Tuesday, June 1, 2010

Pelatih PTD meninggal dunia

Pelatih PTD meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru
31/05/2010


KUALA LUMPUR 31 Mei - Seorang pelatih Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) meninggal dunia pagi tadi di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang akibat jangkitan paru-paru semasa menjalani latihan anjuran Institut Tadbiran Awam Negara.

Norhashimah Wahid, 31, disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 6.35 pagi tadi selepas menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi HTAR setelah koma sejak Jumaat lepas.

Jenazahnya disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Keramat di sini selepas solat Zohor.

Allahyarham yang merupakan anak bongsu daripada empat beradik meninggalkan suami, Ahmad Zulkhairi Zainal Abidin, 31, dan seorang anak perempuan Nur Hylda Daenia, dua tahun.

Allahyarham sedang mengikuti latihan Modul Jati Diri di Jugra, Banting, selama tujuh bulan sebelum disahkan jawatan sebagai PTD dan telah tiga bulan mengikuti latihan itu.

Sebelum kejadian, Norhashimah yang bertugas di Kementerian Kewangan, Putrajaya, mengadu tidak sihat, tetapi beliau terpaksa mengikuti latihan tersebut.

Ibunya, Norlia Rashid, 61, bahawa berkata sejak Ahad lepas kesihatan Norhashimah tidak begitu baik tetapi dia tetap mahu pulang ke kem untuk menjalani latihan seperti biasa. - Bernama

3 comments:

Anonymous said...

Tuan

Pegawai2 yang mengendalikan latihan tak perasan ker pelatih tidak sihat!


....wawa

Anonymous said...

Its hardly surprising considering what the current group of intan trainers are doing to young ptd's.
Irrelevant activities. No intellectual programme to enhance officers knowledge. No channel to voice out creativities in terms of work-related matters.
Somebody should really monitor these intan people. There is something seriously wrong with these trainers.

Anonymous said...

sijil klinik tak laku ker?