Friday, October 14, 2011

Korban Jangan Jadi Upah

Korban Jangan Jadi Upah
Dr Mohd Asri Zainul Abidin

 Dengan  Nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani;
Segala Pujian dan  Kesyukuran hanya kepada Allah Subhanahu wa ta’ala; Selawat dan Salam keatas Rasulnyai  Muhammad 

Menjelang musim hariraya korban, maka mungkin beberapa peringatan patut diulangi agar amalan korban kita benar-benar memenuhi tuntutan syarak. Antaranya, daging korban tidak boleh dijual oleh pembuat korban, sama ada dengan cara tukaran wang atau tukaran tenaga kerja. Apa sahaja transaksi yang membawa erti ‘menjual binatang yang telah dikorbankan’ samada dengan tukaran duit atau tenaga atau selainnya, adalah dilarang.

Ini kerana para fuqaha (sarjana fekah) bersependapat bahawa adalah haram hukumnya daging sembelihan korban (al-adhiyah) itu dijual.
 
Kata Ibn Rusy (rahimahullāh) di dalam Bidayah al-Mujtahid:

 “Pada pengetahuanku para ulama telah sepakat bahawa tidak diharuskan menjual daging korban” (1/703, Beirut: Dar al-Khair)

Upah Hasil Korban

Secara umumnya menjual daging korban oleh pembuat korban itu dilarang ini telah diketahui oleh kebanyakan kita. Namun ada yang terlupa bahawa syarak juga menetapkan bahawa memberi daging korban kepada penyembelih atau pelapah atau sebagai sebagai upah hasil kerja yang mereka lakukan adalah termasuk juga dalam hukum jual beli. Iaitu menjual daging untuk membeli tenaga kerja. Larangan memberikan daging atau selainnya sebagi upah kerja kepada penyembelih adalah termaktub dalam hadith-hadith yang sahih yang diriwayat oleh al-Bukhari dan Muslim. Daripada `Ali bin Abi Talib (radiallāhu`anhu), katanya:

“Rasulullah (sallallāhu `alayhi wa sallam) telah memerintahkan aku menyembelih unta-untanya (sembelihan ketika haji). Baginda (sallallāhu `alayhi wa sallam)  memerintahkan agar aku mensedekahkan daging, kulit dan apa yang menutupi belakang unta-unta itu (seperti pelana dan seumpamanya). Baginda (sallallāhu `alayhi wa sallam) juga memerintahkan agar aku tidak memberikan kepada al-Jazzar (penyembelih dan pelapah) sedikit pun darinya.” (Riwayat al-Bukhari; Muslim).

Di dalam riwayat al-Imam Muslim (rahimahullāh) ditambah dengan ucapan Saidina `Ali bin Abi Talib (radiallāhu`anhu): “Kami memberikan kepada penyembelih dan pelapah upah daripada (harta) kami sendiri”.

Ya, walaupun hadith di atas berkaitan dengan sembelihan haji namun sama juga hukumnya dalam masalah korban. Apa yang penting ialah larangan menjadikan sembelihan yang disembelih bagi melaksanakan suatu tuntutan ibadat sebagai bahan jual beli, iaitu membeli tenaga kerja dengan bayaran daging sembelihan korban atau al-hadi (sembelihan haji).

Ini telah dijelaskan oleh al-Imam as-Son'ani dalam Subulus as-Salam, katanya:

“Hadis ini menunjukkan bahawa disedekahkan kulit dan apa yang menutupi binantang korban sepertimana disedekahkan dagingnya. Ianya tidak boleh diberikan kepada penyembelih atau pelapah sedikitpun darinya. Ini kerana termasuk dalam hukum jualan disebabkan kedudukannya sebagai upah. Hukum sembelihan korban sama juga dengan hukum sembelih haji dimana daging dan kulitnya tidak boleh dijual juga tidak boleh diberikan kepada penyembelih dan pelapah sedikitpun daripadanya”. (4/148. Beirut: Dar al-Ma’rifah)

Larangan

Dengan hadith di atas jelas bahawa dilarang sesiapa yang melakukan korban memberikan daging atau apa-apa bahagian yang boleh dimanfaatkan dari binatang korban kepada penyembelih atau pelapah sebagai upah, seperti memberi daging atau kulit atau apa yang ada dibelakang binatang tersebut seperti pelana dan lain-lainnya. Sehingga al-Imam an-Nawawi dalam Syarh Sahih Muslim mengkritik pendapat Hasan al-Basri yang membenarkan diberikan kulit kepada penyembelih atau pelapah. Al-Imam an-Nawawi (rahimahullāh) terus mengulas ringkas pendapat ini dengan katanya:

“Pendapat ini telah memcampakkan (membelakangi) sunnah” (juz. 9 m.s. 435 Cetakan Dar al-Khair, Beirut)

Ketika mengulas Saiyidina Ali bin Abi Talib (radiallāhu`anhu) di atas, al-Imam an-Nawawi (rahimahullāh) menyatakan dalam Syarh Sahih Muslim:

“Hadis ini meminta agar kita tidak memberikan kepada penyembelih dan pelapah bahagian dari sembelihan korban kerana jika diberi kepadanya sebagai ganjaran kepada pekerjaannya sama ertinya dengan menjual satu juzuk darinya. Ini adalah tidak dibolehkan” (9/435 Cetakan Dar al-Khair, Beirut).

Maksud al-Nawawi (rahimahullāh) ialah dengan perbuatan ini bererti kita telah menjual daging korban sebagai tukaran dengan khidmat penyembelihan. Al-Imam al-Nawawi dalam kitabnya yang lain iaitu al-Majmu’ sekali lagi menegaskan pendirian al-Mazhab al-Syafi`ie, katanya:

“Telah sepakat al-Imam al-Syafi`i dan tokoh-tokoh mazhab al-Syafi`i bahawa tidak boleh sedikit pun dari sembelihan semasa haji dan `umrah dan sembelihan korban dijual. Samada ia korban nazar atau sunat. Ini termasuk daging, lemak, kulit, tanduk, bulu dan sebagainya. Tidak boleh pula kulit atau selainnya dijadikan upah untuk penyembelih...” (8/419-420. Beirut: Dar al-Fikr)

Kata al-Imam Taqiyuddin al-Syafi`ie (rahimahullāh) di dalam kitabnya Kifayah al-Akhyar:

“Tidak boleh dijadikan bahagian dari korban itu sebagai upah untuk penyembelih walaupun korban itu adalah korban sunat. (m.s 149. Beirut: Dar So`ab)

Kata al-Syeikh Muhammad Abd al-Qadir Abu Faris (rahimahullāh) dalam kitabnya Ahkam al-Zabaih fi al-Islam:

“Tidak halal (haram) bagi sesiapa yang melakukan korban memberi walaupun sedikit bahagian korban kepada penyembelih sebagai upah sembelihan atau melapah. (m.s. 143. Ctk. Jordan: Maktabah al-Manar)

Seperti yang ditegaskan tadi bahawa termasuk dalam larangan ini ialah memberikan bahagian korban kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam pengurusan korban atas dasar upah atau kerja yang dilakukannya.

Beri Upah Asing

Mungkin akan timbul persoalan apakah para petugas sembelihan tidak memperolehi apa-apa ganjaran dari kerja yang mereka lakukan? Kita perlu jelas bahawa hadis-hadis tersebut bukan melarang memberikan upah kepada para peneyembelih atau pelapah. Larangan dalam hadis-hadis berkenaan hanya jika upah itu diambil dari bahagian korban. Adapun jika upah itu berbentuk wang atau selainnya yang tidak dari bahagian korban maka itu adalah tidak termasuk dalam larangan, bahkan adalah sepatut kerja dan tenaga seseorang itu dibayar upah. Sebab itu dalam riwayat tambahan al-Imam Muslim yang disebutkan tadi, Saidina Ali bin Abi Talib (radiallāhu`anhu) menyebut: “Kami memberikan kepada penyembelih atau pelapah dari harta kami sendiri”. Ertinya mereka akan tetap mendapat ganjaran dari hasil kerja mereka melalui upah yang beri dari wang atau sebagainya tetapi bukan upah itu tidak diambil dari bahagian korban.

Setelah melihat penjelasan ringkas ini maka perlulah kita sedari kalaulah amalan ini diteruskan iaitu mengambil mana-mana bahagian dari binatang korban yang disembelih samada daging, kulit atau sebagai upah bererti kita telah merosak pahala korban yang dijanji. Kata Mustafa al-Khin dan Mustafa al-Bugha dalam Al-Fiqh al-Manhaji ketika menjelas fiqh korban di dalam mazhab al-Syafi`i:

“Tidak boleh untuk sesiapa yang melakukan korban itu menjual atau memberinya kepada penyembelih sebagai upah sembelihan, kerana ini mengurangkan apa yang dikorbankan dan merosakkannya”. (Juz 1 m.s.235. Ctk. Dar al-Qalam, Damsyik.)

Syarat Dibolehkan

Walau bagaimanapun pemberian kepada penyembelih dari bahagian korban dibolehkan sekiranya ia diberikan bukan di atas dasar upah. Perkara ini dapat diukur dengan diandaikan sekiranya penyembelih atau pelapah tidak melakukan kerja-kerja tersebut pun sememangnya bahagian tersebut ingin diberikan kepadanya. Sebaliknya jika diandaikan jika tidak kerana kerja yang dilakukan maka sudah tentu dia tidak memperolehi bahagian tersebut, maka ini dianggap sebagai upah. Ia merosakkan korban. Kata Wahbah al-Zuhaili dalam Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh:

“Jika diberi kepada penyembelih dari apa yang dikorban disebabkan kefakirannya atau sebagai hadiah maka ini tidak mengapa“. (juz. 3/ m .s.633. ctk. Dar al-Fikr, Damsyik.)

Ini seperti memberikan kepada penyembelih di atas dasar kemiskinan atau persahabatan yang sekirannya tanpa kerja yang telah dilakukan pun dia tetap akan diberikan. Dalam contoh yang lain, diberikan kepada penyembelih atau pelapah atau petugas upah mereka dalam bentuk wang umpamanya, kemudian ketika dibahagi-bahagikan daging kepada orangramai maka turut diberikan kepada penyembelih atau pelapah atas dasar pemberian biasa, setelah mereka memperolehi upah yang sebenar dalam bentuk wang. Perkara seperti ini tentulah dibolehkan kerana pemberian itu tidak lagi di atas dasar upah dari bahagian korban kerana upah yang sebenar telah mereka perolehi.

Kata as-Syaukani (rahimahullāh) dalam Nail al-Autar bahawa diriwayatkan daripada Ibn Khuzaimah dan al-Baghawi bahawa dibolehkan memberi bahagian korban kepada penyembelih jika dia adalah seorang yang fakir dan setelah diberi kepadanya upah yang lain (selain dari bahagian korban). (5/221. Beirut: Dar al-Jil)

Apa yang dikehendaki dari keterangan di atas, agar bahagian yang diperolehi oleh penyembelih atau pelapah atau petugas itu tidak disebabkan oleh kerja yang dilakukannya. Jika ini berlaku bererti telah melanggar larangan Rasulullah (Sallallāhu 'alayhi wa sallam) dan membatalkan korban.

Setelah kita melihat dalil yang sahih iaitu larangan baginda Nabi (Sallallāhu 'alayhi wa sallam) dalam hal ini serta ulasan yang jelas yang dibuat oleh para ulama, maka hendaklah kita menjaga agar tidak melanggarnya. Cara penyelesaiannya telah ditunjukkan oleh Saidina Ali bin Abi Talib (radiallāhu`anhu) di dalam hadith yang diriwayatkan oleh al-Imam Muslim (rahimahullāh) tadi iaitu kita memberikan upah dari duit kita sendiri bukan dari bahagian korban yang mengakibatkan rosaknya korban yang kita lakukan.

Sesungguhnya sikap bakhil atau mengambil kesempatan melepaskan diri dari upah wang ringgit kepada penyembelih atau pelapah dan seumpamanya dengan Cara memberikan daging atau bahagian korban kepada mereka adalah lambang ketidaktulusan.

[Via Minda Tajdid Disiarkan pada Nov 19, 2010 dalam kategori Ibadat ]

Thursday, October 6, 2011

The Blessed Day of ‘Arafah

The Blessed Day of ‘Arafah

In the name of Allāh, the Most Gracious, the Most Merciful;
All the praise and Thanks are due to Allāh, the Lord of the al-ā’lamīn. I testify that there is none worthy of worship except Allāh, and that Muhammad, sallallāhu alayhi wa sallam, is His Messenger.


The Day of ‘Arafah (the 9th day of Dzul-Hijjah)

After the sun rises on the Dzul-Hijjah 9, the pilgrims clad in their Ihram would converge at ‘Arafah for Wukuf [Grand Essembly]. The wukuf in ‘Arafah is a major pillar of the Hajj. As such the Prophet Muhammad (Sallallāhu ‘alaihi wassallam) stressed: "Hajj is [the assembly at] ‘Arafah." [An-Nasa'ie]

The importance of The Day of Arafah is correlated to the amount of forgiveness and mercy bestowed by Allāh Subhanahu wa Ta’ala on His pilgrims. The Prophet (Sallallāhu 'alaihi wa sallam) spent the day at Arafah until almost sunset. Then the Prophet (Sallallāhu 'alaihi wa sallam) said:

"O Bilal! Ask the people to be quiet and listen to me." Bilal (radiallahu`anhu) stood up and asked the people to be quiet and listen to the Prophet (Sallallāhu 'alaihi wa sallam). When they were quiet, the Prophet (Sallallāhu 'alaihi wa sallam)   said: "O People! A little while ago Gabriel (`alaihissalam) came to me, gave me salutations from Allah, and informed me that Allāh has forgiven those who spend the Day at Arafah…"  At this, Umar ibn Al-Khattāb (radiallāhu`anhu) stood up and asked:  "O Allāh's Messenger is this for us only?"  The Prophet (Sallallāhu 'alaihi wa sallam)   said:  "This is for you and for all those who will come after you, until the Day of Judgment…" Umar (radiallāhu`anhu) exclaimed: "How plentiful and blissful Allāh's bounties are!"

[At-Targhib wat-Tarhib and authenticated by Al-Albāni]

The Prophet (Sallallahu 'alaihi wa sallam)   also said:

 "Allāh frees far more people from Hellfire on the Day of Arafah than on any other day. Allāh comes closer this day and proudly says to the angels: ‘what do these people want and seek?!'"

[Muslim]

The day surpasses other days in virtue and merit and therefore it is worth being discussed independently in order to clarify the aspects of its excellence and honor:

Firstly: It is the day of Allāh the Almighty perfected the religion and completed His favor.

It was narrated that the Jews said to ‘Umar ibn Al-Khattāb (radiallāhu`anhu):

"Indeed you recite a verse which if had been revealed to us we would have taken that day as a day of celebration." ‘Umar (radiallāhu`anhu) said, "Indeed I know where and when it was revealed, and where the Messenger of Allāh (Sallallāhu 'alaihi wa sallam) was when it was revealed! [It was revealed] on the Day of ‘Arafah, while we were, by Allāh, on ‘Arafah." Sufyān said, "I am uncertain whether it was a Friday or not." Allāh Almighty Exalted Says (which means): “This day I have perfected for you your religion and completed My favor upon you and have approved for you Islam as religion.” (Al-Māidah, 5:3)

[Al-Bukhāri]

Indeed, the Islam was perfected on that day because Muslims did not perform the obligatory Hajj before that day. Consequently, their religion was perfected by completing all the pillars of Islam. Also, Hajj was performed according to the methodology of Ibrāhīm (`alaihissalam) and polytheism and polytheists were excluded. On that day, none of the polytheists joined the Muslims.

As for completing the favor of Allāh Almighty, this was attained by the forgiving of the pilgrims' sins by Allāh the Almighty. The favor is not completed unless sins are forgiven, as Allāh the Exalted Said (what means) to His Prophet, (Sallallāhu 'alaihi wa sallam):

 “That Allāh may forgive for you what preceded of your sin and what will follow and complete His favor upon you and guide you to a straight path.”

 [Quran 48:2]

Secondly: It is a day of ‘Eid (Islamic festival).

 It is narrated on the authority of Abu Umāmah (radiallāhu`anhu) that the Prophet (Sallallāhu 'alaihi wa sallam), said:

"The day of ‘Arafah, the day of Nahr and the days of Tashrīq are our ‘Eids, for us Muslims. They are days for eating and drinking."

[Muslim]

Thirdly: Fasting the day expiates the sins of two years.

The Prophet (Sallallāhu alaihi wa sallam) said about the virtue of fasting the day of ‘Arafah (for non-pilgrims):

"It expiates (the sins of) the past year and the coming (year)." [Muslim]

Fourthly: It is the day of forgiving sins and exemption from Hell:

‘Aishah (radiallāhu`anha) narrated that the Messenger of Allāh, (Sallallāhu alaihi wa sallam), said:

 "Allāh exempts more of His slaves from Hell on the Day of ‘Arafah than on any other day, and Allāh draws near and proudly says to the angels, 'What do these people want and seek?'"

[Muslim]

Commenting on the Hadīth, Ibn ‘Abdul-Barr (rahimallah) said, "This indicates that their sins have been forgiven, as Allāh would not boast of sinful and wrongdoing people unless after their repentance and His Forgiveness. Allāh knows best."

The prescribed deeds on the Day of ‘Arafah.

Firstly: Fasting

The Prophet, (Sallallāhu 'alaihi wa sallam) said: "…I hope Allāh that fasting the day of ‘Arafah expiates sins of the past year as well as the next year…." [Muslim]

Fasting during that day is prescribed only for those who are not pilgrims, as it is not permitted for pilgrims to observe fasting on that day. Controlling one's bodily organs from doing prohibited matters is asserted on that day.

 In a Hadīth narrated on the authority of Ibn ‘Abbās (radiallāhu`anhu) the Prophet, (Sallallāhu 'alaihi wa sallam) said:

"On this day (i.e. the day of ‘Arafah) whoever guards his hearing, seeing and tongue will be forgiven."

It is known that guarding the body’s organs preserves one’s fasting and Hajj. Consequently, many factors which enjoin towards obedience and abandoning disobedience are collected.

Secondly: Frequent remembrance of Allāh and supplication

In a Hadīth, the Prophet, (Sallallāhu 'alaihi wa sallam) said: "The best supplication is that of the Day of ‘Arafah, and the best thing that I and other prophets before me said, is: 'Lā ilāha illallāhu wahdahu la sharīka lah, lahul mulk wa lahul hamd wa huwa ‘ala kulli shay’in qadīr (There is none worthy of worship except Allāh Alone and He has no partners, dominion and praise belong to Him, and He is over all things Omnipotent)." [At-Tirmidzi]

Commenting on the Hadīth, Ibn ‘Abdul-Barr (rahimallah) said, "The Hadīth stands as evidence that the supplications on the Day of ‘Arafah are most probably answered and that the best of remembrance of Allāh is to say, 'There is none worthy of worship except Allāh'."

Al-Khattābi (rahimallah) said, "The Hadīth means that the most frequent words with which the Prophet (Sallallāhu 'alaihi wa sallam) used to commence his supplication and give it precedence over his request is praising Allāh Almighty. One who supplicates Allāh starts with praising Allāh the Almighty and says it before asking Allāh for anything and therefore praising in this Hadīth was called supplication."

Thirdly: Takbīr (saying Allāhu-Akbar)

As it is mentioned in the deeds of the ten days of Dzul-Hijjah, it is recommended to repeat Takbīr in all times and at every place where it is permissible to mention the Name of Allāh the Almighty. The scholars said that there are two types of Takbīr:

First: The Takbīr which is not restricted to a specific time, which is prescribed in every time during the night and day. It starts with the start of the month of Dzul-Hijjah and lasts until the last day of the Days of Tashrīq.

Second: The Takbīr restricted to a specific time, which is prescribed after prayers. According to the chosen opinion, Takbīr is said after all prayers, whether obligatory or voluntary. It is starts from Fajar (Dawn) prayer of the Day of ‘Arafah and lasts until the last day of the Days of Tashrīq.

Repeating Takbīr on the Day of ‘Arafah, the Day of ‘Eid as well as the Days of Tashrīq is both prescribed at all times, and this is the type which is not restricted to a specific time, and it is also prescribed after prayers and this is the type which is restricted to a specific time. 


[Via Islam Web  November 14, 2010]