Thursday, November 25, 2010

Khasiat Kunyit

Khasiat Kunyit 

(Curcuma longa)

Dengan  Nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani;
Segala Pujian dan  Kesyukuran hanya kepada Allah,  Salam dan Selawat keatas 
Muhammad RasulNya.

Kunyit (Turmeric) nama saintifik Curcuma longa linn adalah merupakan sejenis tumbuhan herba rhizomatous yang mana tergolong dalam famili halia. Kunyit merupakan jenis  herba yang mengandungi komposisi kimia berkeaktifan fisiologi iaitu minyak asas dan mengandungi kurkumin. Kurkumin bertindak memberi warna kuning pada kunyit. 

Di Nusantara, Selatan Asia dan Timur Tengah kunyit selalu digunkan sebagai rempah di dalam makanan dan juga sebagai ubat dalam menjaga kesihatan dan juga barangan kosmetik. Kunyit dijadikan sebagai krim untuk menghilangkan jerawat, sebagai lulur untuk mencantikan kulit serta krim antiseptik.Kunyit juga boleh dimakan sebagai ulam-ulaman. 

Khasiat kunyit 

1.      Masyarakat Melayu guna kunyit sebagai jamu bagi ibu yang selepas bersalin, digunakan untuk mengecutkan rahim dan mencuci darah. Kunyit di ambil sebagai ulam atau minum air rebusan ibu kunyit.

2.       Kunyit juga terkenal untuk memanaskan badan serta melancarkan peredaran haid bulanan dan juga membantu meningkatkan pengeluaran sel darah merah dan elok digunakan dalam keadaan anemia atau kekurangan darah merah. 

3.       Kunyit juga dipercayai dapat membantu proses penghadaman dan mengurangkan 'gas' atau angin dalam perut. Di Jepun kunyit ditambah di dalam teh untuk mengeluarkan angin dari dalam badan. 

4.       Bagi masyarakat Cina pula percaya isi kunyit boleh melancarkan peredaran darah, menghilangkan kesan lebam dan darah beku. 

5.       Di India dalam perubatan ayuverda, kunyit digunakan sebagai antiseptik serta anti bakteria, pada luka, kesan terbakar dan juga kesan lebam.

6.        Di Thailand kunyit digunakan untuk merawat luka akibat patukan ular.

7.        Kunyit mempunyai antioksiden yang tinggi, antaranya ialah vitamin C dan E, dan juga karotenoid (carotenoids). Ia juga mengandungi antioksidan yang berkesan seperti curcumin dan kompaun curcuminoids. Curcumin ialah antioksiden yang mujarab, ia membantu mengurangkan paras kolesterol dengan menstimulasikan pengeluaran ‘bile’ menghalang menyempitkan arteri penyebab utama serangan jantung.

8.        Kunyit juga membantu menghalang platelete, iaitu sel-struktur kecil dalam darah, daripada melekat antara satu sama lain menyebabkan darah berketul (blood clots).

9.        Kunyit yang disapukan dengan minyak jika disapu akan membantu menghaluskan kulit.

10.     Kunyit yang dicampurkan air boleh digunakan untuk merawat gatal-gatal, kudis, sakit-sakit lutut, dan ruam.

Petua pengambilan kunyit.

1. Gunakan kunyit hidup dalam masakan harian

2. Ambil kunyit hidup sebesar ibu jari; kupaskan kulitnya dan dicuci hingga bersih. kemudian diparutkan dan diperah hingga mengeluarkan airnya. Campurkan air perahan kunyit itu dengan 1 sudu madu dan suku sudu teh lada hitam. Minumlah ramuan ini dua kali sehari iaitu pagi dan petang. InsyaAllah ia dapat mengurangkan tekanan darah tinggi.

Mencegah kulit daripada cepat berkedut: Parut sedikit kunyit dan perah airnya. Amalkan meminumnya.  Parut dua ketul isi kunyit dan seketul lempoyang. Masukan setengah cawan air hingga sebati. Tapis dan campurkan dengan satu sudu besar air limau nipis dan madu. Minum selama tiga hari berturut-turut. Selain menyihatkan bahagian dalam tubuh, ia juga mencantikkan kulit. 

Memanaskan Badan: Tumbuk beberapa ketul kunyit hingga hancur. Campurkan dengan sedikit air dan tapiskan. Minum airnya tiga kali seminggu. 

Daun Kunyit: Sekiranya diserang pening atau sakit kepala, ramas beberapa helai daun kunyit bersama sedikit air. Selepas itu sapulah di kepala hingga rata.

Sebagai Tanaman disekeliling rumah 

Kunyit amat sesuai ditanam di rumah. Di Malaysia kunyit banyak diimport dari luar negara. Pengeluar terbesar kunyit di dunia adalah China, India dan Indonesia. Sebagai peringatan jangan guna kunyit serbuk, kerana kemungkinan telah dicampur dengan pewarna kuning Tetrazine yang boleh menyebabkan alahan. Gunakan kunyit hidup.

2 comments:

jibam said...

kunyit juga di gunakan untuk recycle minyak masak yang telah di gunakan.

~dila~ said...

Salam.. saya mohon untuk share info ini di blog saya yer... tqvm :)