Monday, July 26, 2010

Logo lambang red devil atau salib

Logo lambang red devil atau salib Haram Dipakai


Dengan  Nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani;
Segala Pujian dan  Kesyukuran hanya kepada Allah Subhanahu wa ta’ala; Selawat dan Salam keatas Muhammad
Rasullullah.

Ketahuilah apa-apa sahaja logo jika adalah benar-benar sebuah lambang salib, ia tidak boleh , haram dipakai sama ada di baju atau lainnya bagi seorang Muslim. Kerana penganut Islam tidak dibenarkan mengiklankan sebarang perkara yang bertentangan dengan Islam.

Dalilnya adalah cukup mudah iaitu Firman Allah:

وَلاَ تَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلإِثْمِ وَٱلْعُدْوَانِ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلْعِقَابِ

Ertinya: “Dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya”

(Al-Maidah, 5: 2)

Imam Ibn Kathir ketika menafsirkan ayat ini membawakan sebuah hadis yang menjelaskan lagi larangan member apa jua bantuan sama ada tersirat dan tersurat kepada hal ehwal yang bertentangan dengan aqidah dan hukum Islam. Hadithnya:

ومن دعا إلى ضلالة كان عليه من الإثم مثل آثام من اتبعه إلى يوم القيامة ، لا ينقص ذلك من آثامهم شيئا

Ertinya : “Barangsiapa yang menyeru atau mengajak ke arah sesuatu yang sesat (dosa), dia akan menanggung dosanya sebagaimana dosa-dosa orang yang mengikuti ajakan dan seruannya sehinggalaha hari kiamat, tidak terkurang dosa itu walau sedikit”

(Riwayat Muslim; Ibn Majah)

Wallahua'lam.

No comments: