejagat yang sememangnya didukung agama pertama ini.

Adalah amat wajar umat Islam merenung kembali sejauh manakah Eidilfitri diraikan dalam suasana menghayati fitrah. Pada hari ini, umat Islam bersuka ria, bergembira, menikmati juadah enak, memakai pakaian baru, menghias kediaman, ziarah menziarahi, bermohon maaf antara sanak saudara dan taulan, mengeluarkan zakat fitrah untuk disedekahkan kepada yang memerlukan.

Eidilfitri adalah hari di mana nilai positif sejagat diraikan sebagai satu tuntutan agama. Adalah malang sekali andainya Eidilfitri semata-mata menjadi hari di mana kita membalas dendam terhadap nafsu makan dan minum yang dikekang di Ramadhan lalu.

Kita digalak berpakaian baru dan menghias kediaman tetapi bukan untuk menunjuk-nunjuk. Ziarah menziarahi dan bermohon ma’af bukan sekadar suatu tradisi tetapi untuk memperkukuhkan silaturrahim. Begitu juga mengeluarkan Zakat Fitrah serta bersedekah raya semata-mata kerana memenuhi tanggung-jawab peribadi dan juga sosial.

Mampukah semangat fitrah ini dihayati seandainya lebih ramai daripada kita memilih untuk duduk saja di rumah menonton rancangan menarik yang disajikan.

Daripada sudut ekstrim pula, ada antara kita memilih memulakan Puasa Sunat seawal dua Eidilfitri sehingga menghalang budaya ziarah menziarahi yang digalakkan di Eidilfitri.

Sementara warga kota yang pulang ke kampung memandu kenderaan, tidak berlumba-lumba di jalan raya dan seterusnya mengubah Eidilfitri tidak menjadi hari yang ditangisi bukan dirai.

Eidilfitri adalah bukti rahmat Allah SWT kepada umat Islam. Daripada sudut sejarah, Allah SWT menggantikan dua perayaan jahiliah kepada dua perayaan yang mulia iaitu Eidilfitri dan Eidiladha.

Melalui perayaan ini, syiar keagungan Islam disebarkan terutama apabila takbir dan tahmid berkumandang. Eidilfitri adalah hari persaudaraan dan kegembiraan dalam suasana mentauhidkan Allah SWT, mengingati memenuhi tuntutan fitrah manusia adalah sebahagian daripada keperluan agama dan kerana itu ia perlu disyukuri.

Fitrah manusia amat cenderung kepada kesederhanaan dan tidak harmoni kepada mana-mana ekstrim sama ada yang melampau atau terkurang. Kewajipan mengeluarkan zakat fitrah mengingatkan individu Muslim hakikat bahawa persaudaraan Islam menganjurkan umatnya bersifat prihatin terhadap golongan kurang berkemampuan.

Dalam konteks ini, perkongsian bukan saja daripada sudut mata benda malah perasaan. Menunaikan zakat fitrah menyucikan jiwa si kaya daripada perasaan tamak dan bongkak, menyucikan jiwa si miskin daripada perasaan dengki dengki dan iri hati.

Menanam antara dua jiwa rasa kasih, hormat dan seterusnya menimbulkan persaudaraan serta perpaduan. Ditambah pula apabila umat Islam berduyun-duyun berhimpun mendengar khutbah yang dibacakan imam dan bersama menunaikan solat sunat hari raya.

Uniknya Islam yang menyatukan amalan duniawi dan ukhrawi di bawah naungan tauhid. Semoga Eidilfitri Al-Mubarak kali ini menginsafkan kita hakikat keistimewaan agama fitrah ini.

[Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia ]

®BH

Tuesday, October 9, 2007

Malaikat Bawa Hidayah Malam Lailatul Qadar

Malaikat Bawa Hidayah Malam Lailatul Qadar
  Ibn Abdullah
Dengan  Nama Allāh, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani;
Segala Pujian dan  Kesyukuran hanya kepada All
āh; Selawat dan Salam keatas Muhammad Rasullullah.

Prologue: Pencarian Lailatul Qadar pada malam sepuluh terakhir Ramadhan masih belum berakhir dan umat Islam digalakkan supaya terus mengimarahkan adalah malam akhir bulan Ramadhan dengan memperbanyakkan ibadat kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

Kelebihan Nilai

Gandaan pahala melakukan amal ibadat pada malam berkenaan dikatakan mempunyai nilaiannya lebih 29,500 kali ganda kerana ganjaran pahala beribadat pada malam itu adalah lebih banyak dan baik melebihi seribu bulan.

Kebesaran Lailatul-Qadar adalah berdasarkan dua perkara. Pertamanya, kerana pada malam itu diturunkan Al-Quran dan keduanya, malam itu akan turun malaikat dalam suatu angkatan yang besar, penuh gilang gemilang untuk memberi taufik dan hidayah kepada orang berpuasa serta ibadat dengan ikhlas.

Disebut sebagai Lailatul-Qadar kerana pada pada malam itu akan turun malaikat untuk mengucapkan salam sejahtera kepada seisi penduduk bumi. Ia juga dikenali dengan nama Lailatul Syaraf bermaksud malam kemuliaan dan Lailatul Tajalli yang bermakna malam Allah SWT melimpahkan cahaya dan hidayah-Nya kepada orang yang berpuasa dan beribadat pada sebelah malamnya.

Penentuan tarikh dan malam sebenar berlakunya Lailatul-Qadar sering kali berlaku perselisihan pendapat di kalangan para ulama. Tetapi pendapat yang kuat menyatakan adalah pada malam ganjil sesudah hari kedua puluh Ramadan iaitu malam 21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadhan.

Kini tinggal hanya empat hari lagi sebelum umat Islam meninggalkan Ramadhan dan meraikan sambutan Eidilfitri. Saat-saat akhir ini sering menguji kesungguhan kita untuk terus menikmati keindahan malam Ramadhan.

Justeru, di samping kita membuat persediaan menyambut hari raya, jangan pula melupakan kepentingan merebut peluang akhir yang disediakan Allah SWT, iaitu menggandakan pahala amalan pada malam Lailatul-Qadar.

Hikmah

 Allah SWT sendiri selalunya menyembunyikan beberapa urusan agama yang lain atas hikmah tertentu seperti:

• Allah SWT menyembunyikan Lailatul-Qadar untuk menguji umatnya sejauh mana tahap amal ibadat mereka sepanjang Ramadhan.

• Allah SWT menyembunyikan saat penerimaan do’a (ijabah segala doa) pada hari Jumaat supaya kita berdoa sepanjang hari itu.

• Allah SWT menyembunyikan sembahyang Wusta dalam solat lima waktu supaya kita memelihara semua waktu solat fardu.

• Allah SWT menyembunyikan isim adzam di antara nama-Nya supaya kita menyebut semua nama-Nya (Asmaul Husna)

• Allah SWT menyembunyikan makna maksiat yang sangat terkutuk supaya kita menghentikan melakukan apa juga bentuk maksiat.

• Allah SWT menyembunyikan siapa yang menjadi wali di antara mukmin supaya kita berbaik sangka terhadap semua orang mukmin.

• Allah SWT menyembunyikan kedatangan hari kiamat supaya kita selalu bersiap sedia.

• Allah SWT menyembunyikan ajal manusia supaya kita selalu dalam persiapan menemui-Nya.

Walau bagaimana pun berkaitan dengan Lailatul-Qadar, ulama bersepakat mengatakan bahawa terdapat beberapa tanda apabila berlakunya malam itu antaranya ialah:

• Orang berkesempatan melihat malam Al-Qadar dapat merasakan bahawa segala yang ada di bumi dan di langit bagaikan bersujud ke hadrat Allah.

• Sesiapa yang berkesempatan menemui malam Al-Qadar akan melihat suasana alam yang terang benderang walau pun berada dalam kegelapan.

• Sesiapa yang berkesempatan menemui malam Al-Qadar akan dapat mendengar salam malaikat dan tutur kata mereka.

• Orang yang berkesempatan menemui malam Al-Qadar akan diperkenankan segala doanya.

Bagaimanapun pahala ibadat pada malam Al-Qadar akan tetap mendapat ganjaran dari Allah Taala biarpun tandanya tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

[Via BH]

Monday, October 8, 2007

Allah Tidak Jauh, Dua' Sentiasa Mustajab

Allah Tidak Jauh, Dua' Sentiasa Mustajab

  Dr. Mohammad Asri Zainul Abidin

 

Antara tanda Kasih Sayang dan Rahmat Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya adalah Dia tidak mewujudkan sebarang halangan untuk seorang hamba memohon kepada-Nya.

Insan diperintahkan berhubung langsung dengan Allah SWT tanpa sebarang ‘broker’ dalam hubungan yang suci itu. Tiada sebarang perantaraan antara Allah SWT dan hamba-hamba-Nya.

Islam menolak segala unsur keberhalaan yang menjadikan makhluk sebagai tuhan jelmaan menggantikan tuhan yang hakiki.

Islam menganggap perbuatan memohon kemakbulan do’a dari makhluk adalah syirik. Tidak kira siapa pun makhluk itu. Sama ada dia nabi ataupun wali.

Seorang Muslim tidak diizinkan pergi ke kubur mereka dan menyeru: wahai fulan tolonglah saya! Atau: Wahai nabi tolonglah tenteramkan jiwa saya! Atau: Wahai wali sembuhkanlah penyakit saya!

Perbuatan itu adalah syirik. Mukmin hanya meminta doa daripada Allah SWT.

Firman Allah:

“Dan tiada yang lebih sesat dari orang yang menyeru selain Allah, yang tidak dapat menyahut seruannya sehinggalah ke hari kiamat, sedang mereka (makhluk-makhluk yang mereka sembah itu) tidak dapat menyedari permohonan tersebut. Dan apabila manusia dihimpunkan (untuk dihitung amalan pada hari akhirat), segala yang disembah itu menjadi musuh (kepada orang-orang yang menyembahnya) dan membantah mereka “

[Surah Al- Ahqaf: 5-6]

Firman Allah:

 “Allah jua yang memasukkan malam kepada siang dan memasukkan siang kepada malam (silih berganti), dan Dia yang memudahkan peredaran matahari dan bulan; tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Yang melakukan semuanya itu ialah Allah Tuhan kamu, bagi-Nyalah kuasa pemerintahan; sedangkan mereka yang kamu sembah selain Allah itu tidak mendengar permohonan kamu, dan kalaulah mereka mendengar pun, mereka tidak dapat memperkenankan pemohonan kamu; dan pada hari kiamat pula mereka mengingkari perbuatan syirik kamu. Dan (ingatlah) tiada yang dapat memberi tahu kepadamu (Wahai Muhammad, akan hakikat yang sebenarnya) seperti yang diberikan Allah Yang Maha mendalam pengetahuan-Nya “

[Surah Fatir: 13-14]

Maka perbuatan memohon selain Allah, sama ada menyeru berhala secara terang atau memanggil nama para wali seperti Abdul Qadir Al-Jailani atau wali ‘songo’ atau apa sahaja termasuk dalam kerja-kerja syirik yang diharamkan oleh nas- nas al-Quran dan Al-Sunah.

Nabi Muhammad SAW begitu menjaga persoalan akidah ini.

Ibn ‘Abbas RA telah menyatakan:

“Bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW: “Apa yang Allah dan engkau kehendaki.” Maka baginda bersabda kepadanya: Apakah engkau menjadikanku sekutu Allah? bahkan (katakan): apa yang hanya Allah kehendaki [tidak menyengutukan Allah].

[Riwayat al-Imam Ahmad dinilai sahih oleh Al-Albani, Silsilah al-Ahadith al-Sahihah, 1/266]

Bandingkanlah ketegasan Nabi SAW ini dengan ajaran sesetengah guru tarekat atau sufi yang mencetuskan segala unsur keajaiban pada diri mereka agar dikagumi oleh pengikutnya. Akhirnya, mereka seakan Tuhan yang disembah, atau wakil Tuhan yang menentukan penerimaan atau penolakan amalan pengikutnya. Bahkan untung rugi nasib masa depan pengikut pun seakan berada di tangan mereka. Demikian juga, pengikut yang melampau, berlebih-lebihan memuja tokoh agama, akhirnya boleh terjerumus kepada kesyirikan.

Terlampau memuja tokoh seperti itulah yang menyebabkan banyak individu dianggap keramat dan suci sehingga dipanggil ‘tok keramat’ lalu mereka seakan dimaksumkan. Kemudian, datang pula orang-orang jahil ke kubur mereka membayar nazar atau meminta hajat mereka ditunaikan.

Sehingga apabila saya ke Urumuqi di China, ada satu gua yang kononnya dianggap tempat Ashabul Kahfi yang disebut dalam al-Quran itu. Ramai yang pergi melakukan kesyirikan dengan meminta hajat di situ. Saya beritahu bahawa dalam dunia ini entah berapa banyak gua yang didakwa kononnya tempat Ashabul Kahfi. Ada di Turki, Jordan dan lain-lain. Semuanya dakwaan tanpa bukti. Sama juga kononnya tempat-tempat sejarah nabi yang didakwa oleh sesetengah pihak. Tiada petunjuk yang dapat memastikan ketulenannya. Jika pun benar, mereka bukan tuhan untuk seseorang meminta hajat. Inilah yang terjadi kepada Nabi Isa AS. Dari seorang nabi yang diutuskan, akhirnya manusia menabalkannya menjadi anak Tuhan.

Meminta hajat daripada orang-orang agama atau soleh setelah mereka mati adalah syirik. Islam tidak kenal perkara seperti itu. Islam tulen bebas dari segala unsur kebodohan tidak bertebing itu.

Ada yang cuba membela dengan menyatakan: bukan apa, mereka ini ialah orang yang dekat dengan Allah SWT, kita ini jauh. Maka kita gunakan perantaraan mereka. Macam kita hendak dekat dengan menteri atau raja. Saya kata kepada mereka: Adakah awak menganggap Allah SWT itu sama dengan tabiat raja atau menteri awak? Dakwaan inilah yang disanggah oleh Al-Quran sekeras-kerasnya.

Firman Allah:

“Ingatlah! Hanya untuk Allah agama yang bersih (dari segala rupa syirik). Dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung itu berkata: “Kami tidak menyembah mereka (tuhan-tuhan palsu) melainkan untuk mendekatkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya”. Sesungguhnya Allah akan menghukum antara mereka tentang apa yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta (mengatakan yang bukan- bukan), lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik)”

[Al-Zumar: 3]

Setelah Allah SWT menceritakan tentang bulan Ramadan dan kewajiban puasa, Allah terus menyebut kemustajaban doa. Ia menunjukkan adanya kaitan yang kuat antara puasa Ramadan dan janji Allah SWT untuk memustajabkan doa hamba-hamba-Nya.

Allah berfirman:

 “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa' apabila dia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku (dengan mematuhi perintah-Ku), dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka mendapat petunjuk

[Surah Al-Baqarah: 186]

Demikian, Allah itu sentiasa hampir dengan kita, mendengar dan memperkenankan doa kita. Sesiapapun boleh sampai kepada-Nya. Tiada pengawal atau orang tengah yang menghalang seorang hamba untuk merintih dan merayu kepada Tuhannya. Siapapun hamba itu. Apa pun bangsanya dan apa pun bahasa doanya. Apa pun sejarah buruk dan baiknya. Tuhan sentiasa sudi mendengar lalu memustajabkan pemohonan mereka dengan cara yang dikehendaki-Nya. Bertambah banyak hajat dan permohonan seorang hamba, bertambah kasih dan dekat Allah kepadanya. Amat berbeza dengan tabiat makhluk yang lemah ini.

Walau bagaimana baik pun seseorang dengan kita, namun jika kita terlalu meminta, perasaan jemu dan bosan akan timbul dalam jiwanya. Allah Maha Suci dari demikian. Dia menyuruh kita berdoa dan membanyakkan doa. Ini kerana doa adalah lambang kehambaan diri kepada zat yang Maha Agung.

Firman Allah SWT:

“Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat (berdoa kepada-Ku) akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina

[Surah Ghafir: 60].

Seseorang kadangkala tidak perasan bahawa apabila dia berdoa kepada Allah sebenarnya dia sedang melakukan ibadah yang besar. Walaupun pada zahirnya kelihatan dia sedang memohon untuk kepentingan diri sendiri, namun hakikatnya dia sedang membuktikan keikhlasan tauhidnya kepada Allah dan ketundukan kepada Tuhan Yang Sebenar.

Rasulullah SAW menyatakan:

 “Doa itu adalah ibadah.”

 [Riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi, sahih]

 
Jika sepanjang malam seorang hamba berdoa kepada Allah, bererti sepanjang malam dia melakukan ibadah yang besar.

Doa sentiasa diterima oleh Allah. Jika ada yang kelihatan tidak diterima, mungkin ada beberapa faktor yang mengganggu. Mungkin pemohonan itu tidak membawa kebaikan jika dimustajabkan. Allah Maha Mengetahui. Seperti hasrat kita ingin mengahwini seseorang yang kita suka, lalu kita berdoa agar Allah SWT menjadikan dia pasangan kita. Allah lebih mengetahui jika itu tidak baik untuk kita lalu Allah memilih untuk kita pasangan yang lain.

Atau Allah SWT memustajabkan doa orang lain yang lebih dikehendaki-Nya. Atau Allah memustajabkan doa calon berkenaan yang inginkan orang lain. Segalanya mungkin. Namun doa tidak sia-sia. Pahala tetap diberikan, kebaikan yang lain pula akan diganti di dunia dan di akhirat.

Sabda Nabi SAW:

“Tiada seorang Muslim yang berdoa dengan suatu doa yang tiada dalamnya dosa, atau memutuskan silaturahim melainkan Allah akan memberikan kepadanya salah satu dari tiga perkara: sama ada disegerakan kemakbulan atau disimpan untuk diberikan pada hari akhirat, ataupun dijauhkan keburukan yang sepandan dengannya.”

 [Riwayat Ahmad, Al-Bazzar dan Abu Ya‘la dengan sanad yang sahih]


Maka, ada doa kita kepada Allah SWT diterima olehnya di dunia. Ada yang tidak diberi disebabkan hikmat yang Allah SWT lebih mengetahuinya, lalu disimpan doa itu di sisi-Nya untuk diberikan pada hari akhirat dengan yang lebih baik dan lebih utama untuk kita.

Atau doa itu ditukar dengan kebaikan-kebaikan yang lain seperti diselamatkan kita dari pelbagai bahaya yang sebahagian besarnya tidak pernah diduga. Betapa banyak bahaya yang menimpa orang lain, tetapi kita diselamatkan oleh Allah SWT.

Tidak juga kerana permohonan kita dalam perkara tersebut atau kebijaksanaan kita, namun barangkali do’a kita dalam perkara yang lain, lalu diberikan gantian keselamatan untuk kita dalam perkara yang tidak diduga.

Kadangkala Dia tidak memberikan kepada kita sesuatu permohonan disebabkan rahmat-Nya kepada kita. Barangkali ingin menyelamatkan kita. Dia Maha Mengetahui, jika diberikan, mungkin kita hanyut atau menempuh sesuatu yang merugikan kehidupan di dunia atau akhirat. Kita pun demikian. Bukan bererti apabila seorang bapa tidak tunaikan kehendak anaknya tanda kebencian terhadapnya. Bahkan sebahagian besarnya kerana kasih sayang dek bimbang jika diberikan akan mendatangkan kemudaratan. Maha Suci Allah untuk dibandingkan dengan kita semua, namun yang pasti rahmat-Nya sentiasa melimpah. Jika Dia menangguhkan doa kita, tentu ada hikmah-Nya.

Di samping itu hendaklah kita faham, do’a itu bermaksud permohonan. Seorang yang berdoa mestilah bersungguh-sungguh dalam doanya. Maka tidaklah dinamakan berdoa jika tidak faham apa yang kita doa. Sebab itu saya amat hairan dengan sesetengah orang yang berdoa tanpa memahami maksud. Sesetengah mereka menghafal teks Arab kerana hendak menjadi ‘tekong’ doa dalam pelbagai majlis. Malangnya, ada yang tidak faham apa yang dibaca dan yang mengaminkan pun sama.

Ada orang merungut, kata mereka, umat Arab di Masjidil-Haram dan Masjid Nabawi tidak baca doa selepas solat beramai-ramai. Itu menunjukkan mereka tidak kuat pegangan Islam mereka.

Saya katakan: Islam tidak diturun di kampung halaman kita, ia diturunkan di Mekah dan Madinah. Mereka melakukan apa yang menjadi amalan Rasulullah SAW. Lagipun seseorang yang bersolat disuruh berdoa ketika dalam solat dan berwirid selepasnya.

Dalam hadis, kita diajar agar berdoa ketika sujud dan selepas membaca tasyahud sebelum salam. Di situlah antara waktu mustajabnya doa.

Sabda Nabi SAW:

"Paling dekat hamba dengan Tuhannya adalah ketika sujud, maka banyakkan doa ketika sujud".

[Riwayat Muslim].

Nabi SAW memberitahu tentang doa selepas tasyahud sebelum memberi salam dalam solat: Berdoalah pasti mustajab, mintalah pasti akan diberikan. [Riwayat An-Nasai, sanadnya sahih].
Bukan bererti orang yang kita tengok tidak mengangkat tangan berdoa kuat beramai-ramai selepas solat itu tidak berdoa. Kita yang barangkali kurang faham sedangkan mungkin mereka berdoa dalam solat melebihi kita. Jika seseorang berdoa selepas memberi salam, tentulah dalam banyak hal, hajat makmum dan imam tidak sama. Maka jangan marah jika kita lihat orang berdoa bersendirian.

Nasihatilah mereka yang membaca do’a tanpa faham maksudnya, atau mengaminkan tanpa mengetahui isinya. Lebih menyedihkan, kadangkala doa dibaca dengan nada dan irama yang tidak menggambarkan seorang hamba yang sedang merintih memohon kepada Allah SWT. Sebahagian nada itu, jika seseorang bercakap kepada kita dengan menggunakannya pun kita akan pertikaikan. Layakkah nada seperti itu sebagai doa kepada Allah yang Maha Agung?

Sabda Rasulullah SAW:

Berdoalah kamu kepada Allah Ta’ala dalam keadaan kamu yakin akan dimustajabkan. Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai dan alpa.

[Riwayat al-Tirmizi, disahihkan oleh al-Albani].

Pelajari kita nas-nas agama tentang doa kerana ianya amat penting bagi kehidupan dunia dan akhirat kita.

[Utusan Malaysia]

Saturday, October 6, 2007

Persiapan Menyambut Eidilfitri


Alhamdulillah, sekarang ini kita telah pun berada pada minggu terakhir dibulan Ramadhan.Maka inilah saat dan ketikanya bagi kita merebut peluang untuk mempertingkatkan lagi amal ibadat demi untuk Allah . Persoalannya sekarang adakah kita telah bermuhasabah diri sejauh mana kejayaan kita dalam menghayati dan menjalani ibadat puasa pada tahun ini. Kerana kita tidak tahu samada kita akan dipertemukan dengan ramadhan yang akan datang atau pun tidak.

Dengan berakhirnya Ramadhan ini, kita akan meraikan kedatangan bulan Syawal.Sudah tentu kita selaku umat islam merasa gembira dengan kedatangannya,dalam masa yang sama,kita merasa sedih untuk meninggalkan Ramadhan yang penuh rahmat dan keberkatan ini.

Pada masa ini tidak dapat dinafikan bahawa sebahagian besar dikalangan kita telah pun membuat pelbagai persiapan untuk membuat kedatangan Eidilfitri yang mulia, antaranya dengan menyediakan pelbagai keperluan rumah seperti pakaian,makanan dan lain-lain.Semua ini adalah semata-mata untuk meraikan Eidilfitri dalam suasana gembira.

Dalam masa yang sama, perlu diingat dalam kesibukkan kita membuat persiapan bagi menyambut aidilfitri,janganlah kita lali dan alpa tentang kewajipan yang perlu dilaksanakan iaitu membayar Zakat Fitrah selewat-lewatnya sebelum Solat Eidilfitri. Kewajipan itu adalah merupakan pelengkap ibadat puasa kita dan juga sebagai penutup kecacatan-kecacatan yang berlaku dalam kita mengerjakan ibadat puasa.

Dalam kita sibuk membuat persiapan Eidilfitri ini,perlulah diamalkan sifat kesederhanaan dan tidak bermegah-megah sehingga membawa kepada sifat riyak dan pembaziran. Allah SWT telah memberi peringatan kepada kita bahawa orang-orang yang membazir itu adalah saudara syaitan.

Firman Allah SWT: Dan berikanlah kepada kerabatmu dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing, dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau-lampau. Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara syaitan,sedangkan syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada tuhannya."[Al-Isra' ayat 26-27]

Sebenarnya,kita menyambut Eidilfitri adalah bertujuan untuk meraikan kejayaan bagi mereka yang telah berjaya menjalani ibadat puasa dengan penuh keimanan dan ketakwaan. Dalam hal ini,Islam menggariskan panduan tentang bagaimana cara meraikan Eidilfitri agar semua perkara yang dilakukan itu tetap menjadi ibadat.

Hakikatnya menyambut hari raya ialah untuk meraikan kejayaan dan kemenangan kita dimedan perjuangan melawan hawa nafsu, membaharui azam, mengukuhkan silaturrahim antara sesama muslim dengan mensyukuri nikmat dan petunjuk Allah SWT. Dalam kita menyambut malam raya pertama,kita disunatkan menghidupkannya dengan memuji kebesaran Allah SWT, melaungkan kalimah-kalimah takbir.

Disamping itu, kita terus menerus menghidupkannya dengan memperbanyakkan doa, zikir dan sebagainya.

Sabda Rasulullah SAW: "Sesiapa yang menghidupkan malam hari raya fitrah dan adha dengan ikhlas kerana Allah SWT tidak akan mati hatinya sebagaimana hari dimatikan hati-hati". [Riwayat Ibnu Majah]

Oleh itu, janganlah kita meraikan malam Eidilfitri ini dengan sebaliknya seperti hiburan yang melalaikan,merempit,membakar meracun dan sebagainya. Perlulah diingatkan bahawa ada beberapa amalan sunat yang perlu dilakukan pada pagi hari raya seperti Mandi Sunat Eidilfitri dan bukannya mandi semata-mata hanya untuk membersihkan diri. Disamping itu,kita disunatkan memakai bau-bauan yang harum,membersihkan diri dan sebagainya. Kita juga disunatkan menjamah sedikit makanan sebelum kemasjid bagi menunaikan Solat Eidilfitri,sebagaimana sabda Rasulullah SAW :

"Dari Anas ia berkata: Rasulullah SAW tidak keluar pada waktu pagi hari raya fitrah sehingga ia makan terlebih dahulu beberapa biji kurma. Seterusnya anas menceritakan bahawa baginda memakan kurma itu dalam bilangan ganjil". [Al-Bukhari]

Manakala perkara paling penting dan utama daripada perkara-perkara sunat yang lain dalam kita menyambut aidilfitri ialah menunaikan Solat Sunat Eidilfitri.Sebagaimana hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Dari Al-Barra' ia berkata : Aku mendengar Nabi SAW berkhutbah, sesungguhnya yang awal-awal sekali kita mulakan pada hari ini (hari raya )ialah sembahyang".[Riwayat Al-Bukhari]

Telah menjadi kelaziman yang diamalkan oleh masyarakat kita, bagi memeriahkan suasana hari raya adalah dengan ziarah menziarahi,kunjung mengunjungi kaum keluarga,sanak saudara,jiran tetangga dan sahabat handai semata-mata memohon kemaafan demi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim.

Bagi mereka yang berhasrat untuk pulang kekampung dan berhasrat merancang perjalanan yang jauh,berhati-hati dan bersopan-santun dijalan raya. Sesungguhnya perbuatan tersebut juga merupakan satu ibadat.

Perlu diingatkan,dalam suasan menyambut Eidilfitri, batas-batas pergaulan hendaklah dipelihara dan jangan dicemari dengan perkara-perkara maksiat dan perbuatan yang bertentangan dengan hukum syarak seperti pergaulan bebas, bersalaman dengan bukan muhrim,memakai pakaian yang mendedahkan aurat,menjolok mata dan sebagainya.

Dalam suasana kegembiraan dan kemeriahan kita menyambut hari raya yang bakal menjelang tiba, kita juga tidak boleh melupakan kepada mereka yang kurang bernasib baik, yang hidup susah dan menderita disebabkan kemiskinan dan musibah menimpa mereka.

Kita sebagai manusia yang mempunyai hati dan perasaan, sudah tentu merasa tersentuh akan segala keperitan dan kesengsaraan yang dihadapan dan ditangguh oleh merela yang ditimpa musibah itu. Dalam keadaan dimana mereka memerlukan bantuan untuk pemulihan kehidupan mereka, terutama sekali anak-anak yatim.

Inilah masanya yang sesuai jika kita ingin memberi bantuan dan pertolongan kepada mereka yang kurang bernasib baik dengan menghulurkan sedikit bantuan.Walaupun sedikit yang kita hulurkan itu, tetapi ia membawa pengertian yang cukup besar dan amat bermakna bagi mereka yang mengalami penderitaan,apatahlagi jika sumbangan itu disertai dengan niat ikhlas kerana Allah SWT.

Dikesempatan penghujung Ramadhan ini, marilah kita sama-sama berusaha menggunakan peluang yang ada untuk lebih mempertingkatkan lagi ibadat kepada Allah SWT.

Akhirnya,marilah kita sama-sama meraikan hari kemenangan Eidilfitri yang akan menjelang tiba ini dengan mentaati apa yang telah digariskan oleh agama Islam. Mudah-mudahan segala amal ibadat yang kita kerjakan selama ini diterima oleh Allah SWT dan mudah-mudahan kita semua beroleh keberkatan,rahmat dan keampunan dari Allah SWT.

Firman Allah SWT: "Dan segeralah kamu kepada mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapatkan keampunan dari tuhan kamu dan mendapat syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi,yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa. Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah,dan orang-orang yang menahan kemarahannya,dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang.Dan ingatlah,Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik".[Ali-‘Imran ayat 133-134]

Khutbah Juma’at Selangor 5 Oktober 2007

®Jais

Friday, October 5, 2007

Zakat-ul-Fitrah.

Zakat-ul- Fitrah is made at the end of Ramadhan.

It is an obligation on every Muslim who possesses enough food exceeding his or his family's basic needs for the duration of the day or night of 'Eid. Any Muslim who meets this condition has to pay Zakat-ul-Fitrah on behalf of everyone he is obliged to spend on, such as his wife, children and parents.

Ibn ‘Umar said: "The Prophet enjoined the payment of one Saa' (2,480 grams) of dates or one Saa' of barley as Zakat-ul-Fitrah on every Muslim, free or slave, male or female young or old. He also ordered that it should be paid before people go to 'Ed prayer." [Al-Bukhari]

Zakat-ul-Fitrah should be paid out of the common food in the country and it should be given to the needy and the poor. It is better if it is given out on 'Eid day but if it is given on the first day of Ramadhan then that is also sufficient.

As regards giving the value of the Zakat-ul-Fitrah instead of food, Imam Malik, Ash-Shafi’e and Ahmad are of the view that it should be given as food, not as money. However, Imam Abu Hanifah is of the view that if its value (money) is given instead of food then that is sufficient. Our view in Islamweb is in favour of the first opinion.

As for Zakat-ul-Fitrah for couples living apart, the wife is among the persons whom the husband has to provide for, so he has to pay Zakat-ul-Fitrah on her. This is the opinion of Imams Shafi’e, Ahmad and Malik. Spending on the wife is obligatory if the marriage is consummated. Just signing the contract without consummating the marriage does not obligate the husband to provide for her or pay Zakat-ul-Fitrah on her. Therefore, if the husband has consummated the marriage, or consummation of marriage was arranged and made easy for him but he failed to consummate it, then he is obliged to provide for her and pay Zakat-ul-Fitrah on her.

However, if he has not consummated the marriage or it was not made easy for him, or she refused, then he is not obliged to provide for her, or pay Zakat-ul-Fitrah on her. In any case, if he pays Zakat-ul-Fitrah on she with her permission, then that suffices her, even if he is not obliged to pay for her. Anyway, Zakat-ul-Fitrah is not a great expenditure; it is only 2.5 kilograms of rice, wheat or the like or the equivalent value of money.


®Islamweb