[Via A Kadir Jasin, The Scribe]
A.Kadir Jasin pun turut dengan lantang menulis dalam blognya yang antara lain menyatakan:
Adalah menakjubkan yang begitu ramai pembesar Umno, sama ada yang masih bergayut kepada kuasa atau yang sudah dinyahkan oleh pengundi, terus membisu dan menipu diri dengan berpura-pura seolah-olah tidak ada apa yang terjadi.
Atau apakah kebisuan sebahagian besar daripada mereka membawa maksud mereka bersetuju dengan pendirian Tengku Razaleigh dan Mukhriz?
Majoriti senyap – silent majority - sudah bersuara. Kalau kepemimpinan atasan Umno tidak cacat pengelihatan, pendengaran dan percakapan, mereka sudah pasti dapat melihat, mendengar dan mengakui wujudnya amaran buruk di dinding benteng pasir mereka.
Ulama besar Allahyarham Sheikh Abdullah Fahim pernah dipetik oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra sebagai berkata:
“Sesiapa yang berjuang dengan nama Allah dan niat baik sentiasa dalam keredaan Allah, tetapi sesiapa yang lupakan niat, khianat dan tamak akan dimurkai Allah, akhirnya menjadi hina. Kalau orang Melayu (yang) beragama Islam mengkhianati bangsa, negara dan agama, Allah akan gantikan (dengan) bangsa lain yang beragama Islam (bagi) menjaga tanah air kita.”
[“Sheikh Abdullah Fahim Penentu Tarikh Kemerdekaan Negara 13 Ogos ‘57” oleh Mokhtar Petah, Pustaka Antara 1997].

No comments:
Post a Comment