Ketahuilah! Dunia Ini Ibarat Samudera,
Baik-Baik Anakanda Berdua Layari Bahtera.
Luasnya Samudera Nun Saujana Mata Memandang,
Didalamnya Tidak Terperi Semua Akan Ada,
Dan Dari Tenang Adakalanya Akan Bergelombang,
Ketahuilah! Banyak Manusia Karam Di Dalamnya,
Dari Itu Perulah Waspada Sentiasa.
Ketahuilah Anakanda Berdua!
Ada Adat Bersuami Isteri,
Hendaklah Sentiasa Berkasih Sayang
Dikala Senang Dan Susah
Sudah Tentu Sengketa Dapat Dijauhi.
Baiklah Tutur Kata,
Manis Budi Bahasa Sesama Suami Isteri,
Sudah Tentu Hubungan Manis Dijalini.
Hendaklah Bersabar Yang Pahit Maupun Yang Manis,
Sudah Tentu Kekal Jalinan Harmonis.
Hendaklah Muafakat Dalam Segala Kerja,
Hidup Berkat Sentiasa.
Hendaklah Buang Yang Keruh-Keruh
Dan Yang Jernih Diambil,
Sudah Tentu Hidup Sentiasa Aman, Sentosa lagi Stabil.
Kalau Sedikit Hendaklah Sama-Sama Rasai,
Kalau Banyak Pakat-Pakat Bahagi.
Kalau Senang Sama-Sama Nikmati,
Kalau Malang Sama-Samalah Harungi.
Kalau Payung Satu Sama-Sama Berteduh,
Kalau Perahu Satu Sama-Sama Mengayuh.
Kalau Cari Rezki Dunia Pastikan Yang Halal,
Kalau Tuntut Yang Akhirat Pastikan Yang Kekal.
Ingatlah! Ambillah Harta Dunia Sebanyak Perlu,
Sedekah Jariah Untuk Hari Akhiratmu.
Ingatlah! Tinggi Banir Tempat Berlindung,
Rimbun Dahan Tempat Bernaung.
Ingatlah! Tunaikan Hak Isterimu,
Itulah Tanggung Jawabmu
Ingatlah! Berbaik Dengan Jiran Tetanggamu,
Silaturrahim Sejagat Perlu Diutamakan Selalu.
Ingatlah! Fikir Pelita Akalmu,
Jangan Sekali Bertindak Gopoh Melulu.
Apabila Anakanda Berdua Dikurniakan Cahaya-Cahaya Mata,
Biar Yang Bersinar Menjadi Tambatan Jiwa.
Dibentuk Mereka Menjadi Yang Soleh Dan Solehah,
Yang Doa DiMakbulkan Allah Subhanahu wata'ala.
Taatlah Kepada Khalikmu,
Sentiasalah Solat Dan Berdoa,
Yang Sentiasa Mendengar Akan Hamba-hambanya.
Jadikan Al-Quran Dan As- Sunnah,
Sebagai Pedoman Agar Hikmah serta Rahmat Menjadi Mudah.
Ketahuilah! Anakanda Berdua,
Bahawa Kasih Dan Sayang Ayahanda Bonda
Tidak pernah Luntur Dan Tersemat Dihati Nurani Sentiasa,
Jangan Malu Dan Segan Nak Minta Bantuan Maupun Nasihat.
Sekian Nasihat Ayahanda Dan Bondamu.
Harap Bermanfaat Kepada Anakanda Berdua.
Kami Sentiasa Mendoakan
Agar Rumahtangga Yang Anakanda Bina
Aman Damai, Tenteram,
Berbahagia, Sentosa Dan Berkekalan,
Sentiasa Di Rahmati, Mendapat Hikmah
Agar Rumahtangga Yang Anakanda Bina
Aman Damai, Tenteram,
Berbahagia, Sentosa Dan Berkekalan,
Sentiasa Di Rahmati, Mendapat Hikmah
Dan Di Berkati Oleh Allah S.W.T.
Amin, Amin, Ya Rabbala'lamin.
Amin, Amin, Ya Rabbala'lamin.
No comments:
Post a Comment