Wednesday, December 19, 2007

Sejarah Benua Siam Islam Kedah

Banu Salleh


Ini adalah suatu subjek yang saya percaya amat menarik bagi pengkaji sejarah dan generasi baru umat Melayu di Kedah dan utara Malaysia khasnya serta seantaro dunia secara amnya. Ianya suatu kajian dan penulisan yang menggunakan nama samarannya sebagai anaianai [1] telah mendedahkan satu dimensi baru yang tersembunyi dalam lipatan sejarah silam. Beliau telah menulis dalam blog bernama sejarahnagarakedah.blogspot.com mengenai pensejarahan dan silsilah raja dan pemerentahan Benua Siam Islam Kedah. Apa yang lebih menarik lagi kepimpinan Malaysia kini adalah berketurunan dari pemerentah tersebut yang menjadi igauan malah nemesis ketat kepada Thai. Pendedahan ini dibuat sendiri oleh penulis yang juga adalah keturunan mutlak dari Pemerentah Benua tersebut.

Berikutan tulisan-tulisan sumber Belanda, British, Thai, dan juga penulis istana kesultanan Kedah yang berkepentingan dan dakyah tertententu telah membuatkan kini banyak orang menjadi amat terkeliru dengan sejarah dan entiti Negara Siam tersebut yang pada asasnya adalah warisan Melayu. Orang keliru juga dengan istilah Siam dan Thai. Siam dan Thai tidak sama. Negara Siam itu bukanlah Negara Thai. Kedua-dua itu adalah berbeza diantara satu sama lain. Siam itu pemerintahnya adalah beragama Islam berketurunan Melayu. Sementara Thai berasal dari puak Sukho Thai itu beragama Buddha.

Negara Siam lama adalah bukan asal hak kerajaan Raja Rama Buddha Sukho Thai. Dinasti ini bermula pada tahun 1736 oleh penceroboh tentera Raja Buddha Rama dari India. Mereka menubuhkan kerajaan Buddha Lanna Thai Chakri Sukho Thai di Luang Prabhang, dalam jajahan Benua Islam Siam lama Kedah Kheag Tesh. Pada tahun 1752 apabila mereka menyerang Kerajaan Thong Oo Siam ketika itu dipimpin oleh Maha Dammaiyaza Dipati.Baginda berundur ke Ayuthia dimana baginda di kenali sebagai Boromoraja Ekataat V, Sultan Sharif Shah Monggol.

Kewujudan bangsa dan dinasti Budhha Lanna Thai Chakri Thai jauh lebih terkemudian. Mereka adalah suatu puak yang melaksanakan dasar hegemoni yang pada 1767 menyerang dan menjajah Benua Siam Islam dinasti yang berasal dari keturunan Raja Merong Mahawangsa dari Kedah yang berdarah bangsawan campuran Siam, Melayu dan China Islam. Negara Siam adalah entiti yang lain dan raja serta pemerintahnya adalah hak mutlak Sultan Rijaluddin Muhammad Shah III Kedah 1424–1491 yang juga bergelar Paramewara di Melaka dan bergelar Rama Tibodi II Dinasti Ayut’ia Ke 10. Senarai dinasti ini jelas dirmuatkan di dalam buku,'A History of South East Asia', 1955 yang ditulis oleh DGE Hall. [2]

Jadi adalah jelas bahawa asal usul Negara Siam Ayut’ia lama tersebut pada hakikatnya adalah bukan hak Raja Buddha Chakri Sokho Thai. Sukho Thai adalah berasal usul dari Burma (Myanmar). Secara hakikatnya Negara Siam adalah berasal dari Benua Siam Islam Kedah. Nama raja-raja Siam Islam Kedah ada tercatat bukti dengan jelas di dalam buku Undang-Undang Kedah. Di dalam buku tersebut terdapat manuskrip bertulisan jawi mengenai kesultanan Benua Siam Islam Kedah.

Jadi adalah jelas bahawa asal usul Negara Siam Ayut’ia lama tersebut pada hakikatnya adalah bukan hak Raja Buddha Chakri Sokho Thai. Sukho Thai adalah berasal usul dari Burma (Myanmar). Secara hakikatnya Negara Siam adalah berasal dari Benua Siam Islam Kedah. Nama raja-raja Siam Islam Kedah ada tercatat bukti dengan jelas di dalam buku Undang-Undang Kedah. Di dalam buku tersebut terdapat manuskrip bertulisan jawi mengenai kesultanan Benua Siam Islam Kedah.

Terdapat pelbagai lagi bukti-bukti yang nyata lagi kukuh, anaianai telah mengemukan sedutan dari sebuah dokumen terjemahan Portugis:

“…translated from the Portuguese MS in the Bibliotheque de la Chamber des Deputes, Paris, and edited by Armando Cortesao, “The Suma Oriental of Tomes Pires An Account Of The East, From The Red Sea To Japan, Written In Malacca And India”, Tom Pires, 1512-1515.

Dalam dokumen tersebut Tomes Pires menyatakan:

“The land of Malacca is called a land of Siam and the whole of Siam, Champa and thereabouts called China”.

Dari bukti tersebut menyatakan bahawa Burma(Myanmar) adalah asalnya hak jajahan takluk dan naungan Raja Siam Toung Oo Maha Dammaiyaza Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia Benua Siam Kedah yang diserang dan dirampas oleh Raja Buddha Aluang Phraya Burma pada tahun 1752 berikutan kemangkatan Boromokot Sultan Muhiyuddin Mansur Syah, Marhum Kota Palas, Pulau Langkawi.

Boromoraja V Ekataat Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia Benua Siam Kedah adalah Raja Siam terakhir Dinasti Ayut’ia.

Benua Siam Kedah dirampas oleh Raja Buddha Aluang Phraya Burma Lanna Chakri Sokho Thai pada tahun 1767 dan melantik Jeneral Rama I Chakri Sokho Thai untuk menjadi Raja Thai pertama yang beragama Buddha sehingga 1782 Masihi.

Berikutan serangan itu Raja Siam Boromoraja V Ekataat Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia telah berundur ke Ligor nama baru Tambralinga (kini ditukar nama oleh Raja Thai sebagai Nakhon Si Thammarat) dan memerentah dari Ligor sebelum berundur ke Kota Meang Kuang, Wang Tepus, Jitra dalam daerah Kubang Pasu, ,Kedah berikutan Dasar Hot Pursuit Thai Sukho Thai keatas Boromoraja V Ekataat Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia Benua Siam. Tindakan hot pursuit tersebut dilakukan oleh Thaksin (Mokhtar Hussain) adalah General Ayuthia yang murtad dan memihak kepada pihak RamaI Chakri Sukho Thai penjajah Siam Ayut’ia. Walau bagaimana pun akhirnya dia dikatakan gila lalu di hukum bunuh. Kepalanya disarungkan guni dan dipukul di kepala hingga mati. Pembunuhan ini dilakukan oleh Raja Chakri I. Kaedah itu digunakan sampai masa kini.

Mengikut kajian anaianai lagi bahawa Kemboja juga adalah HAK Raja Siam Pho Chan Koya Long Sultan Mudzafar Shah III Kedah. Beliau ialah putera Raja Siam Dinasti Ayut’ia Boromoraja V Ekataat Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia Benua Siam Kedah. Kemboja turut dirampas juga oleh raja Buddha Aluang Phraya Lanna Thai pada tahun 1758 Masihi.

Di dalam buku manuskrip Udang-Undang Kedah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, pada muka surat 43 menyatakan tahun 1199 Hijrah bersamaan tahun 1788 [?] Masihi Sultan Syarif Syah Yang di Pertuan Yang Maha Mulia Benua Islam Siam Kedah bersemayam di Ayuthia Kota Meang Kuang, Wang Tepus, dalam daerah Kubang Pasu, Jitra Kedah. Tempat ini berdekatan dengan Banai (Ban-Nai, bermaksud Kampung-Syed), Bandar Darul Aman.

Pada tahun 1821, dikenali sebagai tahun musuh bisik, Rama II Chakri Sukhothai menyerang Kedah lalu membunuh Sultan Syarif Syah di Kota Meang Kuang. Pada tahun 1836 Rama V Chakri Sukho Thai Mongkut menukar nama Siam kepada Thailand. Penggantinya, Chakri Sukho Thai Chula Long Khorn pula menyerang Kedah dan membunuh Maharaja Siam terakhir yang memerintah Kedah iaitu Nai Long Jaafar yang bergelar Sultan Jaafar Madazam Syah.

Nama baginda Sultan Jaafar Madazam Syah telah dipadamkan dari sejarah Kedah kerana baginda dikira sebagai menggangu salasilah raja daerah ketika itu. Nai Long Jaafar adalah putera kepada Maharaja Siam Islam bernama Nai Lang atau Syed Alang Alauddin, Panglima Bukit Gantang.
Raja daerah yang dimaksudkan ialah Raja Kota Setar yang mana pada hari ini menjadi Salsilah Kesultanan Kedah. Daerah-daerah di Kedah mempunyai raja yang memerintah daerah dan mereka bergelar Paduka Seri Sultan.

Pada ketika itu terdapat raja-raja daerah seperti Raja Kulim, Raja Kubang Pasu, Raja Bagan Serai, Raja Pulau Pinang dan yang kekal hingga kehari ini, Raja Perlis. Bukan itu sahaja, malah di Pattani, Acheh yang berada dibawah jajahan Nagara Kedah menggunakan gelaran tersebut.

Pada zaman Khalifah Sharif Shah memerintah di Kedah pada 1767-1821,Paduka Seri Sultan Muhammad Jiwa III, Nai Nal Adilin menjadi Penghulu Berahman Indera (sekarang Balai Besar Alor Setar) dan merangkap Perdana Menteri Nagara Kedah. Baginda bukan Sultan Kedah seperti yang disebut oleh pengkaji sejarah tempatan. Di samping itu baginda adalah adik ipar Khalifah Syarif kerana baginda berkahwin dengan Nang Che Puan, adinda kepada Khalifah Syarif yang menjadi Maharaja Benua Islam Siam Nagara Kedah pada ketika itu. Sultan Abdullah yang disebut sebagai Sultan Kedah yang bersemayam di Pulau Pinang juga tidak benar. Baginda adalah Paduka Seri Sultan Abdullah, Raja Pulau Pinang dan dilantik oleh Khalifah Syarif menjadi raja dan mengutip cukai disitu. Keberadaan Paduka Seri Sultan Abdullah, sebagai Raja Pulau Pinang sekaligus menyangkal bahawa Pulau Pinang dibuka oleh Sir Francis Light.

Paduka Seri Sultan Abdullah adalah putera dari isteri kedua, Paduka Seri Sultan Muhammad Jiwa III Nai Nal Abidin yang bernama Tengku Puteri. Apabila Paduka Seri Sultan Muhammad Jiwa III Nai Nal Abidin mangkat, Khalifah Syarif Syah, sebagai Maharaja Siam Islam Nagara Kedah telah menabal Tengku Long Putera sebagai Penghulu Berahman Indera (Balai Besar) dan merangkap Perdana Menteri Nagara Kedah. Tengku Long Putera adalah putera isteri pertama Paduka Seri Sultan Muhammad Jiwa III, Nai Nal Abidin yang bernama Paduka Bonda Nang Che Puan. Tindakan ini menimbulkan kemarahan Paduka Seri Sultan Abdullah lantas bertindak menggadaikan Pulau Pinang kepada Inggeris. Tengku Long Putera, Laksamana Datu dan adindanya Tengku Anjang Johan telah menjadi korban Musuh Bisik (dibunuh Thai) dalam tahun 1821. Namun begitu masih ada mereka-mereka yang menafikan hakikat ini dengan mengatakan mereka berdua kononnya berpindah ke Sumatera sedangkan pembunuhan mereka dirahsiakan oleh kerabat yang bersekongkol dengan Thai kerana mahukan kuasa. Makam mereka dua beradik masih berada di Kedah tetapi bukan di Makam di Raja Langgar tetapi didalam hutan rimba dan sahaja dibiarkan begitu. [3]

Mengikut kajian anaianai lagi bahawa Kemboja juga adalah HAK Raja Siam Pho Chan Koya Long Sultan Mudzafar Shah III Kedah. Beliau ialah putera Raja Siam Dinasti Ayut’ia Boromoraja V Ekataat Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia Benua Siam Kedah. Kemboja turut dirampas juga oleh raja Buddha Aluang Phraya Lanna Thai pada tahun 1758 Masihi.

Raja Benua Siam Kedah ialah raja melayu keturunan cucu Merong Maha Wangsa Saiyiddina Ali Wa Maulana Paduka Seri Sultan Jamalul Alam Badrul Munir. Fakta ini dapat di rujuk Buku Undang-undang Kedah Manuskrip tulisan jawi M/S 171 lampiran 65.

Adalah amat menarik juga bahawa perkataan atau istilah Siam itu adalah berasal dari bahasa Arab 'Sumu ul Amir' yang bermakna satu bangsa raja darjat yang tinggi mulia. Yang dimaksudkan perkataan Sumu ul Amir ialah Raja Iskandar Zulkarnain ada disebut dalam undang-Undang Kedah.

Kebanyakkan fakta sebenar mengenai salasilah Kesultanan Kedah telah diselewengkan oleh sama ada ahli sejarah yang tidak mempunyai pengetahuan tentang sejarah sebenar dan tidak tahu bahasa Siam (bukan bahasa Thai), atau penulis upahan dari pihak tertentu.

Beliau mencadangkan supaya kita sama-sama membetulkan perkara sebenar mengenai sejarah kita dan demi kesucian agama Islam. Segala fakta sejarah Kedah sepertimana tercatat dalam Buku Undang-undang Kedah perlu di rujuk semula dan ditulis semula.

Saya difahamkan bahawa keturunan Raja Benua Siam Islam akan berhimpun semasa perayaan Eidil’Adha.Seramai lebih kurang lima ribu orang akan berhimpun di Kedah. Keturunan mereka kini bertebaran dan menjawat pelbagai jawatan penting. Ada kalangan saudara mara saya yang berkahwin dengan keturunan tersebut.

Saya difahamkan dari kajian dan penulisan tersebut bahawa Almarhum Sultan Badlishah ayahanda Sultan Abdul Halim adalah berketurunan dari Raja Benua Siam Islam Kedah melalui ibu kandungnya Che Sofiah atau nama sebenar beliau Tunku Nai Sofiah, seorang nemesis Che Manjalara yang mempunyai hubungan dengan dinasti Chakri Thai. Dengan demikian sedar atau tidak, secara tidak langsung Sultan Kedah kini adalah berketurunan Raja Benua Siam.

Mengikut anaianai Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Pak Lah Badawi adalah juga berketurunan dari Raja Benua Siam Islam tersebut.

Saya yakin pihak Thai, samada Raja Thai dinasti Chakri Raja Bhumiphol Adulyadej serta kerajaan Thai tahu. Mereka tahu mereka adalah penjajah! Sampai kini mereka melaksanakan dasar hot pursuit ke atas orang Melayu Wilayah Selatan Thailand yang mereka ambil setelah bersekongkol dengan British. Saya percaya kalau Acheh berjaya mendapat autonomi, begitulah juga dengan wilayah Selatan Thailand pada satu hari nanti, walaupun perjuangan itu mengambil masa. Kita perlu bantu saudara kita dan perlu berdo’a pada Allah swt perjuangan itu berjaya.

Wallahua’lam.

Footnotes:
1. Tuanku Nai Long Kasim ibni Tuanku Nai Long Ahmad
2. Sejarahnagarakedah.blogspot.com, November 29, 2007
3. Sejarahnagarakedah.blogspot.com, Wednesday, April 18, 2007

® Srikandeh

1 comment:

Pewaris Merong Mahawangsa said...

Pewaris Takhta Sebenar Merong Mahawangsa