Tuesday, July 14, 2009

Wahai Melayu Bangsaku

Banu Salleh


Ketahui lah wahai bangsa ku
Tak kira dimana berada, tua dan muda
Dari Perlis sampai Sabah.

Melayu akan hancur kalau tak jaga
Kuasa dan semua yang ada akan dimamah masa
Mereka akan rebah dan berputih mata

Kampong halaman dah nak habis tergadai kerana leka
Suka berfitnah, suka bertelagah
Melayu jadi semakin bodoh dan berpecah
Melayu bertikam sesama mereka tak peduli musuh dok melata

Melayu tak tahu nak berpakat saperti orang lain berpakat
Walaupun berpakat itu bawa berkat
Mereka mencerca dan suka menghina bangsa sendiri
Yang pi belajar pandai dah kata orang lain bodoh berlaka
Yang kaya lansung dah tak peduli yang miskin dan papa
Tak peduli adab sopan bangsa dan nilai ajaran agama
Dah lupa dekat Tuhan yang maha esa
Mereka tak tau ancaman di hadapan mata
Mereka tak sedar ancaman di sekeling mereka.
Mereka buat dok pekak dan buta

Melayu tak pantau musuh mereka
Tapi bermusuh sesama bangsa depa
Mereka suka musnah apa yang mereka ada
Fikiran semakin lembab tapi sombong tak kira masa
Orang dah pakai senjata canggih mereka di takok lama

Melayu lali, lalai, leka
Orang lain maju dah pi sampai mana-mana
Melayu dok guna yang lapuk,
Alam sekeliling dah berubah,mereka tidak mau berubah
Mereka tidak ada upaya langsung nak berhikmah
Mereka angkuh dan bodoh dan pantang ditegur pula

Melayu langsung tak tahu bermuslihat dan maufakat
Ada raja ada pemerentah ada pihak berkuasa
Mereka tak tau berpakat guna kuasa
Depa selalu leka tau nak buat apa
Mereka tidur malam dan siang,
Mereka tak tahu yang mana musuh dan lawan
Mereka tak tahu yang mana kawan dan nak cari kawan
Mereka langsung tak tahu berkawan
Asyik mengata dan mengumpat tak peduli masa

Oleh itu wahai bangsa aku
Mari kita ajak semua bangun segera
Kita buat apa yang patut dan terdaya
Kita jaga bangsa ugama dan negara kita

Ayuh marilah kita susun semula,
Kita atur dan mantapkan maufakat,
Kita bangun Malaysia jadi negara maju jaya.
Kita bersatu padukan tenaga, pasti kita berjaya

12 Julai 2009

No comments: