Tuesday, January 1, 2008

Megat Manja Ibni Sharif Abu Bakar


Megat Manja Ibni Sharif Abu Bakar
Banu Salleh


Dengan  Nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani;
Segala Pujian dan  Kesyukuran hanya kepada Allah Subhanahu wa ta’ala; Selawat dan Salam keatas Rasulnyai  Muhammad


Raja Kubang Pasu


Saya tertarik dengan sebuah artikel bertarikh 8 Julai 2007 oleh anaianai [1] mengenai Megat Manja yang meghurai lipatan sejarah lama Kubang Pasu. Ini adalah penemuan yang baru bagi saya. Ianya suatu usaha yang amat baik.Saya percaya perkara ini akan menarik perhatian pengkaji-pengkaji sejarah dan khususnya titisan keturunannya.

Penulisan itu mengingatkan saya kembali semasa bertugas Afrika Selatan semasa Al-Marhum Tun Mohammad Zahir bin Haji Ismail, Bekas Yang Di Pertua Dewan Negara, Malaysia yang dalam perjalanan pulang dari lawatan ke Zimbabwe yang singgah di rumah saya di Johannesburg. Semasa pertemuan itu beliau mencadangkan agar saya ceburi bidang penulisan. Beliau juga menghadiahkan senaskah karya penulisannya.Teringat juga saya suatu ketika bahawa Al-Marhum Tun Mohammad Zahir menjadi role-model kepada keluarga kami terutama sekali ibu saya.

Apabila saya membaca tulisan anaianai dan menetap sebuah makalah [2] mengenai salsilah keturunan titisan Sharif Abu Bakar Yang Di pertuan Benua Siam Islam Kedah yang saya perolehi daripada anakandanya Mohammad Raziff bin Tun Muhammad Zahir, saya mendapati sesuatu suatu yang amat menarik bahawa Al-Marhum Tun Mohammad Zahir melalui bapanya Haji Ismail adalah bertitis dari keturunan Koya Nai Cau Abu yang bergelar Megat Manja, iaitu suatu ketika Paduka Seri Sultan Kubang Pasu. Baginda adalah anakanda ke empat kepada Sharif Abu Bakar Shah Yang Di Pertuan Yang Mulia negeri Kedah [ melalui permaisurinya Tengku Suriyamarin binti Sultan Bendahara Raja Badi uz-Zaman ibni al-Marhum Raja Kahar, Sultan Langkat].

Bila saya mengimbas kembali ternampaklah hikmahnya.Dengan itu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakam satu catatan sebagai kenangan untuk Al-Marhum Tun Mohammad Zahir [3] yang mempunyai titisan dengan Sharif Abu Bakar Yang Di pertuan Benua Siam Islam Kedah pada periode 1767-1821. Semoga Allah s.w.t. jua mencucurini rahmat keatas ruhnya dan bondanya yang saya panggil Tok Cik Siah serta saudara-saudaranya yang lain terutama Tok long Khatijah (ibu saudara Al-Marhum Tun) yang saya kasihi diatas bakti yang mengambil ibu saya, anak saudaranya sebagai anak angkatnya, dan jiwa nuraninya kepada saya.Bagitu juga Tok Lang Piah, Tok Ngah Tot dan Chak Pian. Saya turut terbayang Tok Tam Din (ayahanda kepada Dato’Bashah Nordin),saudara kepada Tok Long Tijah dan Tok Chik Siah, dengan pakaian serba putih bersandang dengan sepucuk senapang, menaik triamphnya selalu berkunjung ke rumah saya di Hutan Kandeh. To Tam Din adalah bekas Guru Besar Sekolah Melayu Langgar dan pemain bola sepak terkenal Kedah. Saya turut abadikan tulisan ini untuk mereka jua.

Adalah diketahui bahawa baginda Sharif Abu Bakar mempunyai lima orang putera iaitu Koya Long [Sultan Muzaffar Shah III, ayahanda kepada Syed Alang Alaudin [Panglima Bukit Gantang], punca titis kepada keturunan Pak Lah Badawi], Koya Ngah [Megat Terawis], Koya Nai Cau Abu [Megat Manja], Koya Shuib [Megat Shuib], dan Koya Fai [Megat Iskandar].

Khalifah Syarif Abu Bakar Syah ibni Sultan Muhiyuddin Mansur Syah pernah memerentah di Toung Oo Burma. Toung Oo ialah bahasa Siam yang bermaksud, “Oh, Padang”. Disana baginda dikenali sebagai Maha Dammayaza dari bahasa Arab yang bermaksud ‘raja dari berlainan darah’. Toung Oo adalah sebahagian daripada Empayar Monggol ketika itu dan diperentah oleh Maharaja Benua Islam Siam.

Berikutan kemangkatan ayahanda baginda Sultan Muhiyuddin Mansor Syah dalam tahun 1758, Kerajaan Toung Oo telah diserang oleh Alaungphaya dari puak Sukuthai. Barangkali sebagai seorang raja yang muda dan tidak berpengalaman ketika itu, kerajaan Toung Oo tewas dan baginda bersama pengikutnya kembali ke Ayuthia di negeri Siam. Ayuthia pada ketika itu diperintah oleh Timbalan Yang Di Pertuan Agong bergelar Uthompon atau Sultan Muzaffar Syah ibni Sultan Ismail Jambu Patani.

Dalam tahun 1765 Khalifah Sharif mengambil aleh tampok pemerentahan Ayuthia dan bergelar Suriyamarin, Boromoraja Ekathaat V.

Mengikut anaianai peralehan kuasa berkemungkinan kerana Uthompon Sultan Muzaffar Syah memerentah dari Patani sedangkan musuh sudah semakin rapat dengan Ayuthia atau mungkin tempoh menjadi Timbalan Yang di Pertuan Agong sudah tamat. Ini kita tidak dapat pastikan. Namun begitu Hikayat Patani ada menyebut hubungan antara Patani dengan Kerajaan Ayuthia yang mana Sultan Mudzafar Shah sebagai berkata, "Apa bicara kita hendak pergi ke Ayuthia dan Peracau (Cau Pija, maksudnya maharaja) pun tak orang lain pada kita daripada sebuah negeri baiklah dua". Maka sembah segala menteri, "Daulat Tuanku, Sebenarnya seperti titah Duli Tuanku Yang Maha Mulia itu supaya bertambah kebesaran Duli Syah Alam termasyhurlah segala negeri yang jauh.’ (Teeuw & Wyatt 1970, 155).

Sultan Khalifah Sharif Abu Bakar Syah berkahwin dengan Tengku Marin, puteri kepada Sultan Langkat. Paduka Seri Sultan Langkat pada ketika itu bernama Sultan Bendahara Raja Badi uz-Zaman ibni al-Marhum Raja Kahar. Maksud tak orang lain kepada kita ialah Uthompon Sultan Muzaffar Syah adalah datuk saudara Khalifah Sharif dan ayah saudara Sultan Muhiyuddin Mansur Syah. Bonda Sultan Muhiyuddin Mansur Syah ibni Sultan Mahmud Syah ialah Tengku Siti Nur Aisyah Nang Kemuning merupakan adinda Sultan Muzaffar Syah ibni Sultan Ismail Jammu Patani.

Di Ayuthia Baginda mengambil alih sebagai Maharaja Benua Siam Islam dimana baginda di kenali sebagai Boromoraja Ekataat V, Sultan Sharif Shah Monggol.

Kerajaan Baginda Sharif Abu Bakar Shah Ayutia juga diserang oleh tentera Raja Buddha Lanna Thai Chakri Sukho Thai ( ditubuh pada 1736 oleh tentera penceroboh Raja Buddha Rama dari India)

Sebelum Baginda Sharif Abu Bakar berundur ke Ligor selanjutnya ke Kota Meang Kuang.Semasa berlindung seketika di Ligor dan bersemayam di Istana Ayutia Nambang Ligor Siam.

Tentera Lanna Thai Chakri Sukho Thai Buddha yang dipimpin oleh general Thaksin Burma menjajah Ayuthia dan menubuhkan Dinasti Chakri Sukho Thai Buddha. Dinasti ini kemudian berpindah ke Bangkok yang menjadi Raja Thai pada masakini.

Pada tahun 1782 Masihi tentera laut Raja Buddha Rama I Chakri Sokho Thai menyerang Kota Nambang Ligor yang didiami oleh umat Islam dalam pertempuran ini tentera Islam telah menang dan medan pertempuran tersebut digelar Cherat Nakhon Si Tammarat Siam.

Sultan Syarif Abu Bakar Syah kemudiannya kembali ke Kedah dan membina istana di dalam bukit dan dinamakan Istana Kota Meang Kuang. Meang Kuang bermakna Kota Negara Luas Benua Siam Kedah. Kawasan kota tersebut berada di mukim Wang Tepus dalam daerah Kubang Pasu Kedah.

Baginda Sharif Abu Bakar telah dibunuh oleh tentera Raja Thai Dinasti Chakri pada 1821 ketika bersemayam di Kota Meang Kuang, Wang Tepus, Jitra disebabkan oleh dasar hegemoni serta perluasan kawasan utara di Semenanjung Melaka atau Tanah Melayu.

Sebelum di bunuh Sharif Yang Di Pertuan Yang Maha Mulia Negeri Kedah telah menabalkan anak keempatnya yang berkulit cerah maka dipanggil Putera Kapas atau dalam bahasa Siam Kedah bernama Koya Nai Chau Abu menjadi Raja Kubang Pasu bergelar Megat Manja.

Mengikut anaianai Baginda Megat Manja juga adalah sepupu kepada Tengku Long Putera Sultan Legeh kemudianya Perdana Menteri Kedah, Tengku Anjang Johan, Raja Ranong Burma (berbondakan Nang Che Puan Pumintaraja), Tengku Abdullah Raja Pulau Pinang dan Tengku Dziauddin Raja Bagan Serai (berbondakan Tengku Puteri). Cerita kononnya ayahanda mereka, Sultan Mohammad Jiwa Nai Nal Adilin II merantau mencari ilmu adalah tidak tepat kerana pada ketika itu baginda mengikut permaisuri pertamanya Nang Che Puan Pumintharaja menjadi Raja perempuan di Ayuthia.

Baginda Megat Manja turut terbunuh dalam serangan Thai tersebut lalu tempat baginda telah digantikan oleh anakanda baginda bernama Nai Doi (seperti bukti tercatit pada batu nesan). Pertabalan ini dilakukan oleh Syed Alang Alauddin (atau Nai Lang) Yang di Pertuan Yang Maha Mulia Negeri Kedah di Berahman Indera. Baginda menggantikan tempat ayahanda baginda Sharif Yang Di Pertuan yang turut dibunuh di Kota Meang Kuang dalam tahun musuh bisik 1821 itu. Sebelum pada itu, Syed Alang Alauddin ini pernah menjadi Raja Singgora (Songkhala) dan nama tempat Ban Nai Lang di Thailand yang masih ada sehingga hari ini adalah merujuk kepada nama baginda.

Kemangkatan Nai Doi sebagai Raja Kubang Pasu telah digantikan oleh anakandanya Nai Shim. Sewaktu Nai Shim menaiki takhta sebagai Raja Kubang Pasu, Syed Alang Alauddin sudah pun mangkat pada tahun 1862 dan digantikan oleh anakandanya Sultan Jaafar Mudazam Syah sebagai Yang di Pertuan Yang Maha Mulia Negeri Kedah. Dimanakah semua ini berlaku? Mereka pada ketika itu hanyalah Paduka Seri Raja Daerah sahaja. Sultan Abdullah bukan Sultan Kedah hanya Raja Pulau Pinang yang dilantik oleh Sharif Yang Di Pertuan Yang maha Mulia dan bergelar Paduka Seri Sultan Abdullah. Sultan Abdul Hamid pula dikatakan adalah Raja Kota Kuala Muda yang kemudiannya dilantik (bukan ditabal) menjadi Sultan Kedah dalam tahun 1881/82 oleh penjajah Thai.

Sebelum dilantik sebagai Sultan Jaafar Mud Azam Syah, baginda pula menjadi Raja di daerah Larut dan disana baginda di kenali sebagai Long Jaafar. Sejarah negara yang menyebut Long Jaafar sebagai penghulu adalah karut dan dirancang oleh penjajah Inggeris dan sekutunya bagi menutup bukti keberadaan dan kekuatan kerajaan Maharaja Benua Siam Islam di Perak yang merupakan jajahan negara Kedah ketika itu. Sultan Jaafar Mud Azam Syah adalah juga Sultan Kedah dan Sultan Perak. Baginda akhirnya dibunuh oleh tentera Thai pada tahun 1876 di Gurun, Kedah atas arahan Rama Chakri V Chulalongkorn. Bangsa Thai dari negeri Siam menjajah Kedah selama 5 tahun untuk memusnahkan artifak sejarah dari keturunan raja Siam islam dan dalam tahun 1881 mereka melantik menantu Raja Rama V Chakri Chulalongkorn, Sultan Abdul Hamid Halim Syah menjadi Sultan Kedah.

Anakanda Sultan Abdul Hamid, Tengku Aziz kemudiannya dilantik menjadi Raja Muda dan peluang ini digunakan untuk merampas tanah-tanah pusaka milik keluarga Nai Shim, Raja Kubang Pasu. Rampasan tanah-tanah pusaka dari Kepala Batas hingga ke Jitra ini berlaku selepas tahun 1881. Selain dari itu tanah-tanah pusaka milik Sultan Jaafar yang diselia oleh Perdana Menterinya Tengku Kudin, turut dirampas dan sesiapa yang berani menuntut harta tersebut secara jelas adalah waris Sultan Jaafar, sudah pasti akan ditangkap, diseksa dan akhirnya dibunuh.

Keluarga Nai Shim dihalau dari menjadi raja dan sekarang ini keluarga mereka kebanyakkannya berada di Hosba. Mereka hingga sekarang ini masih mengingati kisah ini walau pun kejadiannya berlaku lebih 130 tahun yang lalu.Diantara keluarga mereka yang terkenal ialah Al-Marhum Tun Mohammad Zahir bin Ismail (peguam, Hakim dan pesara seketika Speaker Dewan Negara) dan adiknya Dato’ Abdul Rahman bin Ismail ( pesara, seketika Timbalan Ketua Polis Negara), Prof Dato’ Dr. Asmah Hj. Omar, YB Datuk Dr Afifuddin Hj Omar, Datuk Hanafi Ramli (usahawan pengangkutan), Datuk Prof Osman Ishak (Exco Agama), Dato’ Dr Abdul Halim Othman (Pengasas Bank Islam) , Datuk Megat Abdul Rahman( Akauntan), Datuk Dr. Jamil, Prof Dr. Mohd. Yusuf Hassan(UPSI), Prof Dr. Abdul Kadir Hj Din(UKM), Kip Bahadun dll. Ramai lagi tu!!

Jadi, catatan sejarah yang wujud menyatakan bahawa Tunku Anum menjadi Raja Kubang Pasu seperti tercatit dalam sejarah adalah sejarah suatu fantasi sahaja. Sehubungan itu, anaianai telah mencabar supaya pengkaji sejarah tempatan berjumpa dengan keluarga-keluarga itu di Hosba bagi mendapatkan kisah sebenar mereka.

Persoalannya, bagaimana mungkin Tunku Anum menjadi Raja Kubang Pasu dalam tahun 1836 (atau 1843) sedangkan Syed Alang Alauddin masih ada dan menjadi Yang Di Pertuan Yang Maha Mulia Negeri Kedah. Syed Alang Alauddin dengan tenteranya telah mengejar Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah dan Tengku Anum kerana penglibatan mereka (bersubahat dengan Thai) dalam pembunuhan Sharif Yang Di Pertuan Yang Maha Mulia negeri Kedah dalam tahun Musuh Bisik 1821. Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah melarikan diri ke Pulau Pinang dan Melaka sementara Tengku Anum bersembunyi di Ligor yang sudah berada dibawah jajahan Thai. Mereka mungkin diberi ampun ditahun-tahun kemudiannya dan Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah pulang dari Melaka dan menetap di Kota Kuala Muda dan Tengku Anum menjadi kerabat biasa sahaja di Kampung Pulau Pisang, Tunjang Kedah.

Anaianai juga membangkitkan pada zaman Tunku Abdul Rahman menjadi Perdana Menteri, orang-orang Siam Islam di Kedah ini dihinakan oleh cucu Chulalongkorn [?] ini. Mereka digelar Orang Siam Samsam atau generasi ketiga bagi menafikan hak mereka walaupun mereka adalah dari keturunan Sharif Yang di Pertuan Yang Maha Mulia Negeri Kedah. Ayahanda TAR, Sultan Abdul Hamid pun mahir bertutur dalam Bahasa Siam Kedah. Isteri beliau Che Sopiah, bonda Sultan Badlishah (suatu ketika adalah nemesis Che Manja Lara iaitu ibu kepada TAR) adalah keturunan Siam samsam.

Sudah pasti TAR arif kisah Maharaja Benua Siam Islam ini kerana semasa menderaf perlembagaan negara Malaysia, ilham jawatan yang di Pertuan Agong dan Timbalan Yang Di Pertuan Agong datangnya dari jawatan Yang Di Pertuan Yang Maha Mulia (Agong) dan Duli Yang Di Pertuan (Timbalan) seperti yang tercatit dalam Undang-Undang Kedah. Beliau menjemput Abdullah Fahim atau Tuanku Nai Long Abdullah Fahim Ibni Tuanku Nai Long Ibrahim, Mufti Pulau Pinang dan cendikiawan Islam datuk kepada Perdana Menteri Pak Lah Badawi untuk memilih tarikh 31 Ogos 1957 sebagai tarikh kemerdekaan Tanah Melayu. Walaupun berjaya TAR sebagai Bapa Kemerdekaan Malaysia, namun ada kepincangan lain yang tidak telus ketika itu dan harus ditebus oleh generasi hari ini.Teringat juga cerita TAR telah mengarah Al-marhum Tun Mohammad Zahir mengundur diri untuk memberi laluan kepada iparnya mengambil jawatan penting di Kedah.Namun Tun Mahathir akhirnya melantik Tun Muhammad Zahir sebagai Di Pertuan Negara dan memegang jawatan itu selama 23 tahun.

Sehubungan itu saya berpendapat jika benar dari fakta-fakta terdapat dalam blog sejarahnagarakedah secara tidak langsung telah menebus semula sejerah pahit lama kerana Pak Lah Badawi [4] titis keturunan tersebut menjawat kepimpinan tertinggi di Malaysia. Patah Tumbuh Hilang Berganti! Malah Sultan Kedah kini pun adalah dikatakanjuga dari titisan tersebut melalui ibunya Che Sopiah. Ahli sejarah dan bijak pandai dari titisannya yang ramai tu perlu tangkas menulis semula sejarah pada masa lalu, perlu membetulkan dan mendedahkan semua kepalsuan lama serta dakyah British dan Thai serta penulis rahsia istana membuatkan Thai menjajah kawasan Melayu di utara Semenanjung dan menjadi punca konflik di Selatan Thailand. Konflik itu tidak akan mudah selesai selagi hak mereka tidak dikembalikan dan semua bentuk penindasan diberhentikan. Apa yang sangat penting adalah untuk mengembelingkan perpaduan di kalangan titisan bagi membena satu lonjakan yang lebih jitu lagi terbilang khususnya untuk saudara kita umat Melayu ‘amnya!


Wallahu’alam

Rujukan:

1. Tuanku Nai Long Kasim ibni Tuanku Nai Long Ahmad seorang titisan Sharif Abu Bakar Yang Di pertuan Benua Siam Islam Kedah
2.Himpunan Besar Keluarga Merong Maha Wong Ser, Titisan Sharif Yang Di Pertuan, Kali Ke2, 22 Disember 2007 bersamaan 12 Zulhijjah 1428, dengan Mutiara Kata oleh Ahmad Harun
3. Salsilah Al-Marhum Tun Dr. Nai Mohammad Zahir Al-Hajj:

Al-Marhum Tun Dr. Nai Mohammad Zahir Al-Hajj k. Al-Marhumah Toh Puan Halimatun Sa'adiah binti Chik
1. Bin Nai Ismail AlHajj melalui isterinya Hajjah Asiah binti Penghulu Yunus of Titi Gajah titis keturunan Khadijah, Melayu dari Palembang dan Hj. Hamdan, campuran Arab dan Malabari.[ isteri-isteri lain: Bedah dan Puteh]
2. Bin Nai Yahya melalui isterinya Halimah
3. Bin Nai Ali
4. Bin Koya Nai Cau Abu akj Megat Manja, Paduka Seri Sultan of Kubang Pasu. [Saudara-saudara yang lain: Koya Long[Sultan Muzaffar Shah III, ayahanda kepada Syed Alang Alaudin akj Panglima Bukit Gantang titisan keturunan Pak Lah Badawi], Koya Ngah [Megat Terawis],Koya Shuib[Megat Shuib], dan Koya Fai[Megat Iskandar]]
5. Bin Khalifah Sharif Abu Bakar Shah melalui isterinya Tengku Suriyamarin binti Sultan Bendahara Raja Badi uz-Zaman ibni al-Marhum Raja Kahar, Sultan Langkat, Khalifah Sharif adalah:
a. Yang DiPertuan Benua Islam Siam Kedah[1767-1821]bersemayam di Kota Meang Kuang, Wang Tepus, Jitra;
b. Boromo Raja Ekataat Ke V, Sultan Sharif Shah Monggol Raja Siam Dinasti Ayuthia[1758-1767];
c. Mahadadammayaza Dipati, Raja Dinasti Siam Toug Oo, Burma [1758].
6. Bin Syah Alam Yang Maha Mulia Mahadan Maiyaza, Sultan Iskandar Mansor Shah Khalifah Islam Siam Beruas Kedah Pasai Ma akj Boromokot, Bersemayam di Kota Palas Langkawi melalui isterinya Puteri Hang Li Po, Puteri Maharaja China Siaman.
7. Bin Shah Alam Maha Mulia Sultan Mahmud Syah Melaka akj Sri Su Tammaraja Ayutia Sultan Melaka, Sultan Melaka melalui isterinya Puteri Saadon Nang Kemuning, Puteri Siti Nur Aishah binti Sultan Ismail Jambu Patani melalui isterinya Nang Che Yam.
8. Bin Shah Alam Yang Maha Mulia Nai Hisbu Muadzam Shah Inta Raja II aka Songtham Ayuthia, Raja Kota Beruas Gangga Negara melalui isterinya Nang Khun Warant Wong Ser binti Khun Warant Wong Ser Sultan Yaakob Shah Kedah Pasai Ma.
9. Bin Permaisuri Tunku Nur Aisyah akj Mah Inn [Intatiral], aka Aishah Begum Di Monggol India aka Bayyinaung di Toung Oo, melalui suaminya Sultan Akbar, India, The Raja Perempuan Ayuthia
10. Binti Sultan Rijaluddin Muhammad Johan Shah III ibni Tunku Muhammad Chan aka Tok Temong of Kota Naga akj The Ramathibodhi II Dinasti Ayuthia [Parameswara Melaka 1424 -1491] by his wife sister of Syed Ajjal aka Admiral Cheng Ho.
11. Sultan Mad Azam Shah I Kedah Pasai Ma[1360-1380]
12. Sultan Mad Zafar Shah II Rama Tibodi I Dinasti Ayutia Kedah Pasai Ma[1300-1360]
13. Sultan Muhammad Shah II Kedah Pasai Ma[1201-1300]
14. Sultan Muadzam Shah I Kedah Pasai Ma [1179-1201]
15. Sultan Aliuddin Shah Perlak Sumatra Kedah Pasai Ma[1094-1179]
16. Sultan Riayat Shah Kedah Pasai Ma[993-1094]
17. Sultan Muhammad Shah [903-993]
18. Sultan Sheikh Abdul Kadir Shah Kedah Pasai Ma[881-903]
19. Sultan Hussin Shah Kedah Pasai Ma [840-881]
20. Sultan Aliran Shah Perlak Kedah Pasai Ma[840]
21. Sultan Mad Zafar Shah II [Prodiset akj Saidina Jamalul Alam Badrul Munir]
22. Merong maha Wong Ser akj Waren Wang Ser bergelar Sultan Mad Zafar Shah I Kedah Pasai Ma, Putera Sulung Pengasas Benua Islam Dinasti Chin Maha Raja China Siaman Khalifah Sheikh Huang Ti akj Shih Huang Ti, [cucu Sai Tee Sung] berpusat di Sungai Mas, Kedah.
3. Geneologi ini disusun berdasarkan data-data dari sebuah makalah bertajuk Himpunan Besar Keluarga Merong Maha Wong Ser, Titisan Sharif Yang Di Pertuan, Kali Ke2 22disember 2007 bersamaan 12 Zulhijjah 1428, dengan Mutiara Kata oleh Ahmad Harun, Setiausaha Himpunan Besar tersebut [ akj: atau dikenali juga].
4. Salasilah Pak Lah Badawi, Oleh Tuanku Nai Long Jaafar ibni Tuanku Nai Long Ahmad, sedutan daripada sejarahnagarakedah.blogspot.com posted by anaianaiFriday, May 4, 2007:
Yang Di Pertuan Yang Maha Mulia Syed Alang Alauddin Atau Panglima Bukit Gantang Mempunyai 2 Orang Putera Iaitu (Nai Bermaksud Syed):
1. Tuanku Nai Long Jaafar, Menggantikan Ayahanda Baginda Bergelar Yang Di Pertuan Yang Maha Mulia Sultan Jaafar Mad Azam Syah. Ditabal Di Berahman Indera Balai Besar Alor Setar Dalam Tahun 1862.
2. Tuanku Nai Long Abu Toha, Ditabal Sebagai Sultan Bagan Serai (Selama), Oleh Kekanda Baginda. Berkahwin dengan Tunku Dinai Ibni Tunku Mohammad Chan (Keramat Tok Tekai). Tunku Nai Long Abu Toha dibunuh oleh Thai dan Inggeris dalam peperangan pembebasan Kedah dari Genggaman Penjajah Inggeris Dalam Tahun 1879. Inggeris kemudiannya bertindak menggantikan semua Raja-Raja Daerah Dengan Pegawai Daerah (District Officer).
2.1.Tuanku Nai Long Ibrahim Ibni Nai Long Abu Toha, Keramat Tok Perang, turut terbunuh dalam peperangan syahid menentang penjajah Thai dalam Tahun 1876 di Tanah Merah, Pendang, Kedah. Dimakamkan bersama-sama para syahadah yang berjumlah Beribu Orang, Lalu dinamakan tempat itu Kubur Panjang. Turut terbunuh Sultan Idris Jambu Patani bersama balatenteranya, Tentera Cina Manchu beragama Islam dan tentera Islam Majapahit. Sejarah peperangan Fisabillillah ini telah di padamkan dari rekod sejarah negeri Kedah. Tentera China Mancu dihantar oleh Maharaja Cina Islam dinasti Manchu beragama Islam ketika Itu.
2.2. Tuanku Nai Long Abdullah Fahim Ibni Tuanku Nai Long Ibrahim.Mufti Pulau Pinang dan cendikiawan Islam. Memilih tarikh 31 Ogos 1957 sebagai tarikh Kemerdekaan
2.2.1. Tuanku Nai Long Ahmad Badawi Ibni Nai Long Abdullah Fahim. Tokoh Agama dan Ahli Umno Yang Turut Memperjuangkan Kemerdekaan.
2.2.1.1. Tuanku Nai Long Dato Seri Abdullah Ibni Tuanku Nai Long Ahmad Badawi, Y.A.B Perdana Menteri Malaysia Ke V Bermula 31 Okt 2003.


®srikandeh

5 comments:

Langkasuka_Warrior said...

assalamualaikum,
maafkan saya mahu bertanya, kemana hilangnya seorang putera kepada aisyah begum yang bernama yassin. Cuba selidiki betul betul. sya adalah titisan keturunan yang bernama yassin itu.
wallahualam.

Anonymous said...

Assalamualaikum..juga mahu bertanya dimana pula nama Tok Kasa (raja yg menaiki takhta selama 1hari saja selepas berjaya menentang serangan raja thai)..boleh dirujuk pada org2 tua di Pulau Maharaja Pdg Perahu tentang kisahnya.

Md Radzi Ahmad said...

Tujuan posting adalah untuk menarik komentar.Sekiranya anda ada maklumat maka anda dijemput membuatnya terutama apa yang ada tahu mengenai tajuk ini....supaya pembaca akan mendapat manfa'at.

Anonymous said...

salam...jika tuan puan ingin brkgsi sejarah kedah blh hbngi sya..sya brasal dari kota kuala muda dn pernah brtgas dgn jabatan muzium dlm krja ekskavasi di tapak sejarah sg. mas...insylah...

sheikh z said...

assalamualaikum...