Friday, February 12, 2010

Kapal Selam Rosak!


Apa nak jadi?

Kerosakan Teknikal Kapal Selam Boleh Diperbaik Pengeluar - Ahmad Zahid

MELAKA Jumaat Feb 12, 2010 (BERNAMA): Kerosakan teknikal pada kapal selam pertama negara KD Tunku Abdul Rahman yang menyebabkan ia tidak boleh menyelam cuma kerosakan kecil yang tidak menjejaskan operasinya dan boleh diperbaiki oleh pengeluar.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata siasatan juga telah dilakukan terhadap kerosakan yang dialami kapal selam itu.

"Kita ada tempoh jaminan (warranty) ke atas kapal selam itu dan kita yakin pihak pembekal atau pengeluar akan memperbaikinya," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke Markas Tiga Divisyen, Kem Terendak, di sini hari ini.

Sebuah akhbar berbahasa Inggeris kelmarin melaporkan kapal selam pertama negara itu gagal menyelam berikutan masalah teknikal yang dialami sejak tiga bulan lepas.

Panglima Tentera Laut Jen Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar semalam mengesahkan kerosakan itu yang dikesan pada 17 Januari lepas ketika kerja penyelenggaraan dilakukan di Pengkalan Tentera Laut Diraja Melaysia (TLDM) di Teluk Sepanggar, Sabah. - BERNAMA

1 comment:

learning quran online said...

You are doing a great job I liked reading you blog and I loved keep on the good work on I don’t know if I have said it already or not but great work tack care thank you