Monday, March 8, 2010

Khasiat Papaya.

Buah papaya atau betik amat mudah ditemui di negara-negara tropika ini ternyata mengandungi banyak khasiat.

Nama saintifik papaya adalah Carica Fistula Leguminosae.

Papaya mengandungi provitamin A dan vitamin C yang amat besar, dua kali ganda dari kandungan buah limau. Walaupun sumber vitamin C boleh diperoleh dari pelbagai jenis buah dan sayuran, tetapi sebiji buah papaya dalam ukuran sederhana (+/- 280 gram) mengandungi 188 mg vitamin C dan 500 kj kalori. Ini adalah jumlah yang amat besar.

Papaya juga mengandungi pektin, asid butanoikdan proteolistik enzim papain. Ia dapat merawat asthma.

Dalam kajian pakar pemakanan dari University of California, San Francisco terhadap lebih dari 13 ribu orang, para pengkaji menemukan bahawa mereka yang kadar vitamin C nya rendah, ternyata risiko menderita penyakit kandung hempedu adalah tinggi.

Penyakit kandung hempedu lebih banyak menyerang perempuan berbanding lelaki, jadi memakan buah ini amat baik diamalkan.

Papaya juga dapat membantu memecah serat makanan dalam sistem pencernaan, melancar saluran pencernaan makanan.

Papaya dapat mengubati penyakit dan gangguan kesihatan lain seperti: menyembuhkan luka, menghilangkan infeksi dan menghilangkan allergy.

Air rebusan daun papaya berupaya menghasilkan perubahan bentuk badan - langsing dan dapat mengeluarkan cacing dalam perut.

Manakala air rebusan akarnya pula boleh digunakan untuk penghadaman dan sebagai tonik.

Susu pokok papaya pula dapat mengubati pelbagai jenis penyakit kulit.

Manakala biji papaya pula digunakan untuk merawat penyakit buasir dan penyakit puru.

Bagi keluarga yang memiliki halaman yang agak luas adalah lebih baik menanam sendiri tumbuhan ini. Sambil berbakti kepada tanah kita dapat mengekalkan kesihatan diri dan keluarga.

No comments: