PAGOH 25 Mei - Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan kenyataan anak Presiden MIC, Vell Paari menuduh UMNO menggunakan pembunuhan politik untuk memecah-belahkan parti komponen Barisan Nasional (BN), sebagai biadap dan tidak bertanggungjawab.
Timbalan Pengerusi BN itu menegaskan, BN dan parti-parti komponennya terutama UMNO tidak terlibat sama sekali dalam sebarang usaha yang menimbulkan masalah dalam MIC.
"Saya hendak menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu kerana kita, lebih-lebih UMNO tidak pernah terlibat dalam perkara seperti itu.
"Ini adalah (tuduhan) tidak adil, biadap," katanya kepada pemberita selepas merasmikan masjli ramah mesra warga pendidik dan guru-guru Muar di Kompleks Sukan Pagoh di sini hari ini. - Utusan
No comments:
Post a Comment