BERSATU MEMPERTAHANKAN KALIMAH ALLAH
Khutbah Jumaat 15 Januari 2010
Jabatan Agama Islam Selangor.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah
Marilah kita meningkatkan ketaqwaan kita dan menghadapkan seluruh jiwa raga kita kehadrat Allah S.W.T, dengan merenung, berfikir secara mendalam, tentang kebesaran Allah dan segala rahmat kurniaan -Nya.
Mereka yang sering mengingati Allah jiwanya akan tenang, hatinya akan tenteram, sehingga halus budi pekerti dan tutur katanya.
Firman Allah SWT:
“Orang yang beriman menjadi tenang hatinya dengan mengingati Allah, ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah hati akan tenang”. [Surah Ar-Ra’d, 43: 28]
Muslimin yang Berbahgia,
Dalam Al-Quran yang mengandungi lebih daripada 600 halaman, kalimah Allah diulang-ulang setiap halaman. Mereka yang membaca seluruh Al-Quran akan menyebut lebih 20 ribu kali. Dalam solat pula, kalimah Allah disebut sebanyak 425 kali bagi 17 rakaat sehari semalam. Begitulah intimnya umat Islam dengan kalimah Allah.
Perkataan Allah menurut Ensiklopedia Islam adalah merujuk kepada sebutan atau nama Tuhan yang tiada Tuhan selain Allah atau Tuhan Yang Maha Esa.
Menurut ensiklopedia Katholik, ianya telah dicatat bahawa “perkataan Allah adalah kalimah dalam bahasa arab, ianya hanya digunakan di kalangan orang Islam bagi nama tuhan mereka”. Umum mengetahui perkataan Allah tidak pernah terdapat dalam bahasa asal perjanjian lama yang dikenali sebagai Taurat dan perjanjian baru yang dikenali sebagai Bible. Ini adalah kerana Kitab Tawrat ditulis dalam bahasa Hebrew, manakala Bible dalam bahasa Greek.
Muslimin yang dirahmati Allah,
Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada hari Khamis, 31 Disember 2009, yang membenarkan akhbar Mingguan Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah “Allah” amat memeranjatkan bagi semua umat Islam di seluruh negara. Berbagai reaksi telah timbul baik daripada individu, termasuk di kalangan ulama’, ahli politik dan cendekiawan Islam, ataupun jawatankuasa masjid serta persatuan dan pertubuhan Islam.
Penggunaan nama Allah oleh pihak Kristian khususnya dalam penulisan mereka, amat wajar dilarang oleh pihak kerajaan. Di dalam hukum Islam, kerajaan berhak memutuskan hukuman di dalam konteks menghalang mudarat yang dijangkakan.
Dalam konteks Malaysia, penggunaan kalimah Allah bagi penganut agama Kristian amat dibimbangi boleh mencetuskan ketegangan antara agama seterusnya boleh membawa perpecahan yang serius jika gagal dikawal.
Lebih-lebih lagi, apabila mengenangkan kelalaian umat Islam yang ada pada hari ini, telah memberi ruang kepada missionary bukan Islam mengambil kesempatan untuk tujuan-tujuan tertentu.
Di samping itu, kemunculan beberapa kumpulan bukan Islam, yang diyakini akan menyalahgunakan nama Allah dalam tulisan mereka secara berleluasa, sehingga membawa kekeliruan bagi penganut Islam.
Satu lagi fakta yang perlu difikirkan adalah, mengapa gereja-gereja di Eropah seperti Vatican City di Italy TIDAK MENGGUNAKAN kalimah Allah untuk God, malah negara-negara majoriti Kristian juga tidak pernah sibuk ingin menggunakan nama Allah ini. Malah dalam filem-filem bercorak agama terbitan Hollywood, pihak Kristian tidak pernah menggunakan kalimah Allah bila menyeru tuhan mereka. Mereka hanya gunakan God atau Lord sahaja. Itulah yang terpakai di sisi Kristian seluruh dunia sebenarnya.
Umat Islam perlu sedar mengapa kumpulan tersebut memperjuangkan penggunaan kalimah ini di negara-negara majoriti umat Islam seperti Mesir, Indonesia, beberapa negara Arab dan kini di negara kita, Malaysia. Tahukah kita, apa sebabnya berlaku sedemikian?. Kesannya nanti, kita bimbang bahawa semua gereja akan ditukar kepada nama Baitullah (rumah Allah), bible juga akan dinamakan Kitabullah dan lebih keliru lagi apabila setiap agama yang ada di negara ini menggunakan nama tuhan mereka dengan nama Allah. Niat mereka adalah untuk menyamaratakan semua agama di negara ini. Sedangkan Islam itu adalah agama yang diredhai Allah SWT., tiada agama lain yang sebenarnya melainkan Islam. Kerana Islam datangnya daripada Allah sedangkan agama yang lain semuanya rekaan manusia semata-mata. Fikirkanlah!
Sidang Jumaat sekalian,
Larangan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam bukan perkara baru. Larangan terhadap penggunaan kalimah Allah ini telah diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 16 Mei 1986 yang memutuskan empat perkataan khusus iaitu; Allah, solat, Kaabah dan Baitullah tidak dibenarkan penggunaannya oleh bukan Islam. Pada masa ini terdapat sepuluh buah negeri telah memperuntukkan larangan penggunaan kalimah Allah dalam jadual kepada Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam kecuali Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan
Demikian juga, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke – 82 yang bersidang pada 5 - 7 Mei 2008, telah memutuskan bahawa:
1. Lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau dimasukkan dengan agama-agama bukan Islam yang lain.
2. Oleh itu, wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Muslimin yang dirahmati Allah,
Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor telah memutuskan bahwa lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau dimasukkan dengan agama-agama bukan Islam yang lain.
Oleh itu, wajib bagi umat Islam menjaga dengan cara yang terbaik sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Majlis Agama Islam Selangor juga telah melaksanakan beberapa tindakan, antaranya pada 13 Mac 2009 yang lalu, mengadakan satu sidang akhbar bagi menyatakan pendirian MAIS berhubung isu ini di mana MAIS berpendirian bahawa penggunaan kalimah Allah hanya eksklusif untuk orang Islam sahaja. Larangan penggunaan kalimah Allah oleh agama selain Islam adalah untuk mengelakkan kekeliruan di kalangan penganut agama Islam terhadap konsep Keesaan Allah SWT.
Selain itu, MAIS turut menulis surat bertarikh 19 Mac 2009 bagi menyatakan pendirian ini kepada Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Penerangan Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan semua Majlis Agama Islam Negeri-Negeri Seluruh Negara.
Muslimin yang dirahmati Allah,
Marilah kita menghadapi perkara ini dengan penuh bijaksana. Tindakan pertama kita ialah bersatu memperkukuhkan perpaduan. Kita padamkan segala permusuhan dan perbalahan di kalangan kita. Walaupun sebahagian kita berbeza ideologi, namun ianya tidak sampai menggadaikan maruah agama yang maha suci, semata-mata mempertahankan pangkat dan kuasa.
Ingatlah firman Allah S.W.T:
Katakanlah (wahai Muhammad), “Wahai Tuhan yang mempunyai pemerintahan! Engkaulah yang memberi pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang mencabut pemerintahan daripada sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu”. [Surah Al-‘Imran, 3: 26]
Adalah diharapkan agar kita bertindak dengan penuh hikmah dan tidak mengambil tindakan yang melulu akibat keputusan mahkamah itu. Sebagai warga negara yang menghormati kedaulatan undang-undang, hendaklah kita bertindak dengan bijaksana di dalam lunas Undang-undang Negara. Pihak yang berkuasa sedang mengambil tindakan yang perlu mengikut proses undang-undang negara kita. Kita berdoa semoga tindakan yang mereka ambil diperkenankan dan diredhai oleh Allah S.W.T:
“Orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepada engkau (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut millah (agama) mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka), “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar”.
Sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepada engkau (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh daripada Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada engkau”. [Surah Al-Baqarah, 2:120]
Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang Maha berkuasa, kami bersyukur kehadrat-Mu yang telah mengurniakan kami rahmah dan nikmat, sehingga kami dapat meneruskan usaha ke arah memperkukuhkan negara ,umat Islam khususnya negeri Selangor, sebagai negeri yang maju, sejahtera dan berkebajikan.
Justeru kami pohon kehadrat-Mu ya Allah, tetapkanlah iman kami, tingkatkanlah amal kami, kukuhkanlah perpaduan kami, murahkanlah rezeki kami, kayakanlah kami dengan ilmu yang bermanfaat, suburkanlah jiwa kami dengan budi pekerti yang mulia, kembalikanlah generasi muda kami ke jalan yang Engkau redhai, lindungilah kami daripada ujian-Mu yang berat, wabak penyakit, persengketaan, kemiskinan dan lain-lain, supaya dengan demikian, negeri kami akan sentiasa bertambah makmur dan berkat.

No comments:
Post a Comment